Friday, September 28, 2012

Harapan Bajet 2013

beberapa minit sebelum Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Pak Najib, saya rasa nak tulis, harapan saya untuk negara malaysia ini.

Pendidikan:
kemudahan untuk pelajar perlu dipertingkatkan, jika dilihat, kerajaan terlampau tertumpu menyediakan kemudahan kepada tenaga pengajar, sedangkan kemudahan pelajar adalah sangat tidak diambil berat, ini pengalaman semasa di UM, pelajar perlu membayar sesuatu kemudahan (macam bas) untuk digunakan dengan harga yang mahal, dan untuk memaksa student menggunakan bus, pihak Uni mengurangkan parking kereta untuk pelajar dan dikenakan caj!

biasiswa dan tajaan
lebih baik duit yang ada, digunakan untuk menaja pelajar didalam negara, daripada menaja pelajar ke luar negara dalam kos yang tidak penting (saya budak loan yer). Patutnya pelajar bijak dikekalkan didalam negara, suapaya bijak pandai ramai di malaysia, kalau duduk overc, main2 je, buat abis duit je lah, bila abis belajar, tiada kekosongan jawatan, last2 kena release , dapatlah tajaan free........

kereta
sila lah turunkan cukai kereta tu, macam mana nak jadi negara maju, jika kita takut nak bersaing dengan kereta luar, jika local product dah bagus, pasti orang akan pilih juga, harga kereta tempatan sangat tidak logik hargaya, sedangkan pemimpin pon menggunakan kereta mewah (unofficial)

harga rumah
melampau mahal harga rumah, sedangkan harga bahan mentah tidak lah setinggi mana, nak sewa pon dah mahal, inikan hendak beli, harga tanah terlampau mengarot.

gaji asas
malaysia paling teruk gaji, tak payah belajar tinggi-tinggi, saya ada degree, standard gaji rm1500, tapi kerja sampai lewat malam, tiada penetapan gaji minimum yang serius dalam setiap sektor, bukan dibuat secara general, kalau secara umum ada harga gaji minimum, baik tak payah

baucer
stop lah bagi baucer-baucer ni, banyak disalah guna, setuju bagi pada mereka yang tidak berkemampuan, baucer buku 1 malaysia hari tu pon, budak-budak beli novel ombak rindu (bagus lah, baca jugak, tapi ilmiah ke? maybe karangan BM boleh puitis lagi)

elektrik/air
mustahil untuk air free satu malaysia, tapi perlu kaji rate semua ini,

gaji lagi
di OZ ni, kerja mcd, sejam gaji $20, malaysia, asstnt akitek, gaji sejam rm10! tu saya tak tukar rate, paham-paham lah kan, teruk benar gaji di malaysia, kalau disini, kerja mcd dah boleh hidup, beli kereta mewah, kalau malaysia?

makanan
harga makanan malaysia still murah, pilihan ditangan sendiri, cuma bagi warning kedai mamak, jangan nak sesuka hati naikkan harga roti canai!

monopoli
banyak sangat monopoli dalam pelbagai sektor, perlu dipecahkan supaya ada persaingan (asto,airasia, etc)

minyak
malaysia still murah, compare dengan OZ, but as pengeluar minyak, byk cara boleh dibuat untuk mengatasi malasah kenaikan harga minyak

rokok
naikkan lah sampai 1000%, biar bapak saya tak mampu nak beli

sabah dan sarawak
ramai sangat orang sabah dan sarawak merungut, negeri mereka tidak maju, perlu pembangunan lebih menyeluruh, bukan hanya tertumpu [pada semenanjung (ada orang ausie, bila sebut borneo, dia kata semua duduk atas pokok! )
nasib ada airasia, ramai dapat pergi, cuba pikir balik, before airasia wujud, ramai ke pergi sana? thx tony!

sistem pengangkutan
tolonglah! india lagi maju, thailand yang bergolak tu lagi maju sistem pengangkutan, naik komuter nak ke KL dr shah alam macam dari shah alam ke perak, slow macam haram (stop beli train recycle). naik bus bawak bangla! adoi!

