Friday, May 3, 2019

Kisah Anak 1

Bila ada anak ni, excited lebih nak buat bday dia,
mula-mula nak buat kecil-kecilan je,
tapi tetiba nak buat Aqiqah, ajak lah ramai sikit,
rancang pon last minit,
ajak orang pon last minit,
at the end, ramai juga tak datang bila jemput last minit,
tak pe lah, tak ada rezki bersama.

Tema bday ialah Dinosaur. Rancang bday ni memang dari bulan 1,
rancang je lah, buat nya tak,
so beli lah sikit2 brang bday secara on9 sebab murah,
macam2 nak buat, tapi bila hari kejadian, banyak benda tak buat,
sebab kekangan masa dan kudrat,

Plannya nak masak sendiri semua, sebab minum petang,
masak simple2 je,
last2 semua tak sempat
amik katering pon yang basic je untuk aqiqah,
alhamdulillah harga reasonable,
memang kami control bajet, tak de lah nak buat meriah bagai nak rak,
just untuk jumpa kawan2 dan sedare disamping sambut puasa,
kebetulan parent pon pergi umrah juga,
kami buat sekali lah

Tapi alhmdulillah, ramai famili tolong,
sebab buat dekat bawah rumah,
catering pon order tak sampai seminggu, nasib dia nak amik
memang last minit abis...............

Seminggu sebelum majlis tu, anak saya masuk hospital, kena rotavirus, seminggu sebelum tu pulak kena HFMD
memang bertimpa-timpa,
penat sangat bila anak sakit, keluar masuk hospital
Tapi itulah ujian. Kena kuat mental dan fizikal.

Dapat penyakit berjangkit, nak salahkan taska pon tak boleh,
taska pulak jenis defensive je,
semua salah parent,
saya hantar anak ke taska yang so call terbaik,
dan yuran 2 kali ganda dari normal taska,
tapi bila anak sering sakit je, memang sakit hati lah,
lagi2 bila taska tanya tak vaksin anak ke.
kalau nak citer taska ni,
boleh buat kisah drama novel melayu. hahaha

ok, ada gambar skit masa bday Ali.

konon meja cake, tapi dessert tak beli banyak, yang ni pon x abis





gigih buat botol label ni, design ada je banyak online, tukar lah skit2



gambar ali dari lahir hingga kini


kids table untuk bday, last2 kelaut


bab kek ni, cari2 mostly harga beratus2, sebab saya tahu kek ni tak akan makan, just order small je, tu pon tak luakkkk

Akhir sekali,

Salam Ramadhan semua. Moga ramadhan terbaik untuk kita.


3 comments:

norhidana said...

wahhh meriah nya... ni nampak mak pak nya yg lg over excited ni hehehhe...

tulah, kdg ada je taska, kita byr dhla mahal tp servis dia out,

Amie said...

Alhamdulillah, diberi kesempatan sambut birthday anak. Inilah kenangan terindah buat anak-anak dan memory manis bila mereka dewasa sebab bila anak melangkah keluar dari rumah (sambung belajar dan sebagainya) saat indah seperti sambutan hari jadi ini mungkin agak sukar untuk diraikan bersama.

Zulfadly said...

kak dana: 1st time kak, over skit mak bapaknya, hahah

Amie: betul, nanti bila dah besar, lain plak kenangan nya.