Monday, April 30, 2012

too early for winter + kenduri

Hari ini, sejuknya, teramatlah sejuk, selalunya kalau tengahari dah panas, tapi sampai ke petang, semakin sejuk adalah,suhu around 10C tapi memang berselubung hari ini, menghabiskan readings yang bertimbun itu, pergi kelas pagi tadi pon dah macam nak pergi snowboard je, semua pakai baju winter.

Semalam, Alhamdulillah, selamat buat tahlil arwah untuk nenek, genap setahun, syukur makanan semua mencukupi dan berjalan lancar, terima kasih pada yang sudi hadir. Housemate yang masak, beli 8kg ayam masak kari, kentang masak sambal dan juga sayur campur, tidak ketinggaan sambal belacan, Tapi tak ambil gambar pon semua, sebab lupa. Semalam ada seorang wanita local datang, dia baru sahaja convert Islam, seronok tengok ada local people yang convert ni, Alhamdulillah, dia masih baru sangat dengan Islam.moga lebih ramai akan menjadi sesaudara dengan kita.

Agak penat BERSIH kan rumah semalam, heheh, nasib ramai tolong, cepat sikit kemas, tapi nasi agak banyak berlebihan, makan nasi goreng lah seminggu ini, hehe, ada lebihan kari semalam, saya buat roti jala, resepi asyik lupa jer, so google je lah.

No comments: