Wednesday, November 14, 2012

Sawah Padi di Aussie

bila pergi tempat ni, dah rasa macam dekat sawah padi, tapi sebenarnnya, hanyalah wetland, tempat ni dekat je dengan rumah, dalam 10 minit drive, memang kawasan yang dijaga oleh council, nak jalan sampai ke hujungnya, amatlah jauh, 30 minit pergi dan 30 minit balik melalui kawasan wetland ni, view memang lah cantik, dan masa pergi ni, air tengah surut. nama tempat ni Tamar Wetland Island, sebab kita akan berjalan melalui wetland ni dan samapi ke pulau dia, dah lah sekarang panas, memang pergi sekejap pon dah boleh hitam muka, hehe














Bila cuti ni, berjalan lah ketempat-tempat yang dekat, nak pergi jauh kena pikir duit minyak, bazir je kang, dekat-dekat ni pon makan minyak kuat, pasni rasa perlu naik bus atau jalan kaki je, haha, kena lah save duit, nak guna hujung tahun ni, tapi sejak cuti ni, kadar nak masak sangatlah malas, asyik pergi makan luar je, walaupun kedai halal tu ada lah 2 je dekat sini, lain tu kena jadi vegetarian or makan seafood je.

dan kepada semua kaum muslimin dan muslimat, saya nak ucapkan

"Selamat Tahun Baru Hijrah"

Moga tahun mendatang akan memberi kemurahan rezeki da kesihatan dan sama-sama kita menjadi umat islam yang lebih baik dan saling memperingati sesama kita, jangan lupa doa awal dana akhir tahun.Assalamualaikum!

Monday, November 12, 2012

Pemahaman yang berbeza

susah untuk mencari persefahaman buat mereka yang berlainan fahaman, tidak kisah lah dari segi apa pun, memang hendak mencari satu titik kesempurnaan memang susah.

Rasanya banyak sungguh bersabar dengan banyak perkara, walaupun nampak kecil, tapi diulang dan diulang lagi, maka ianya menjadi besar, ditahap umur ini, rasanya semua sudah mampu berfikir untuk menjadi dewasa, berfikir untuk diri kita dan juga berfikir untuk mereka yang disekeliling kita, tidak perlu lah berfikir sehingga teliti, tapi cukuplah berfikir berdasarkan logik.

jika hidup mementingkan diri, jika hidup selalu hendak benar, jika hidup tidak mampu berbincang, jawapanya, memang tidak layak dihormati, kadangkala kita bergurau, tapi tidak semestinya ianya akan menjadi selamanya, ada masa kita berfikir secara normal, dan adakalanya kita menjadi diri lain. Hidup memang pelbagai ragam, tapi dalam setiap titik kehidupan itu, pasti ada persamaan untuk kita ikhtiarkan agar mereka disekeliling selesa dengan kita.

cuba bayangkan, jika semua benda hendak disalahkan, jika semua benda bukan dia yang lakukan, dan mengharapkan orang lain, tapi bila dinasihati berulang kali, langsung dikeji diperli dan tidak pernah untuk difahami, langsung tidak memberi ruang untuk bercakap, biadap! memang biadap! adab perlu ada, walaupun asasnya kita diacuan yang berbeza, tapi tidak bermakan kita dijadikan derhaka oleh mereka yang bergelar ibu  dan bapa, setiap perlakuan kita, orang pasti mengatakan itu didikan si ibu dan sibapa, jadi setiap perlakuan perlukan pemikiran dan dijadikan pedoman.

tiada manusia yang akan sempurna sesempurnanya, manusia pelbagai ragam dan cerita, dan pelbagai kerenah dan rencana. Ditahap ini, perlu berfikir sesama diri, siapa kita dan bagaimana kita.

asasnya adalah satu, memahami dan difahami, bukan hidup untuk menampung orang lain, jika kita guna bersama, pokonya perlu dibahagi bersama, bukan guna bersama, hanya empunya diri yang menampung semuanya, perlukah meminta seolah-olah peminta sedekah, perlukah merayu seolah si miskin tegar, kita rezki berbeza, bukan untuk berkira, sebab masing-masing lagak kaya, sedangkan orang lain papa disebabkan kehidupan tidak berkira. bagaimana semuanya ini satu perjalanan kita, jalan dan jalan, tapi perlu kita tengok sekeliling kita. Sekian!



