Tuesday, December 31, 2013

Ilmu vs pengalaman

Rasa penat belum habis, semalam meeting di sabah, pagi buta pergi, malam dah balik, dekat lcct, orang berkuasa menyekat jalan, dari 3 lane menjadi 1 lane, tujuaan agar kereta ada sijil lahir yang sah. Memang kerja mereka, tapi kesesakan disebabkan adalah satu yang patut dielakkan. Lagi- lagi pada waktu 12 malam. Jalan yang ambil masa 5 minit dilalui, menjadi hampir 2 jam, disebabkan perkara itu.

Satu benda saya belajar bila dah kerja ni,walau macam mana kau belajar tinggi sehingga master ke, phd ke, double degree ke, still.... Ilmu belajar tidak sama dengan ilmu kerja/pengalaman.

Dah beberapa kali pergi meeting, kena ganti bos last minit, masalah dekat sini, byk sgt saya tak tahu pasal perkara tertentu, sebab saya belum pernah lagi buat benda tu, contihnya macam pasal kontrak, kalau sebut term tertentu , memang blur lah.

So far semua meeting dengan mereka yang sebaya bapak saya. Kalau nak compare dgn saya, jauh sgt ilmu saya ada, dgn ilmu mereka.

Walaupun client tanya soalan, saya masih boleh jawap, tapi still , dia nak jjuga jawapan dari bos. Maca semalam, consultant tu cakap, "muka kau nampak muda sgt (sebab yg lain dah tua), orang memang tak konpiden kalau ko wakil bos kau, lagi2 projek yg berjuta ni, lain kali , hantar je sesiapa yg muka tua, orang akan percaya.

Semalam dalam meeting, kalau nak sentap, terus balik kl dah, hahaha. Semua tu pengalaman, dab satu hari, IAllah saya juga akan berada di level mereka.

Jalan masih jauh lagi, tapi itulah realitinya, mantapkan ilmu, bulatkan hati, iAllah, semuanya berjalab baik. Nak tak nak, kena tempuh juga.




Monday, December 30, 2013

pikir

terfikir benda ni, seperti farah lee , ini pon ternampak bila kuna like post dia, mungkin kah akan berlaku, IAllah.


Saturday, December 28, 2013

random


rasa macam poyo bila nak flashback/throwback. tapi apa nak kesah! hahahaha

pengalaman tu penting, takkan dapat lagi, rindu saat bersosial di sana, ada je aktiviti nak buat, ada je tempat nak pergi, tak perlu mamak, tak perlu internet, yang perlu, kerajinan nak mengaktivitikan diri. hahah







Thursday, December 26, 2013

Langkawi : Makan di Hole in the wall

Minggu lepas ada another interview lagi dengan gomen, jumaat interview, isnin dah keluar result, saya batch terakhir diinterview, tak ada rezeki nak kejer gomen, rasa give up dah nak pergi interview, sebab habis gaji kena potong pergi interview kan, heheh.

Sambung langkawi trip: sebab kawan saya ni anak orang kaya, so nak makan kedai mahal je, salah satu tempatnya ialah di Hole in the wall, reataurant terapung ni, dikelilingi oleh sangkar ikan. jangan risau, kedai ni halal, sebab melayu punya

nak ke sini, kena ambil bot dari jetty, saya tak ingt jetty apa, tapi dekat dengan galeri perdana jetty ni, dan kalau dah samapi jetty, kena call restaurant ni untuk ambil. Ni part yang mahal, sebab kami berdua, so dia dah inform awal2, kena makan minimum bil RM100, kalau ikutkan saya, memang tak lah, tetapi anak orang kaya ni nak makan situ, ikutkan je lah. hahah

Menu dia macam biasa, restaurant seafood biasa, agak jenuh nak pilih makanan nak cukupkan rm100, harga agak mahal juga, tapi pengalamaan tu yang sangat berharga. Order nasi goreng, senang cerita, tak sedap langsung, tapi chili crab , kerabu mangga dan butter prawn sedap! rasa menyesal order nasi goreng, dah lah rm20 sepinggan, hehehe

kalau nak ikan fresh pon ada, ada dalam sangkar, harga ikut berat. so tengok lah gambar.

tu lah restauranya, naik bot dari jetty dalam 5 minit







lauk di order, kalau makan sini, jangan order nasi goreng, memang tak ada rasa langsung

Add caption

boleh pilih ikan dalam sangkar

Monday, December 23, 2013

Trip: Langkawi!!

Ini trip last week, beli tiket time ada murah, rm130 untuk seorang + flight return + accomodation untuk 3 hari 2 malam.

Pergi jumaa petang, balik ahad malam. Pergi dengan kawan lagi seorang. Pergi tu, dapat hot seat, so beza dia, cuma duduk bahagian hadapan lah. Sampai airport tu dah malam, dalam pukul 9pm. Trip ni memang last minit, tak ada rancang apa pun, main redah je, nak pergi tu, baru lah terhegeh-hegeh nak cari kereta sewa.