senibina
kalau iyerpun nak pembangunan, silalah pelihara bangunan bersejarah, silalah ambil akitek malaysia untuk design, dan sila tunjukkan ciri-ciri malaysia, bukan ciri-ciri timur tengah. rumah Bok kena roboh sebab nak bangunkan apartment, tapi sampai sekarang (kot) still jadi parking lot (yer kan pak rais, ingat stmnt ko dulu, adoi)


tol=duit
kalau keluar rumah, kalau tak bawak duit, boleh terkandas, sebab kalau salah masuk jalan je, sure jumpa tol! buanglah tol tu, lagi-lagi dekat batu 3, dah berbilion dapat kat situ

kelantan
kenapa kelantan tiada highway! rasional dalam pembangunan adalah kunci utama sesebuah negara, kesian abang saya balik kampung bini dia

rasuah
yang ni susah, tu kena tanya mak bapak yang besarkan kita, kalau didikan sempurna sejak kecil IAllah akan dipelihara, moga saya dijauhi rasuah, kaya kejap je, akhirat ko merana (memang tak nampak, tu kena ingat mati)

hak bersuara
jangan sekat rakyat hendak bersuara dan berdemo, serta semua media bebas politik, kita lebih perlu open minded dalam hal ini, tengok ausie, media main kutuk je PM dia, dan paling bagus, PM dan ketua pembangkan, masih boleh duduk semeja jika ada majlis rasmi negara, sangat kagum, cuba tengok negara kita, lagi-lagi kita orang islam

islam
sejak akhir-akhir ini, kesedaran orang islam makin tinggi, tapi jangan lupa benda asas dalam hidup, jangan cemarkan islam dengan perkara tidak sepatunya

dan akhir sekali, hanyalah pandangan dan harapan saya, moga bajet 2013 ini bakal memberi impak yang banyak kepada rakyat, saya ada hak bersuara, dan kita semua sayang Malaysia, harap tiada isu sensitif disentuh disini. Salam 1malaysia!!!!

Thursday, September 27, 2012

Malaysia dah takde lagu ke?

saya bila buat kerja ni, selalulah dengar radio online, selalu dengar ERA. tapikan, kalau sesiapa selalu dengar radio ni, sure perasan, yang lagu dia, semua sama je, memang akan ulang lagu yang sama beribu kali, kalau sejam tu, mesti ada lagu sama, pelik betul lah, dah boleh hafal, macam dekat malaysia dah takde radio lain, kalau tak percaya, dengar lah,

lagu yang wajib putar kat era setiap hari or jam:
yuna:terukir dibintang
mojo;andai...
aizat:jeripah
yana&sam:???
astrik kot
rosssa n taufeq

dan byk lah lagu sama, tu lagu wajib kalo bukak era! bosan nak mampos! so better lah layan radio sini dari layan lagu sama, otak pon tak stress, haha!

Wednesday, September 26, 2012

Bila Britney keluar album Zikir

Jangan terkejut pulak, ni lah masalahnya bila main publish je, takde double check, or maybe system something wrong ke, ntah lah,rasa last week punya kot. ntah.





Sunday, September 23, 2012

Community House

sekarang tengah sebok buat projek ni, pasal fitness centre, patutnya dah stage akhir, but still banyak lagi kena settlekan before boleh proceed final nanti,.wish me luck.lagi sebulan





Saturday, September 22, 2012

Penat!

Sunnguh busy lah minggu ini, rasa nak bernafas pun susah! lagi sebulan nak final, kerja makin banyak tak siap, drawing masih lagi tak siap, planning still tak dapat approval dan banyak lagi tak settle, jiwa pon tak tenteram, sekarang, 24jam design je, kalau tengah makan pon, otak ni still fikir design lagi , memang begitulah budak arki kan.