*apa ditulis, apa diluah, hanyalah apa yang dirasa oleh saya, jika ada membaca dan terasa dengan setiap patah bicara, itu adalah interpretasi anda, secara keseluruhanya, ianya sangat luas aspek percakapan ini, bukan dituju kepada sesiapa, tapi untuk diri sendiri, sebab saya memang tidak sempurna, peringatan untuk diri sendiri dan kita sesama manusia.

Sunday, November 11, 2012

Kesesatan dalam Kedamaian

Lepas je balik picnic haritu, perut dah semacam je feeling dia, memulas dan banyak sungguh angin, pastu minum lah air halia, nak kasi buang angin, tapi bila malamnya, bermulalah sebuah episod kehidupan yang lara, sakit perut berpanjangan! tapi tidak lah seteruk singingpilot sampai kena masuk hospital , memang lebih 10 kali keluar masuk toilet, pastu tanya budak yang pergi, ramai yang sakit perut, tapi saya paling teruk, tak tau lah makan apa sampai sakit perut ni. saya suspek sardin yang saya masak, tapi maybe benda lain gak kot.

Berbalik pada kesesatan dalam kebahagiaan ini, plan nak pergi picnic ni buat sebab nak gather semua malaysian sebelum ramai balik, tapi apakan daya, ramai still tengah exam lagi on that time,so tak ramai lah pergi , pergi pagi-pagi, pastu balik petang, before this pon ada citer pasal picnic dekat Bridport ni, memang cantik. Bila nak balik je, dengan konpidenya ikut jalan yang selalu guna, tetiba saya rasa macam pelik je jalan ni, sebab tak pernah pun lalu, bila tanya co-pilot, dia konpiden yakin betul, tapi tetiba jalan tar jadi jalan berbetu gravel! so kami pon teruskan je, sebab GPS kata betul, dan terpaksa guna jalan berbatu gravel tu yang sepanjang 20km+++, dan sebenarnya kami ikut jalan masuk kedalam kawasan hutan simpanan.

Semua dah cuak, hanya kereta kami je ada situ, kawasan memang hutan tebal, sekali ada lembu terlepas dari kandang, lembu tu bila tengok kereta kami, dia pon terkejut, terus lari lintang pukang, besar giler lembu tu, nasib baik dia tak datang kat kami,dah rupa gajah besarnya. hahaha. kiri kanan memang hutan lah, tetiba imagine kalau bigfoot kelaur ke kan, mana tau.

ingatkan dah nak patah balik, tapi teruskan jugak, memang nak keluar dari kawasan hutan sebelum gelap,last2, kami jumpa jalan bertar, lega rasanya, memang buang masa dalam 1jam++ dalam hutan tu, bawa kereta slow, sebab takut rosak, semua kereta lama kan, pastu tebus dekat kampung kecil, disini bermula lah sebuah kedamaian itu (ayat drama RTM ni), SubhanAllah, pemandangan sekelling, teramatlah indah, disebalik kesesatan kami ni, Allah berikan sebuah keindahan yang susah nak diungkapkan dengan kata-kata, saya tak dapat nak ambil gambar, sebab saya drive, tapi memang cantik sungguh alam semulajadi ini.
bridport

