Thursday, April 2, 2020

Barang Makin mahal

Time kena kuarantin ni, beli barang seminggu sekali,
Beli mana yang perlu dengan cepat,
Dulu kalau beli barang, tengok harga dan compare,
sekarang beli dan bayar

Yes,
Musim covid ni, banyak harga naik
Speedmart penyelamat, barang murah,
kedai lain yang selama ni tak laku,
Hidup,

Kedai2 kecil ni ambil kesempatan,
Harga tidak diletakkan,
lagi2 harga ayam ikan sayur
bila bayar terus terkejut,

Selagi boleh kaut untung, sila lah kaut,
Ambil kesempatan masa ini,

Haih.......

Balik rumah terus mandi,
Barang dibasuh dan dijemur
Nak beli online tak semua ada dalam 1 kedai,
Jika 5 barang 5 kedai berasingan, berapa pula postagenya

Thanks yang medoakan nenek saya.

Stay home, Stay safe

1 April

Tarikh ni sentiasa dalam ingatan saya.

9 tahun yang lalu, dalam pukul 2 pagi di OZ,
saya dapat call yang Maktok dah tak ada,
masa tu saya tergamam (now i know how tergamam actually)
saya diam
saya speechless
dan saya buntu
selepas sejam,
baru saya sedar benda yang saya terima adalah realiti.

Maktok adalah segalnya bagi saya
dia lah teman gosip saya
teman makan saya
masa duduk setinggan kat KL,
petang2 maktok request cekodok dan teh o,
tu je saya pandai buat,
itu pon bila dah bancuh,
bagi maktok dan dia akan celup jari untuk rasa,
cukup ke rasa, pekat ke cair,
Maktok saya tak nampak, kaki pon sebelah.
Kencing Manis dan buat dialisis hampir 20 tahun

Sebelum saya sambung study di OZ,
Maktok dah cakap awal2,
Aku tak nak cucu2 aku pergi jauh,
Saya ingat ayat tu,
tapi apakah daya,
perjalanan saya sebegitu,
saya kucup dahi dan peluk MAktok puas,
dan saya tahu ini yang terakhir.

Rindu Maktok sangat kuat,
saya kadang2 bila rindu sangat,
saya menangis, dah 33 umur saya,
saya menangis penuh esak,
sebab saya RINDU
RINDU yang sukar diubati

Hanya 2 kali saya ke kubur Maktok,
Tak sanggup,

Maktok,
Pali ada anak dah,
Nak sangat suruh Maktok pegang,
InsyAllah,
Kita jumpa di dunia abadi,

Selamnya,
Pali sayang Maktok

**nak tulis di IG or FB macam ni, nanti orang kata apa plak. Tapi this is me.

Sama-sama sedekah Alfatihah pada yang tiada.


Tuesday, March 31, 2020

Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Rasa bersarang dah blog ni.

Yes, sebab duduk rumah lama, terus lah buka blog,

Alhamdulillah, melalui hari2 kuarantin ,masih jauh lagi ni.

Moga diberikan rezeki untuk semua,

Risau semua ada,

Moga kita dijauhkan juga daripada virus ini,

Moga kita semua dilindungi oleh Nya.

Take care, will up more post if anak tido awal.

Zul
31.03.2020 1.37AM

Friday, May 3, 2019

Kisah Anak 1

Bila ada anak ni, excited lebih nak buat bday dia,
mula-mula nak buat kecil-kecilan je,
tapi tetiba nak buat Aqiqah, ajak lah ramai sikit,
rancang pon last minit,
ajak orang pon last minit,
at the end, ramai juga tak datang bila jemput last minit,
tak pe lah, tak ada rezki bersama.