Khamis lepas, ada presentation dengan arkitek, ok lah, but still banyak kena solve before can produce finaldesign! semalam pulak, ada futuregrad workshop, dari pukul 9am hingga 5.30pm! memanjang talk, rasa naik tepu, pastu speaker dia semua orang sama dalam setiap sesi, untuk wkshp ni, kena bayar $15 untuk catering, patutnya tak yah mintak rasanya, sebab diorang yang anjur, tapi mintak student bayar, dah takde duit dah kot.

masa morning tea tu, dia bagi makan biskut yang dicampur letak dalam pinggan, pastu ada lah buah-buahan dan sedikit muffin (budak dalam 60 orang but muffin 6 je), dan bagi minum air kopi n tea, pastu ada juice (ini brand pasaraya punya). lunch pulak, air yang sama, pastu ada lah sandwich (more to finger food) sedikit sushi , pastu dia ada masak tart dan buah, petang pulak, recylce menu morning tadi. dan itu untuk $15!, kalo nak bagi makanan macam ni, tak perlu rasanya nak mintak duit student, budak local pon boleh complain sebab makan macam ni.

tapi itu memang style makan sini kot(atau skool ni je) kalo event, dia memang bagi finger food je, semua snack beli  kat coles, kalau perut orang malaysia memang tak kenyang lah kan.Tapi bagi orang putih, dah kenyang lah.

Compare dengan kat Malaysia, pagi makan nasi lemak, pastu lunch nasi briyani, selingan makan karipap, minum petang makan meehun! mana tak gemuk!hahaha, tapi sebenarnya, makanan yang disediakan tu, ok jer, kalau makan giler berat, mengantuk lah semua, makan tu walaupun sikit, but kenyang lah jugak minum air banyak.

Malam ni ada event untuk semua orang malaysia dekat sini, ada pesuruhjaya tinggi nak datang, makan malam, ingat nak pergi, tapi kena bayar $70 seorang, pastu jauh pulak(2jam dari rumah), dengan kerja menimbun, memang tak pergi lah, mahal sebab nak sediakan makanan halal oleh puhak hotel, tu jadi mahal, kalau tak, lagi murah.
Pelangi Senja


ini ada game malam punya session


**airasia promo, beli jangan tak beli!

Saturday, September 15, 2012

Datang Australia?

Tetiba nak share sedikit info, pada sesiapa yang planning nak datang Ausie, mula sekali, boleh lah apply ETA secara online, ETA ni visa yang valid for 3 months, kalau nak murah, boleh apply dekat agent pelancongan, saya dulu applykan for my parents dekat Amcorpmall, tak ingat nama agent tu, dalam RM20 seorang, kalau online, dalam $20 seorang.

rasanya ramai sedia maklum, kastam dekat Ausie ni memang leceh, sangatlah dia cek segala benda yang kita bawak. yang penting, apa kita bawak, kita kena DECLARE, walaupun benda tu kita rasa kecil je, sangat penting, ada kes kononya tak nak declare, takut kena rampas, macam milo 3 in 1 tu,pastu kena denda dalam $200++ mcm tu. Barang makanan boleh je bawak, tapi tidak semua lah, benda hidup macam haiwan, tiumbuhan/buah tu, memang tak boleh, pastu benda yang berkayu pon tak boleh, dan paling tak boleh iyerlah benda tenusu, segala keturunan susu diharamkan, tapi kadang-kadang, ada je terlepas, ikut nasib.

Kalau kita declare barang semua, kastam tak akan cek sangat, dia just akan tanya je,dan jawablah dengan ikhlas, pastu dia lepaskan je, lagi-lagi if time tu, orang ramai giler. so far, saya takde problem dengan kastam, bawa makanan semua lepas je, dan lagi satu, mesti ada label dalam English, kalau takde, buat sendiri.

