Friday, November 20, 2015

Selamat Tinggal

Hari-hari terakhir kejer Gomen

Bye!

Masih bertugas untuk negara, setiap keputusan ada sebab dan musababnya. Tak salah mengkritik, asal ada asasnya

Saturday, November 7, 2015

Saigon

Lama tak menulis, busy......................

Kisah awal bulan 10, pergi ke saigon, Ho Chi Min, niat di hati nak berjalan, tapi apakan daya, kuasa mak-mak di Malaysia mengirim segala jenis barang, last2 soping lah jawapan nyer.

So kalau nak cerita pasal HCM ni pon dah banyak orang citer, so saya nak bagi tips for those yang nak pergi lah

Makan
banyak makanan halal di area Ben Than Market, makan lah kedai yang nampak macam biasa2, harga jauh murah nya. Makan satu kedai ni, nama melayu, pekerja semua vietnam, rasa macam pelik, nampak melayu, tapi bukan, dan kedai ni sangatlah mahal dan tak sedap

Makan kedai hajah bashiroh, maknan mahal sedikit, harga air suam sampai rm2!!!!!!1 tu melampau, so jgn order air kedai tu, hahah'


Selama 3 hari kat sana, makan kedai Halal amin, memang jauh murahnya dan sedap! owner pon baik, cun2 lagi, saya makan hari2 sini

Pakej
ikutkan nak pergi tunnel dan mekong, so survey lah harga pakej, ambil dari owner Halal amin ni, agak murah sebab ada sekali makanan muslim. Tapi guna travel agent lain, owner ni just tolong lah.

Patutnya kol 8 pagi gerak, 9.30 baru gerak, pkl 2 sampai mekong, pastu naik bot, melawat lah apa yg patut, pkl 5 balik. trip ni bosan tahap gaban! van memang slow, tu lama sangat, pastu melawat tempat yang tak best, siap ada bagi masa 30 minit untuk tidor?  sungai mekong memang besar, pastu naik sampan tu, sebenarnya macam naik sampan dekat longkang, pendapat saya lah.

terus cancel trip ke tunnel esoknya, sebab tak sanggup nak duduk dala van 10 jam je, dengan jam dan agent yang sangat tak best. serius nightmare!

Lintas
kat HCM kereta n motor banyak, rule dia senang je, lintas tak yah tengok kiri kanan! hahah,

Beli dan belah
masuk dalam pasar Ben tanh ni, ramai akn tarik, kalau tanya n tak beli, siap sedia lah kena marah. so kalau tak nak beli, tak payah minta tawar. saya minta tawar banyak, kalau tak bagi juga, saya blah je. last2 dia bagi, tapi tak semua lah.

Neelofa
sini bersepah tudung neelopa, mak saya kirim je dekat 20 pasang, belum lagi telekong semua. so bawak lah duit. Ramai sungguh mak-mak orang kat sini, hahahah, suka diorang shoping.

Melayu
sini penuh melayu, Malaysia, so say Salam

Transport
kami naik bus dari aiport, dalam 50 sen kot, sediakn duit kecik. naik teksi Vinassun sahaja. Sebab tu je boleh dipercayai. Jangan risau, tak berapa mahal

Kopi

Siapa suka kopi, beli lah, RM3 jer, sedap gak lah, tapi manis sangat

Ok, tu je ingat, memori  expired dah,byk lupa