Alkisahnya, semalam, lepas sahaja solat jumaat, lepas habis baca doa, dengan segera hendak keluar, sebab hujan tetiba turun, masa itu, hujan dah nak lebat, so dengan perasaan hendak cepatnya, terus menyarungkan selipar hijau jepun yang dibeli di Giant, lalu dengan confidentnya, menuruni anak-anak tangga di surau itu. Tetiba................................................................................
rasa macam nak tergelincir dan sebenarnya memang pun dah tergelincir disebabkan oleh tangga tu basah dan selipar tu dah botak, memang perfect combination! lalu dengan perasaan diawangan, terjatuh lah kedalam longkang itu,
gambaran dari atas tempat kejadian |
pandangan sisi longkan dan section |
sebelum tu, masa dah nak terjatuh tu, try nak pegang tembok surau, tapi disebabkan jauh. x sempat, masa tu pulak, ada budak nak tolong pegang supaya tak jatuh, tapi terlepas, memang jatuh lalu tertidur dalam longkang tu, dalamnyer lebih kurang 1.6 meter, memang cepat2 bangun, nasib tidak patah tangan dan tidak terhantuk dekat batu, kalau tidak, memang dah arwah dah, air dalam longkang adalah sedikit, nasib tidak penuh.
lepastu, naik lah ke dasar permukaan bumi dengan selamat, dan selipar lagi sebelah ada dalam longkang, dengan perasaan malu disaksikan oleh jemaah yang ramai giler! terus jalan ke rumah dengan tidak memandang sesiapa pun, sebab malu yang teramat sanagt. selipar hanya sebelah je ada, lagi sebalah nak amik dalam longkang memang tidak lah, dan buang je selipar itu. jalan laju kerumah dan tak nak ingat sesiapa pun muka yang tengok itu. takot terjumpa dekat mana-,mana nanti, buat malu wei!!!!!!!
dan kesanya, luka dan lebam di beberapa bahagian badan.
moral of the story:
-jangan pakai selipar jepun, lepasni beli lah selipar yang beratus-ratus pon xper
-jalan dengan berhati-hati ketika hujan
-sila adakan railing untuk tangga, konpem x masuk longkang
-bila dah jatuh, jgn pandang sekeliling, kalau tidak, lagi malu yang teramat
-jatuh itu lumrah, tapi jatuh dalam longkang dengan aksi ala-ala filem aksi, memang memalukan
sekian....................
7 comments:
Nasib dah nak kena, nak buat macam mana Zul,biasalah tu , Auntie pun pernah hadapi nasib macam ni,tapi masa tu nak masuk kedai mamak nak makan, tiba2 aje pergelangan tapak kaki terpeli'ot, kebetulan masa tu nak langkah longkang depan kedai tu, apalgi..tergolek dog lah...dah lah kedai mamak tu ramai org, terus bangun kesakitan seret kaki pastu duduk kat kerusi kedai tu. Buat tak nampak aje lah...sambil minta order nak tak nak aje..hehehe...esoknya kaki bengkak macam kaki gajah...seminggu MC tak gi kerja...
jatuh tu memang malu kan, tapi dah nasib, lawak pon ada, huhu
Kalu kita tukar tangga tu dengan ekslakator tu, okeh tak?
Kesian zul, mmg tragis betul jatuh mcm tu. k umi pun pernah jugak jatuh kat jalan licin. sedar2 dah terduduk dah. tp betul la masa jatuh tu malu sgt tp bila pk lama2 nak tergelak pulak :)
kak azie: hahaha, boleh2, tp kalo jatuh gak, lagi tragik
kak umi: memang lawak, malu pon malu, huhh
kak azie: hahaha, boleh2, tp kalo jatuh gak, lagi tragik
kak umi: memang lawak, malu pon malu, huhh
huhuu siannya..yg penting tak cedera teruk..bab malu tu takpe la..jap je..huhu
Post a Comment