Jika nak datang Tasmania, lain pulak syaratnya, masuk kesini lagi ketat, langsung tak boleh bawak masuk buah.tumbuhan dan kayu ke Tasmania, bila keluar airpot tu, akan ada anjing kesan kalau ada makanan ke, memang tasmania ni diorang jaga kaw-kaw punya. tak boleh bawak benda dilarang dari mainland, kalau bawak, kena buang, macam bila mak saya datang, bawak buah dari melbourne, tapi kena buang bila sampai, sebab mereka takut hasil tanaman di tasmania ni rosak oleh serangga dari mainland.




Lagi satu, if naik Jetstar ke, sila lah timbang beg anda betul-betul, kalau hand carry tu, dua barang je boleh seorang, kalau pegang novel tu, dia consider satu barang, saya pernah kena, mak saya bawak beg camera, handbag dan beg kecik, pastu dia consider sampai 3 barang, selalunya handbag tidak dikira, terpaksalah cek in beg tu, kena bayar dalam $200++ masa tu, but berhati-hati Jestar punya staff ada yang kurang ajar! (sebab dah 3 kali kena layan teruk, sangat racist), but still naik sebab murah. hehe itu  je lah, duit tu tukar lah siap-siap dekat Malaysia, sini mahal!

Friday, September 14, 2012

Makan dan Makan

Baru lepas crit dengan tutor tadi, stress je, dah lah sekali seminggu, tapi kejap je, setiap student ada masa dalam 20 minit je satu sesi, so bila dah cukup 20 minit, terus lecturer stop, adoi! imagine lah, bayar satu semester $8400, hanya untuk satu subjek, dan subjek ini hanya kelas hari jumaat, selain ada lecture sejam (tu pon kadang-kadang je), pastu baru ada crit session, setiap tutor ada 6-8 orang je, ada tutor baik, dia tak kisah lama pon crit, tapi tutor saya memang cukupkan 20 minit je!,

memang mahal bayar tutur ni, bayar ikut minit, tu diorang sangat on time. Ok, abis dah berleter, sekarang nak tunjuk gambar makanan yang diambil menggunakan hp, hahaha, biasalah, rasanya orang malaysia je amik gambar sebelum makan, orang local sini takde pon, sampai diorang pon pelik dengan kami.

Gambar semua ni since puasa until now, ada saya masak ada makan luar.
Ini adalah makanan yang selalu dimasak, nasi lemak, kalau rasa ngidam je, masak lah, nak beli tak jumpa kan, heheh, bila tulis ni rasa nak makan pulak!


ayam percik masa ramadhan, ni kawan saya bagi,sedap giler!

housemate masak, guna pastry, macam karipap lah

kalau minum dekat luar, selalunya akan pesan air sejuk, walaupon winter! yang ni coklat float, sedap lah, tak manis pon, sebab orang sini mana minum/makan manis2

ni jamuan selepas solat raya, denggan komuniti muslim disini, macam-macam juadah pelik ada, sedap lah jugak.

makan time 2nd day raya, duduk depan laptop tengok tv9, pastu layan perasaan dan perut, nasi dagang leftover!

ni masa join event tea haritu, ok lah, sekarang dah gian ke tea yang takde gula macam ni, sedap!

kek apa saya x sure, but sangat sedap, nasib free, kalau beli dalam $6

ni burger ikan, kat sini, burger memang besar gedabak, selalunya harga dalam $13 untuk burger je!


ni baru masak last week, capati dengan kari sardin, teringat makan kari sardin sedap dekat sri rampai, tu saya google macam mana nak buat.


ni nampak hodoh giler, ni burger malaysia, ada leftover doh pizza, buat lah ni, sangat tak sihat, berminyak, but sedap!haha
Kalau dekat sini, harga makanan memang agak mahal, selalunya kalau makanan je, dalam $10 and above, kalau air harga bermula dari $4, air mineral pon $3, memang mahal, tu kena masak je, sekali sekala boleh ah makan luar.

Wednesday, September 12, 2012

Makan masakan non muslim?



Kat atas ni, video dari Dr.Maza, pasal hukum makana, makanan bukan islam, lagi-lagi kalau kita duduk overc ni, selalu je pergi makan rumah non muslim,ada sebahagian kawan saya, yang tidak langsung makan makanan itu, mungkin mereka rasa was-was, dan elok dielakkan.

Ada juga benda yang sememangnya halal, macam buah-buahan, itu pun tak nak makan, sebab was-was pisau digunakan maybe potong babi etc, dan alau kita tak nak makan makanan mereka, seeloknya tolak lah secara baik, tonton lah video ni, rasanya banyak jawapan dari drMaza, sebuah perkongsian sahaja, dan terpulang pada diri sendiri untuk menilainya. bagi saya, inilah jawapan saya cari.





Tuesday, September 11, 2012

Buta bukan Halangan

source: http://www.afb.org/section.aspx?FolderID=2&SectionID=7&TopicID=267&DocumentID=6054

Hari ini, final episode untuk Masterchef season 3 USA, saya pernah cerita pasal peserta masterchef ini sebelum ini, dia buta, tapi still mampu memasak dengan baik, dan hari ini, dia menang! memang sangat luar biasa, imagine, peserta buta dapat kalahkan perserta yang celik, memang tengok diri dia sepanjang pertandingan memang sedih, nama dia ialah Christine Ha


Pernah satu level, dia tidak percaya apa dia masak, dan sentiasa pandang rendah diri sendiri, walaupun apa dia masak itu adalah sangat baik. Dia selalu akan menjadi peserta terakhir dipilih dalam setiap pertandingan berkumpulan, memang kesian dia, sedih je dia, selalu gak dia menangis, dalam pertandingan ini dia dibantu seorang pembantu untuk mengambil barang dan memimpin dia, manakala kerja lain, dia yang buat sendiri.

Kalau tengok dekat FB dan youtube, memang ramai kutuk dia, salah satunya sebab dia asian, ada yang kata dia tidak buta lah, kata dia menang sebab buta, pastu siap komen no more blind contestant after this, dan macam-macam lagi. Sebenarnya dia ni bukanlah buta sejak kecil, cuma 10 tahun lepas dia buta secara perlahan-lahan disebabkan penyakit, dan dia berasal dari vietnam. Dia masih nampak cahaya tapi cuma cahaya tertentu. Kadang-kala tengok dia, saya teringat arwah nenek saya, nenek saya pon tidak nampak, tapi dia mampu hidup tanpa menyusahkan orang lain. Tiada yang mustahil jika kita berusaha, dan yakin akan diri kita.

Monday, September 10, 2012

Wallaby dan Pancing lagi!

Sabtu lepas, buat lagi satu trip pergi ke East Coast, nak pergi memancing, kali ini pergi meancing di pantai, bertolak pukul 6 pagi, sebab perjalanan ambil masa 2 jam, bila dah sampai ke pantai tu, kena bayar $24/car sebab masuk kawasan National Park, tapi ada yang tak nak bayar, so terpaksa pergi tempat lain, lebih kurang sejam perjalanan dari pantai tadi.

Kali ini, pergi 3 kereta, termasuk ada local sekali, memancing di pantai kena guna joran panjang, tapi kami punya, pendek, dengan angin kuat, ribut pasir, memang susah nak mancing, dah lepas 3 jam, ikan sekor pon tak dapat, kami pon pergi tempat lain. Pergi pot memancing yang pernah kami pergi last month, tapi di sungai air masin, tapi still tak dapat ikan, jugak, sampai pukul 7malam, baru lah ada yang dapat, total ada lah 5 ekor dapat, saya sekor pon tak dapat. tiada rezeki kali ini.

separuh memancing dekat batu, but still, dapat sekor je

friendly beach national park

ini adalah pawangnya, pak tony, dia penyanyi di indonesia dulu, ada saper kenal? tony phua kot





ada sorunk local ni, dia amik bangkai wallaby yang accident tu, pastu korek perut dia, buang isi, dah lah dah busuk, dengan selamba dia buat macam tu,pastu ambil daging sikit, buat umoan, dan selebihnya dia gantung di jetty, nak attract ikan datang, tapi ikan tak datang pon! itulah seharian memancing, dan hasilnya ialah penat! tapi semua itu pengalaman.
Schamander




sangat tenang disini

melayan mat saleh ni bercakap, pening otak nak paham sebutan dia


ni dia, selamber je korek perut bangkai


wallaby yang dilanggar




** blog ini, saya tulis, bukan tujuan saya untuk mengutuk atau mengumpat sesiapa, apa yang ditulis, apa yang dirasa, sebuah penceritaan dari cebisan hidup saya yang jauh dari keluarga. TQ pada yang sudi membaca.

Friday, September 7, 2012

Lawak Bangla:Update!

ini text yang dihantar oleh salah seorang staff bangla kawan saya, sumpah lawak! gelak guling-guling saya baca main tulis je apa dia sebut, nasib bos dia dah paham.


siapa paham dan boleh translate ayat kat atas ni, dia power lah, nanti saya bagi jawapan dia.
bawah ni pulak gambar ikan yang dah dimasak haritu, kak norhidana, ni ikanya, masak asam pedas n steamed je +ada ayam golek

kakcik dan kaknorhidana meneka hampir tepat, heheh, bawah ni ialah text yang telah ditranslate oleh tuan dia:

Shafiq boss , bila you mari sini tolong beli shampoo Sunsilk anti dandruff . Ini Jamal PulauUndan

Shafiq boss <(nama bos sebenar), bila you mari sini tolong beli shampoo Sunsilk anti dandruff (

asal boleh je tulis kan!hahaha


Thursday, September 6, 2012

Spring: Memancing!

Selalunya jika ada tetamu datang kat launnie ni, kami akan bawa pergi memancing, itu memang aktiviti wajib, tak kisah lah, siang ke malam, or winter ke, memang akan bawa, selalunya ada hasil lah.

So bila kawan saya datang, saya bawalah pergi memancing, dua tempat, satu dekat je dengan rumah, lagi satu agak jauh, dan hasilnya agak ok lah, boleh makan untuk 6 orang, hahah. 1st trip pergi memancing di Hillwood, sungai air masin, ni memang pot student sini kalau pergi memancing, sebab dekat, dapat lah dalam 5 ekor ikan, ada ikan cod, salmon ausie dan flathead. Mancing dari pagi sampai ke senja.

Hillwood







2nd trip pergi ke Lowhead , yang ni mancing di laut, sebab kononnya nak pergi candat sotong, bulan penuh katakan, tapi pergi mancing ikan dulu, dapatlah ikan cod juga, banyak pulak dapat tu, yang paling best, bila housemate saya dapat ikan barracuda /ikan parang, 2 ekor lagi, panjang pulak. Lepastu pinda pot lain, nak candat sotong, hasilnya sangatlah hampeh! sekor sotong pon tak nampak, semua tido kot, pastu balik lah dalam pukul 3am. Masa balik tu kabus sangatlah tebal, tak pernah setebal ni, tapi nasib baik dah Spring, memang cuaca tak sejuk, tapi agak sejuk lah jigak. Pastu berangin, tapi tidak lah sesejuk masa mancing time winter haritu.

Lowhead
persediaan sebelum memancing

barracuda

ni pulak nak candat sotong, sekor pon tak nampak




Dan esoknya, buat makan-makan sebab kawan saya pon nak balik malaysia, masak ikan yang ditangkap, ikan barracuda masak asam pedas, manakala ikan cod masak steam je, sebab isi dia sangat lembut dan mudah hancur. Maybe sabtu ni nak pergi memancing lagi, dekat East Coast pulak, tak tahu nak pergi ke tidak, tapi kalau nak release tension, boleh lah pergi. 
hasil tangkapan 2nd trip



*terima kasih diatas nasihat dan kata-kata semangat, IAllah, saya kuatkan diri.