Saturday, August 18, 2018

HOSPITAL

Sekadar coretan untuk kenangan

Minggu lepas Mak masuk hospital sebab Bronchitis, sehari lepas tu, anak pon masuk ke hospital disebabkan batuk berkahak.

Mak dapat keluar selepas 10 hari manakala anak saya lepas 6 hari. Alhamdulillah both of them recovery.

Semalam lepas balik ambil anak, anak muntah dan nampak layu sangat, terus bawa ke EMERGENCY hospital.

Ya, sekarang dah 2 malam di hospital, dah 2 kali hujung minggu di hospital. Jujurnya mental sangat penat, tapi ini hanya lah dugaan kecil. Alhamdulillah anak saya makin pulih.

Musim penyakit berjangkit.

Sekian

18/08/2018
8.52 PM
Ward 355

Saturday, August 11, 2018

Doa Untuk Lombok

Bila tengok FB kata Lombok kena gempa,
ingatkan gempa seperti biasa,
tapi rupanya menyebabkan ramai kematian.

Pernah ke lombok lepas lahwin, 2016.
Pergi honyemoon
dekat sana memang cantik,
ingat lagi staff airasia di  lombok,
bila dia tau kami datang honeymoon,
siap wish dan berdoa untuk kami.
manis

sama-sama doakan keselamatan penduduk lombok di sana
majoriti adalah Islam.



** terima kasih untuk setiap titipan doa untuk Pakngah

Wednesday, August 1, 2018

27.07.2018

27.07.2018

Tarikh yang akan diingati,

perginya seorang insan yang sangat disenangi,

pakcik yang sentiasa dekat di hati,

AlFatihah buat Pak Ngah. Terasa sangat kehilangan, kali terakhir sedih macam ni masa Maktok meinggal 2011.

Mohon sedekahkan Alfatihah untuk arwah pakcik saya. Moga syurag ditempatkan.