Friday, June 29, 2012

Satay Australia

Nama nak letak gak kan ausie, dah buat dekat sini kan, saya seumur hidup, tak pernah lah nak buat satay, kalau raya memang tak pernah buat, rumah saya masak nasi impit  je during raya. Macam last year, dekat sini ada buat satay, tapi tak sempat nak tolong cucuk, sebab itu tugasan rumah orang lain.


So rasa-rasa nak makan satay, saya buat lah sendiri, pergi cari bahan-bahan, nak beli serai 3 batang je dah 4$kan, itu belum nak darab RM, lepastu nak cari bahan rempah lain, nasib baik ada dekat rumah sebahagian bahan tu, lepastu pergi Coles nak cari lidi, sekali dia jual 100 batang tu 3$, bagi saya mahal lah, memang tak beli lah, rasa macam nak cancel lah pulak kan, sebab banyaknyer kos dia, pastu pergi asian shop, terjumpa pulak lidi ni, nasib murah, 60sen 150 batang,so murah lah kan.

Saya guna 2kg drumstick je, jenuh nak membuang tulang tu dan potong kecik-kecik, dan lepastu marinate ikut je resepi dari internet, esoknya baru lah saya cucuk dan bakar. Dapatlah dalam 120 cucuk, so ok lah, saya potong ayam kecik-kecik tu dapat banyak. Dan saya buat kuah kacang dan juga rebus nasi impit, kebetulan nasi impit instant tu baru je sampai dari Malaysia kan haritu, so tak perlu nak buat sendiri, senang hidup.

dekat rumah ada bbq pit tu, tapi takde gas lah pulak, so pergi lah ke Royal Park, dekat je dengan rumah, buat picnic sekali dengan hosuemate, bakar dekat situ je, nasib masa tu keadaan cuaca suam-suam kuku, so takde lah menggigil time winter ni. Alhamdulillah, abis semua satay dimakan, dan secara jujurnya, macam tak berapa nak jadi, macam tak cukup rasa, takpe lah, 1st trial buat, so ok lah, kena usaha lagi yer.










Sejak 2-3 hari ni, cuaca hujan, dan malam suhu pon 10-12C,lega rasa panas sedikit, kalau tak -5C! boleh tidur dengan aman, dan semalam baru dapat satu result, Alhamdulillah, syukur lulus. lagi 2 subjek, doakan saya lulus juga.


Thursday, June 28, 2012

Pie Ayam

Pengumuman: tetiba kan, sesiapa yang ada plan nak pergi Gold coast before June 2013, dan ada nak beli tiket theme park, boleh contact saya, ada onr extra ticket, nak jual around 50$ je, harga asal 99$, ada 2 theme park boleh masuk, sekian.

Selalu kalau ke Coles or Woolworth nak beli grocery, selalu tengok ada jual pie ayam , nampak sedap, tapi tak halal, tapi ada jual pie sayur, tapi macam tak yakin lah nak makan kan, sebab takde tanda halal. So apa lagi, masa banyak terluang, google resepi dan cari lah resepi pie ayam, saya kalau caru resepi, mesti pilih yang tak banyak bahan nak guna dan senang, boleh cut budget dan guna apa bahan yang ada dirumah ni, so jadilah pie ayam saya, inti dia ayam dan juga mashed potatoes, ada 2 layer, ok lah, not bad, nak kata sedap , tidaklah sangat, hahaha.
macam-macam pattern buat, hehe




Z U L


*nasib suhu semalam tak menggila, maintain 4C 

Wednesday, June 27, 2012

-5C dan Sambal Petai

Suhu dekat sini dah makin menggiler, pagi tadi suhu sampai -2 pastu pukol 8 am tadi, suhu -5C! memang teramat sejuk, dengan  takder heaternya, terpaksalah pakai baju 5 lapis nak tahan sejuk, tu belom selimut berlapis-lapis, tapi still sejuk. Sapa kata belajar overc best? hahaha.

Salji kat atas bukit pon agaknya makin menebal, esok ada trip main snow, tapi saya tak pergilah, maybe bulan depan kot, ongkosnya terhad sekarang.


Dan semalam juga stok makanan dari Malaysia sampai, ada kawan tanya, naper parent nak hantar stok makanan, kat sini xder ke, dah dok overc, makan jelah makanan dekat overc. Jawapan saya, memang ada pon jual, tapi mahal, tapi paling penting, parent aku yang nak hantar, sukati dioranglah! itu pon nak jadi masalah diorng ni.haih.

besau kotak

Kali ni Mak post tempeyek 7 balang! terkejot giler bila bukak kotak tu, dengan 1 balang sambal kering! yeah! memang ditunggu itu. Dan mak pos sekali ikan bilis, so semalam, masak lah sambal petai ikan bilis, yang kelakarnya, saper lah tulis ingridient dekat sambal kering tu, ikan bilis in english as fish bilis! arhhhhh! gelak bagai nak gila baca tu, bila tanya, semua tak mengaku, malas lah tu nak cari dekat dictionary, hahah. 




semalam menu macam kat Malaysia: sambal petai+lemak cili api+telur bungkus! sedap!