berjemur sakan dekat sini


otw dalam kesesatan, sangat cantik view





pekan yang sesat


Singgah jap isi minyak, ada satu je pam, pam minyak, kalau nak lari pon boleh, tak payah bayar, bila masuk kedai tu, agaknya diorang pon pelik pertama kali tengok orang asian kot, hahaha, dan akhirnya, Alhamdulillah sampai ke rumah, before samapi tu, singgah sekejap ke air terjun, solat jap, orang putih tengok kami solat berjemaah pon pelik, heheh,

isi minyak jap, nasib terjumpa

sesat dan jumpa ni

ni lah pekan yang jumpa, pump ada satu tu je, hehe


dan memang seronok, dah hitam sebab berjemur, bajet omputeh nak berjemur, diorang kalo berjemur jadi perang-perang sikit, kalo orang melayu, berjemur, hitamlah jawabnya, hehehe, lapang sikit hati buat sementara waktu......




*konpiden order burger nak makan, sekali ada bacon strip! terus cuak, nasib boleh tukar, hahaha

Thursday, November 8, 2012

Makan dan Makan

penat! baru balik dari picnic, masa balik, sesat!!!!!!!!!!!!! hahah, ok, nanti tu lain kali cerita, semalam saya buat makan-makan, just ajak budak asian yang saya rapat je lah, kalau ajak ramai, pastu tak pernah cakap,tak guna gak, budak local kalau ajak, takut tak makan pulak kan.

So semalam, buat nasi lemak+roti canai+dalca+cekodok pisang dan ayam bakar, pastu yang datang bawak cupcakes,egg tart n pappadom. Alhamdulillah, makan cukup, sedap tak sedap, itu lain kira, asal kenyang. Ajak makan tengahari, pastu lepas makan, macam-macam game main, main xbox+ fuss ball dan monopoli, rasa semua muda balik, padaham semua dah 25 n above! samapi lampu ceiling jatuh, lucky no one kena hempap, ganas main lompat-lompat.hahaha






result lagi beberapa minggu, cuak giler, sekarang spend masa denga beberapa aktiviti , tu pergi jalan, pastu buat makan-makan. takde benda lain dah boleh buat, esok ada laser tag pulak dengan budak kelas, but macam tak pergi pulak, tengoklah tahap kerajinan macam mana.

sekarang penat sangat, sebab ngantuk, berjemur kat panas, dah rupa orang asli new zealand dah ni, hehe


xbox

monopoli

fussball

yg datang!thx

Wednesday, November 7, 2012

renew pasport

hari ini, try nak settlekan urusan pasport ni, expired bulan april next year, so memang kurang dari 6 months, sebab ikut perancangan nak pergi NZ end of dis month, tapi kalau pasport tak renew, memamng abislah.

tadi try call malaysia office dekat canberra, diorang kata, buat dekat situ ambil masa sehari je, pastu call perth, ambil masa dalam 2-3 minggu nak siap, pastu call melborne tak angkat, maybe public holiday, harini ada melbourne cup.

ikutkan nak pergi melbourne je, senang dan dekat, sebab kena beli flight tiket tu yang mahal, pastu kalo ke canberra, total nak kena belanja dalam 500$ ! banyak giler, nak pergi ke NZ lagi, adoi! dulu balik malaysia tak nak renew, sekarang dah membazir, esok nak try call melbounre malaysia lah pulak, harap-harap dapat buat cepat.

bila call malaysia office ni, sama ada di perth atau di canberra, rasa betul-betul malaysia style, dah biasa dengar omputeh cakap baik dan lemah lembit, tapi bila dengar diorang cakap, adoi! susah nak cakap, hahah, malasyai di mana-mana adalah sama!

harap semua benda dapat disettlekan dengan segera,

sekarang bila dah cuti, memang asyik makan, ada budak kelas nak makan nasi lemak, so esok buat nasi lemak n roti canai untuk bagi budak asian makan, tak ramai pon ajak, sikit je, sebab tak kenal pon semua rapt, hahaha


1st day cuti, buat sushi -ngidam
ada sesiapa duduk di canberra???