Tema bday ialah Dinosaur. Rancang bday ni memang dari bulan 1,
rancang je lah, buat nya tak,
so beli lah sikit2 brang bday secara on9 sebab murah,
macam2 nak buat, tapi bila hari kejadian, banyak benda tak buat,
sebab kekangan masa dan kudrat,

Plannya nak masak sendiri semua, sebab minum petang,
masak simple2 je,
last2 semua tak sempat
amik katering pon yang basic je untuk aqiqah,
alhamdulillah harga reasonable,
memang kami control bajet, tak de lah nak buat meriah bagai nak rak,
just untuk jumpa kawan2 dan sedare disamping sambut puasa,
kebetulan parent pon pergi umrah juga,
kami buat sekali lah

Tapi alhmdulillah, ramai famili tolong,
sebab buat dekat bawah rumah,
catering pon order tak sampai seminggu, nasib dia nak amik
memang last minit abis...............

Seminggu sebelum majlis tu, anak saya masuk hospital, kena rotavirus, seminggu sebelum tu pulak kena HFMD
memang bertimpa-timpa,
penat sangat bila anak sakit, keluar masuk hospital
Tapi itulah ujian. Kena kuat mental dan fizikal.

Dapat penyakit berjangkit, nak salahkan taska pon tak boleh,
taska pulak jenis defensive je,
semua salah parent,
saya hantar anak ke taska yang so call terbaik,
dan yuran 2 kali ganda dari normal taska,
tapi bila anak sering sakit je, memang sakit hati lah,
lagi2 bila taska tanya tak vaksin anak ke.
kalau nak citer taska ni,
boleh buat kisah drama novel melayu. hahaha

ok, ada gambar skit masa bday Ali.

konon meja cake, tapi dessert tak beli banyak, yang ni pon x abis





gigih buat botol label ni, design ada je banyak online, tukar lah skit2



gambar ali dari lahir hingga kini


kids table untuk bday, last2 kelaut


bab kek ni, cari2 mostly harga beratus2, sebab saya tahu kek ni tak akan makan, just order small je, tu pon tak luakkkk

Akhir sekali,

Salam Ramadhan semua. Moga ramadhan terbaik untuk kita.


Wednesday, January 30, 2019

Random

Random nak bercerita

Last week nak cari bunga delovery untuk isteri, gooogle and goole jumpa lah beberapa IG seller ni.

Saya cari harga murah2 je, almaklumlah ekonomi sekarang, pastu beli mahal2 pon bazir.

Selalunya beli dekat HappyBunch, bawah RM50.

So outcome yang saya dapat adalah:

most of it RM50 and above without delvery
paling mahal RM250 yer, bunga pon beberapa ketul, harga tak termasuk delivery
Ada yang RM80 tapi bunga sikit dan coklat jenis murah
Dan
Paling terkejut harga delivery, paling mahal caj RM55 nak hantar ke KL
Yang lain range delivery RM25, ada RM35.

Itu je lah, mungkin ada yang dah biasa dengan harga ni, for me, harga too ridiculous. Tak setimpal dengan barang dijual.

Ramai seller kaut untung dari delivery, caj mahal2

at the end, saya order je dari HappyBunch, free delivery lagi.

Sekian

Monday, January 7, 2019

Hotel Hanya Mimpi

Last week, sempena wedding anniversary, saya booklah hotel, saja-saja short vacation, lokasi dekat area sepang. Malas nak pergi jauh-jauh, book hotel ni pon sebab nak tengok senibinanya.

Sebelum nak bertolak, call hotel tanya tentang reservation, semua cun, siap cakap boleh dapat diskaun lagi jika bayar guna certain kad walaupun harga yang saya dapat ni dah promo. Sound great kan?

Bila dah sampai, masa nak bayar, front counter kata tak dapat diskaun, saya suruh call person yang jawab call, siap gaduh dalam phone, dia siap cakap " kau nak bayar ke beza ni" kat kawan dia tu. So saya malas nak argue, saya ok je lah.

Masuk je bilik, memang cantik, almaklumlah 4 star kot. Masuk toilet macam bau hancing sikit, pastu lantai macam berminya. ni kes kencing tapi tak basuh, just mop je, tu  bau macam tu.

Pastu nak buka lah fridge nak simpan makanan anak, sekali LOCK! first time dalam hidup jumpa yang berkunci, kena call reception untuk buka. Tanya budak yang buka fridge tu, kenapa lock, jawapan dia
"sebab dalam tu ada makanan encik, nanti orang amik dan tak bayar"

Saya speechless dengar jawapan tu, memandang rendah pada guess seolah2 mereka ni sengkek atau bodoh.