Ok, still kesejukan, duduk rumah hari-hari,layan youtube je lah.hehe

Monday, June 25, 2012

Australia Masterchef Muslim!

Sekarang memang hari-hari tak pernah terlepas tengok masterchef ni, sebab utama dia, ada seorang peserta muslim, rasa macam bangga tengok dia, nama dia aminah, mix korea and arab, bekerja sebagai nurse.So far dia ni memang top contestant, kalau masak dia memang semua kena puji.

Masa audition dulu, judges ada tanya, if dia kena masak pork macam mana, dia kata boleh je, tapi dia tak boleh nak rasa lah. Masa ada satu cabaran aritu, dia kena masak pork, dan terpaksa lah dia pakai glove, dan masakan dia dipuji sedap.




all images taken from Google


Biasalah Australia kan, ada segelintir akan kutuk dia, lagi-lagi dekat FB Masterchef tu, kaitkan dengan islam lah dan macam-macam lagi, tapi ramai yang sokong Aminah, walaupun dia ni muslim. Macam episod semalam, dia mula-mula top 3, tapi bile next round terus jadi bottom 3, so dia kena masuk elimination round today. dalam pertandingan ni pon, ada satu contestant, suka sangat masak makanan asian, sebab dia tinggal kat Malaysia lama, aritu buat char kuey tiaw, roti canai dan murtabak.Mindy nama dia.

Harap-harap aminah ni lepas, dia memang talented dalam masakan, humble dan ceria, hahah.

*mastercep selebriti asik start je semua nak nyanyi, lagi2 azwan tu!haih!haha

Sunday, June 24, 2012

Winter Fishing

Rasanya, inilah perkara paling giler pernah Zul buat dalam hidup, pergi memancing diwaktu malam, dimusim sejuk! Suhu semalam ialah -2C but feel like -5C! tak ke sejuk giler.

Kami plan pergi memancing dengan seorang pakcik indonesia ni, dia duduk lama dah di australia, dia memang tau lubuk yang best nak pergi memancing.Plannya jumpe dekat rumah pakcik ni pukul 2petang, lepas solat jumaat, tapi biasalah lah, ada yg datang pukul 3,janji Malaysia, lepastu terus gerak ke Scamander, kawasan ni dekat dengan Bicheno yang sangat famous dengan penguin, tahun lepas ada pergi ke sini. Nak ke scamander ni dalam 2 jam dari rumah lah, pakcik ni bawak sikit punyer laju, dia umur 70+++, tapi memang steady, mcm nampak 50 jer.

Bila dah sampai pukol 4 lebih, apa lagi kelam kelibut semua nak solat asar, amik wudhuk guna air muara tu, sejuk nyer, tu baru petang, rendam kaki dalam air, bila keluar je, rasa macam nak pecah kaki tu. So sebelum hari makin gelap, kami setting lah joran supaya malam kang tak susah.
Scamander:SubhanAllah sanagt cantik!

before gelap

sumber panaskan badan


Kawasan dia memang ke hulu, lalu jalan merah, memang sunyi, dikelilingi hutan dan langsung tiada lampu, memang bergantung pada unggun api, dan juga torchlight, lepastu, semua bateri abis, bergantung semat-mata kepada unggun tu, nak dijadikancerita, terpaksa lah buat pembalakan haram, malam-malam masuk hutan cari kayu api, tapi sebenarnya pergi cari pokok nak ditumbangkan, rasanya ada lah dalam 5 pokok dikerjakan memang bila dah pagi, nampak clear kawasan tu, sebab pokok dah kena tumbang.

Kawasan memancing ni, memang banyak ikan Bream, ada 7 orang yang pergi, total semua dapat dalam 100 ekor rasanya, memang banyak sangat.makin malam makin banyak ikan, memang sedap main tarik-tarik  ikan bream ni, dia melawan, tapi memancing dalam gelap, memang tak nampak langsung.

Bila makin mala je, suhu dah jadi negatif, pakai dah berlapis, tapi still sejuk, kereta dah beku, ais semua dekat cermin, imagine air dalam botol, boleh jadi ais sebab terlampau sejuk! tak tau nak gambarkan mcm mana sejukya, tapi, Alhamdulillah, enjoy sebab dapat ikan banyak, bila dah pagi, dapat salmon lak, tapi kecik-kecik,macam ikan selar kuning, memang tak leh tidur sana, sebab sejuk, memang berjaga je, rasa nak tidur atas unggun api tu je, sebab sejuk sangat.
hasil tangkapan, tapi ini untuk rumah zul lah, yg lain bawak balik umah sendiri

berdiri dari kiri, bream, travelin, mullet dan salmon


zul dapat 3 ekor je bream, tapi sekor besar, dan dalam 5 ekor salmon


Balik je terus tidur mati, bangun-bangun baru lah simpan ikan tu, tapi housemate lah siang ikan, saya tak reti, kalau buang kepala ikan terus pandailah, hahah.


* dah masak sambal petai, petai sambal bawang lah, udang mahal, heheh

Thursday, June 21, 2012

Winter = Lapar = Makan

Disebabkan cuti ni, banyaklah masa lapang, duduk rumah je lah, kalau tak, pergi ke coles or kmart cari barang. Bila buka FB ramai asyik post makanan, dah lah pantang nampak, semua rasa nak makan, memang duduk overc ni, asyik nak makan je, mak Zul kat Shah alam tu pon tak risau kalau anak dia tak cukup makan, sebab tau anak dia memang akan CUKUP makan!

So semalam rasa nak makan popiah, terus lah pergi beli kulit popiah dan buat lah isi dia, dengan bahan yang limited, saya main masak je lah, asal ada isi pastu bila goreng rasanya semua sama jerkan, hahaha. Pastu tengahari tadi, rasa nak makan mee kicap, tapi bila google, macam-macam lak bahan dia nak, last-last buat mee kari, sebab tu macam senang je, rempah kari kat umah ni banyak sangat, bawa dari Malaysia haritu banyak lagi. Akhirnya jadilah mee kari. Winter ni memang 24/7 lapar memanjang, dah lah sejuk menggila sejak akhir-akhir ni.



free sangat, tu main2 amik gambar, haha


mee kari dan cili jeruk, resepi main google jer


Makan dan makan dan makan.............tapi petai belum masak lagi, sebab udang tengah mahal, tunggu promo baru beli, hahah, itulah nak save duit kan,kena jimat, sebab lagi 2 minggu nak berjalan ke Gold coast!!!

Wednesday, June 20, 2012

Misi Mencari Petai di Australia

Saya ni masa balik Malaysia haritu, memang dalam peti ais, mak dah beli siap-siap petai dan juga tempoyak, buat stok untuk saya, kalau tempoyak tu, sampai ada tiga botol besar, tu termasuk makcik saya kasi untuk saya. sebab diorang tahu, saya memang hantu tempoyak. Kalau petai tu, memang saya suka jugak.

Tetiba dekat sini, saya rasa mengidam nak makan, kalah orang ngandung! asik nak mengidam. ni sebabnya, 3 minggu lepas, mak saya whatsap gambar ikan bilis petai yang dimasak masa kenduri, sedapnyaa nampak!!!!!!!!!!!!!
petai yang dicari

ni sambal kering mak nak kirim kesini, yang petai mana tah gambarnya


lagi lah saya makin nak makan, so google lah di internet, di sini memang takde jual pon, jenuh mencari asian shop, tak jumpe langsung, budu dan cencaluk ada lah. Saya cari kat internet, ada online store, harga dalam 3$, excited dah nak beli, sekali bila nak bayar, delivery charge je dah 8$, so jawapanya, memang tak lah! bazir duit nak beli sampai 11$ just untuk setin!

Nak ditakdirkan rezki, tadi ada akak yang duduk sini, dia hantar souveniour, baru balik dari Melbourne last week, sekali dia bagi petai tin ni! excited giler!so kejap lagi cari udang lah, masak nasi lemak! yum! yum!

*suhu menggila semalam, sampai -2C, argh!!!!!!!!

Tuesday, June 19, 2012

Wajib Tengok! inspiring masterchef



Wajib tengok!
 peserta ni buta, nama dia christine ha, dia lepas audition dan dah jadi finalist, top 18, dia buat dah 10 tahun, sebab penyakit, cara dia masak semua dengan bau dan rasa, sebab memang tak nampak kan.
memang kagum giler dengan dia, walaupon buta, tapi still mampu berusaha, memang saper tengok akan rasa sedih, macam mana dia dalam show ni, orang lain excited je masok dalam studio, pastu tengok ingridnt, tapi dia hanya dengar dan bau je, tapi dalam pertandingan ni, dia ada assistant tolong untuk ambil barang, tapi astn tu tak tolong masak atau bagi idea, dia yang buat semua kerja, potong dan masak, memang superb, tengok !

#selagi ada usaha, tiada yang mustahil, dan bersyukur dengan nikmatNya.

Saturday, June 16, 2012

Mari membuat Roti canai perantau

Semalam buat roti canai, harini baru boleh makan, mari tengok cara-cara nak buat, saja je, sebab tengah free

resepi senang je:
tepung
susu segar
garam
gula
marjerin
telur sebijik
semua agak-agak je, letak susu biasa pon boleh
mari kita mulakan tutorial
sediakan bahan-bahan, agak-agak jer, pastu masukkan semua

guna marjerin je, butter takde, guna minyak biasa pon boleh

satukan semua, telur pastu susu dan kacau

pastu kena uli sampai jadi doh, kalo lembik, tambah tepung

pastu buat bulat-bulat

lumurkan bulat dengan marjerin or minyak

dah biar semalaman or beberapa jam, pastu uli lah, nak tepek macam biasa pon boleh

last sekali, masak ler, hehhe