Alhamdulillah, dapat kereta murah sangat! kalau tak, rm120 sehari sebab public holiday kan, makcik ni bagi rm40 sehari, sebab kereta dia sendiri, dan tak ada aircond, janji murah, bedal je, tapi aircond dia ada je, cuma tak kuat. Auto lagi, kat situ dah save banyak. hehea

benda paling dasyat berlaku!, nak cari 'hotel' ni susah, guna GPS pon tak jumpa, last2 park kereta, dan jalan kaki  cari, dekat pekan kuah je, last2 baru jumpa, lama gak mencari, dah lah penat, pastu terus check in, hotel ni, sekali masuk dalam pakej yang saya ambil, sebelum tu, saya book guna AIRASIAGO!, so tu option pertama yang paling murah.

Hotel yang dapat ni, dekat deretan rumah kedai, sebelah je dengan HAji ISmail Group kedai lah, bila masuk je bilik, speechless! sangat terkesima sekejap, senang cerita, bila yang saya dapat tu, keadaan sangat mendukacitakannnnnnnnn! bilik teramat kecik!!! sangat kecik, untuk single boleh lah, ni ada 2 orang. bila tengok cadar, kotor pulak, ada kesan kotoran, masuk bilik je, bau hancing, tandas kotor, tepi katil memang kotor, memang dia tak jaga kebersihan, dalam hotel pon agak kotor, tangga pon berdaki, tak selalu mop.

rasa macam sedih giler, macam rumah pela#$%^ jer. sangat kecik, rasa macam nak cari hotel je, tapi disebabkan kepenatan + fully book hotel + mahal giler (public holidaya ) so saya duduk je lah. Esok pon balik lewat malam, sebab bilik hotel kecik + takda tingkap, toilet tu, nak mandi pon tak muat, pintu tercabut, hahah
bila nak solat, kena sembahyang atas katil , sebab tak ada ruang langsung,owner melayu islam.

Selain tu,naik cable car, berhati2 disini, jangan beli tiket xpress rm99 yang kononya tak perlu beratur lama. trust me, semua tu tak berbaloi, beli je tiket rm15 tu, beratur kejap, walaupun nampak panjang, kesian tengok orang beli tiket mahal, sebab staff bawah kata lama tunggu, PENIPU! tolong lah jangan kena tipu. tak ada kelebihan, sedih tengok abang ni sekeluarga, beli samapi rm500 tiket, tapi layanan standard macam naik rm15, sama je dengan tiket kami.

bilik yang kecik, penjara pon besar lagi




sarapan di the cactus, set rm7, ni kedai up sikit, sedap jugak




cadar yg kotor

dekat cable car


Tips:

1.Kereta sewa
-google je dalam internet, banyak option, dan terus call, sebab harga memang lain-lain, ada murah dan ada mahal, ikut kereta, asal boleh bergerak

2.Hotel
cari hotel yang mahal sikit, dan avoid hotel atas tu,memang insaf dah

3.Coklat
-harga sama je, beza sikit, saya beli dekat underwaterworld murah sikit untuk certain coklat.

4.Makan
makan langkawi agak mahal gak, makan dekat warung harga murah, tapi berhati-hati, kami sarapan dekat warung Nasi Lemak Pulau, rahpak macam sedap, stop makan,
ambil nasi lemak+telur mata+ikan bilis (5 ekor/sebelah) + sotong (seketul je, saiz besar rokok tu je, kecik je)
kawan saya: nasi +telur separuh +kerang (sesenduk kecik) +airsuam+teh tarik kecik + kuih 6 ketul

Nak kata murah, macam tak, nak kata mahal, macam mahal je, tapi macam tak logik kalau dia caj macam tu dekat orang kampung, sure tak ada siapa nak beli

tu je lah tips, tak ada sangat pon , tapi nak share benda yang boleh dishare, agak bosan gak langkawi, agak jauh dari satu kawasan ke satu kawasan, dan ramai ambil kesempatan pelancong ramai disitu. berjual beli dengan ikhlas, kalau rasa nak untung je, memang lah tak berkat.

Friday, December 20, 2013

another interview

esok interview lagi
dengan gomen

tak da lah letak harapan
seperti tiada harapan
pergi juga esok
untuk kepuasan
walaupun kena tolak gaji

apa guna panggil
jika sudah ada mereka yang mempunyai kelebihan
jika tiada persamaan dalam satu garisan permulaan
pasti akhirnya juga berbeza dalam hasilnya


USAHA + DOA + TAWAKAL

jika bukan rezki,
IAllah ada yang tersirat dalam tersurat itu


Thursday, December 19, 2013

eye twitching

mata asik berdenyut-denyut je, dah 2 minggu, kalau orang tua cakap, macam2 tanda, pastu google, terjumpa artikel dalam blog ni , rasanya semua penyebab yang berlaku tu, memang saya alami sekarang, kecuali yg alkohol tu lah.