Monday, November 5, 2012

COTI

Hari ini public holiday dekat sini, recreational day katanya, tak tahu lah apa buat, pergi city tadi pon orang takde, kedai semua tutup, kalau dekat malaysia, time cuti lah semua kedai bukak, sini lain sikit. Pergi cari kedai kopi yang bukak, nasib ada, lepak kejap sampai kedai tutup (bajet kedai mamak lepak lama-lama). Cuaca sejak seminggu ini, sangatlah best, panas je, suhu pon dalam 19-25, memang seronok nak duduk luar berjemur.

Tapi, hati ni, masih risau dengan result, gundah gulana, bila dah cuti ni, tak tau lah nak buat apa, semalam pergi midnight fishing, dapatlah 2 ekor ikan, tapi bukan saya dapat, orang lain dapat, balik dalam 3 pagi, pastu pergi langgar wallaby, abis lah keter tu dah jadi bengong sikit. Sejak berhari-hari lepas, mengemas rumah , bersepah disebabkan saya, buat model, tapi modelnyer tak siap, pastu buat kejer dekat dining, rumah ni, 2 minggu tak masak, semua makan sendiri, saya beli je yang instant nasi tu, 2$ je, lauk ayam, itu pon sebab tengah half price, so 2 minggu makan tu je,memang malas nak masak.

hari ini 1st day SPM, adik bongsu tu amik spm, mudah-mudahan berjalan lancar untuk dia, amin. masih buntu mengisi masa lapang, maybe akan memancing dan memancing, saya perlukan ketenagan melihat tamar river ni, selain asyik pergi coles/woolies/kmart hari-hari!
rumah bersepah, tikus pon boleh sesat




Saturday, November 3, 2012

cuba yang terbaik

Alhamdulillah, dah selamat habis presentation, jujurnya, kecewa dengan diri sendiri, tapi mungkin pada tahap ini, itu yang mampu saya usahakan, bukan setaraf dengan sebahagianya mempunyai kelebihan dalam beberapa perkara, tapi saya bersyukur, saya mampu menyiapkan semuanya, dengan bantuan mereka yang berada disekeliling kehidupan saya, di sini mahupun di malaysia, hanya Allah je mampu membalasnya.

Hanya menunggu masa untuk mendapat keputusan, dan harapnya,agar ianya lulus, IAllah. rasanya dalam sebulan lepas, hidup saya dah tidak terurus, hati gundah gulana, takut, risau dan macam-macam lagi.
seminggu lepas pulak, boleh kira berapa jam saya tidur, bila nak tidur, memang tak berani, kerja tak siap, dan risau, kesanya, saya bila tidur, akan alami sentakan yang kuat secara tetiba, dan jantung tu macam nak luruh je, adoi!

dugaan yang saya tempuh nak ke final ni, hanya Allah je tahu macam mana rasanya, mungkinlah tidak sehebat meraka lain, tapi pada satu tahap, saya rasa nak give up, jika nak tulis detail masalah disini, perlukan seminggu nak ceritakan, tapi saya percaya, ada hikmah disebalik dugaan itu, walaupun tidak selancar diharapkan, tapi ianya sebuah kehidupan, aturanNya untuk saya.

Pada tahap ini, saya masih risau, tiada keyakinan diri merasaka diri ini tidak buat sehabis baik, tapi saya yakin akanNya, IAllah, ada rezki saya, berusaha sudah,masa untuk berdoa, ingat pesan sahabat,
'zul, selagi result belum keluar, walaupun sesaat, selagi itu jangan pernah berdoa akanNya' walaupun dia cakap benda itu spontan, tapi kesanya dalam hidup saya, sampai sekarang saya ingat.

maybe not the best, but i did my best......pray for me


Terima kasih pada yang mendoakan saya!



** jika perjalanan ini lancar seperti diharapkan, banyak yang perlu direncanak