Habis lah part tu, keluar makan dekat aunite Aini, ni next entry saya review. Balik malam tu nak tido, dah siap nak tido, sekali tengok bantal ada kesan tompok kotor, panggil staff hotel untuk tukar, sementara tunggu tu, saja2 cek cadar, sekali angkat selimut tu, kotor sangat, macam kesan pepijat, ada tompok kecik2 warna hitam dan merah. Kebetulan letak anak saya kat bwah, budak nak meniarap kan. Anak saya boleh plak terjumpa serpihan kaca, nasib baik tak telan!

Ni lah kemuncaknya, datang manager dan saya minta tukar bilik. So tukar lah dan sambung tido dengan rasa sakit hati. BTW tuala muka hotel pon kotor, ada kesan coklat, ni memang tak tukar.

So bila nak balik tu, saya simpan barang, kad tercicir, jenuh cari tak jumpa, staff suruh bayar RM30, tapi saya yakin dah ada orang lain jumpa, tapi redho je lah. Masa nak keluar, saya tak jumpa hp saya, hp ni kecik je, 2nd phone, so minta staff carikan, dia just cek logbook dia je, dan kata tak jumpa anytning. Saya pesan lagi suruh cek, dan staff tu kata akan call saya kalau jumpa atau tak jumpa akan inform. Sampai kesudah senyap.

So lepas seminggu, hantaf email dan cakap semua masalah, dan paling penting hilang phone tu, sekali dapat reply, "we found your phone". Sakit hati. Staff pemalas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau saya tak email, agaknya phone tu pon xde siapa cari.

itulah, tak nak mention nama hotel, tapi saya memang tak kan repeat lah, servis kelaut, tapi staff di cafe sangat tip top.

Sekian

Monday, December 24, 2018

Singapore (3)

Post sebelum ini: Iallah, next time boleh singgah di tempat makan yang dicadangkan, banyak tak sempat.

Assalamualaikum,

In general, trip singapore ni memang penat, sebab apa? sebab banyak berjalan, hahaha. Nasib lah sistem pengangkutan efisen, so nak pergi ke sesuatu tempat senang, cuma jalan je lah jauh. Lagi2 kalau bawa stoller, kena pusing cari lift, selalunya kat hujung bangunan.

Marina Bay & Flower Dome,

Hari kedua adalah paling dasyat penat, jalan kaki nak ke Flower Dome tu amatlah jauh. Ingatkan dome tu dekat je dengan entrance booth, but actually, sangat2 jauh. Bila sampai dalam dome tu, memang tak larat, so pusing2 dan balik.

Esplanade

Sini memang tempat wajib lah, ramai manusia, cuma nak balik tu sesat cari esplanade MRT, jauh sangat jalan.

So some tips here, harap2 membantu:

#sila naik shuttle bus from Flower Dome entrance, 3$ return, masa pergi tak tahu lah jauh nak berjalan

# beli tiket flower dome online murah, saya beli di KLOOK, beza banyak

# Simkad pon saya beli di KLOOK, RM30 boleh guna seminggu, unlimited data. Sangat berbaloi, lagi2 yang depend on data nak cari location

# Kami ambil EZLink card, lagi jimat dari guna tourist pass tu, itu pon kalau dah rancang awal2 mana nak pergi

# kami guna escalator nak ke Sentosa Island, kalau train #4 return, tapi bila keluar dari island, free je naik monorail tu. So kalau malas jalan jauh, sila naik train, jauhhhh

Itu je lah yang ingat, lain lupa dah

Ini je lah gambar di ambil dalam DOme tu 

Dari atas



Nak ke Sentosa Island dari Vivi city 
Semua makanan Malaysia, harga mahal, minum je disini, sebab simpan perut nak makan Murtabak
Merlion

Zam Zam Ala Kazam

Masjid Sultan, Sangat bersih

Sekian.