Tiap minggu ada submission........sekian

Thursday, December 12, 2013

Penat

lama dah terpikir (bajet dah 100 tahun)
nak stop architecture
penat
penat
penat
weekend kerja
cuti pun kerja
bila apply cuti
gaji pun cuti sekali
kejer masa cuti
kejer waktu cuti hanya lah free


penat
penat
dan tak berbaloi

asik2 merungut
tapi ini kenyataan
penat
penat
penat


nak kena berjaga tiap malam
stay up hampir setiap minggu
kena siapkan secara tiba-tiba

penat
penat
penat


sekian

sila kira penat berapa kali sebut

penat kot!



* kak dana: seksyen 13, senang je shah alam, pusing2 je sampai, heheh, janji jgn keluar tol batu 2, yurp, churros tu cicah cokelat, sedap kak.

Saturday, December 7, 2013

Makan Review: The Sumbs, Shah Alam

Dapat tahu tempat ni dari FB page Shah Alam, tengok harga macam berpatutan ,so pergi lah, dekat sangat dengan opis, kawasan area baru, memang tak banyak kedai buka lagi,

kedai ni rasanya baru buka dalam sebulan, dessert dia ada yang dibuat oleh dr fadzley, tapi saya try benda lain, aim memang nak makan churros ni, lama tak makan, harga not bad, RM4,90 sahaja, yang murah dekat sini, air,dalam rm2.00 je, so memang berbaloi nak lepak, order teh tarik, tapi instant punya, rasa pon dah tau.

Selain tu, makan nasi bumbu kot, sedap gak, kalau pedas lagi sedap. overall, not bad, maybe boleh pergi lepas balik kerja hari-hari, sementara menunggu jam reda.

dan lupa pulak, semua makanan dan minumam, dihidangkan dalam kotak/berbungkus, macam pelik skit makan dalam kotak, but not bad lah kan, ada lah style baru, ada few cafe style macam ni gak, dah jadi trend kot



ni FB restaurant ni, dekat tesco shah alam, dekat bangunan zakat shah alam, senang cerita, dekat alami, seksyen 13, shah alam.

Thursday, December 5, 2013

#throwback

Setahun yang lepas, duduk menanti bus nak masuk set penggambaran cerita hobbit, hobbitton, sambil2 tu, menunggu result final sem, berdebau, pukul 10am terus cek, sekali hp tak de signal, nasib ada housemate, Alhamdulillah, lega lepastu, tu terus decide nak bungee jugak! hahaha. tak lah cemerlang samapi boleh masuk metro anugerah diraja, tapi cukup lah nak grad.

Hari ni dapat berita mengejutkan, roti canai kedai selalu makan, naik mendadak, selama ni rm1.00 je, sekarang! rm1.20, naik sekali 20sen tu, apa yang mahal sangat pon tak tahu lah, nak merungut banyak pon tak guna, sedangkan dekat sydney makan roti canai 10$ tak da pulak bising kan, hahahah.


Semua naik, yang naik air tu, jaga keselamatan


ada waktu tertentu, boleh masuk dalam bar ni, masa kami pergi, ditutup



fefeling jadi hobit
trivia:

-set ni sebijik macam dalam movie
-set semua ni, hanya lah exterior sahaja, interior dekat wellington
-ada satu je pokok tiruan, lain semua ori
-pembinaan set ni, memang ikut rule dari authority, kena ikut standard height semua, walaupun hanya untuk muvie
-set ni dah buat banyak kali, sebab tiap kali abis shooting akan dimusnahkan, lepastu nak shooting balik next year, akan buat baru
-bayaran rm$75 sekepala, nanti ada guide yang bawak, sumpah best
-tempoh tour dalam 2 jam macam tu, ambil lah gambar puas2

Sunday, December 1, 2013

Doakan sama-sama


Semalam baru balik menziarahi seorang junior di hospital selayang. Kemalangan pada minggu lepas, di lebuhraya karak. Kereta yang dinaiki remuk teruk, trailer melanggar dari belakang, sebelum itu, kereta rempuh 2 kereta yang lain, sebelum mengheret kereta budak ni .

Dia koma selepas itu, dan baru sedar beberapa hari lepas, dilihat pada kereta dia, memang sesuatu yang sangat teruk. Bila menziarahi dia semalam, saya rasa nak nangis, tengok keadaan dia, memang tak kenal, dan tak pernah jumpa. Dia dah sedar, tp matanya masih tidak mampu melihat, tidak mampu bercakap, dan badan masih belum mampu bergerak sepenuhnya, cuma badannya menggigil menahan kesakitan.

susah saya nak gambakan keadaan beliau, akibat hentakan kuat di kepala, dia hilang memori ,dan hilang keupayaan yang lain. Tengok mak dia semalam, sayu hati, mak dia duduk temerloh, tak balik rumah since anak dia eksiden, 24/7 jaga anak pengorbanan yang sungguh besar .

InsyaAllah dia akan sembuh, tapi memerlukan satu tempoh tertentu, mungkin 2 minggu, mungkin 1 bulan, mungkin setahun, hanya masa menentukan, buat yang membaca ni, sama-sama masukkan doa untuk supaya adik ini cepat sembuh, Syed Aiman. Sama2 kita doakan.
diambil dari FB

dari FB syed aiman dengan ibunya