Showing posts with label memancing. Show all posts
Showing posts with label memancing. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Memancing pastu makan dan candat

tinggal saki baki hari tinggal di bumi omputeh ni, pergilah memancing, nak abiskan umpan, sebelum nak sedekah rod ni kepada umat melayu disini. Hari ni cuaca agak baik, mendung, tak panas, dan dijangkan akan turun snow minggu ini, snow dalam summer? itu lah Tassie, memang macam tu.

Walaupon stok makanan masih ada, tapi malas betul nak masak, makan lah sushi diluar, makan buffet, tapi dapat makan vege dan seafood je lah, memang berbaloi, bayar $17, makan lah sampai puas-puas. Untuk perut orang asia memang lah berbaloi.

Semalam adik saya pergi mencandat, tapi saya tak pergi, malas nak pergi pagi-pagi, walaupun tak dapat ikan dan sotong, tapi bagi dia satu pengalaman sebelum balik Malaysia. Hari ini dia sampai lah KL tu, duduk 18 hari kat sini.

Masih mengemas lagi, dan berkemas, barang banyak dah buang, barang yang dijual semua mura-murah, rasa sayang nak jual, tapi apa boleh buat, terpaksa. ok, sambung menegmas!

buat nasi briyani Shan tu, denagn ayam shan jugak dan kuah dalca



ni lah sotong kalau dapat, tapi ni mat saleh punya



kak ummi:hehe, rasa nak balik je ni, aritu ingat nak singgah perth sebelum balik msia, sekali tiket mahal sgt, better fly dr msia , murah lagi, hehe
nekcik:tq nekcik, tak sabar nak balik msia, hehe
joyce: yer! aku laki, hahah, masak je lah, ikut internet, sedap tak sedap lain kira,hehe

Monday, November 19, 2012

Georgetown tapi bukan di Penang

memancing adalah aktiviti yang perlukan modal yang palin kecik, tapi kalau darab dengan 3, ia jadi mahal! hehe. bila dah tahap bosan, memang pergi memancing je lah, rasanya last week, pergi memancing hampir setiap hari, dah hitam dah ni, last saturday, kami memancing jauh skit, about 30 minutes from our house drive, dekat area Georgtown.

Bandar ni kecik je dan sangat lah comel, tapi siap ada kedai branded lagi, tak tau lah saper beli, sebab kalau pergi sini, memang tak nampak orang semua duduk dalam rumah je, sini rumah semua tepi pantai, lawa sangat, dan air laut sangatlah jernih, bukan macam dekat PD.

Bila memancing ni, kalau tetiba ada dengar bunyi bising, mesti budak-budak asian, local pon naik rimas tengok asian ni asyik memekak, kalau dapat ikan, lagi ah bising, selalunya yang bising ni 'Cha Ya Nun Alif ' lah, maybe diorang dah biasa kot, heheh.

Dan hasilnya, dapat rumpai yang banyak, ikan yang sikit, buat penat tarik je, sekali dapat benda tu, ikannya dapat lah sikit, saya dapat ikan pelik, apa tah nama, ganas sungguh muka dia, pastu ada budak kecik local ni kata, tak boleh makan, beracun, so lepaskan lah, kami aim nak dapat barambudi, tapi takde rezki lak, kena pergi lagi after this.

jernih


bawa bekal nasi lemak, tak dapat ikan, dapat lemak lah jadinya








saya panggil ikan jahat



Mari kita doakan untuk Gaza #prayforgaza

Thursday, November 15, 2012

kisah 2 cerita

semalam lepas celebrate birthday kawan dekat city, jalan-jalan lah dekat city kejap, masa tu dah pukul 5.30pm, kedai semua dah tutup , yang buka MYER je, dah tahap bosan dah, tengok kedai pon jadi lah. Tapi ada satu persitiwa yang sangat sedih buat saya, masa nak cross jalan tu, saya nampak seorang nenek tua, dia jatuh kebelakang dan termeniarap , nenek tu dia berjalan menggunakan bantuan roda 2 tu, saya pun tak ingat nama dia, memang dia tak mampu berjalan tanpa bantuan alat tu, dia jatuh sebab masa tu, dia nak turning kekiri nak tahan teksi, saya masa tu jauh, nak cross kereta banyak, dan memang orang tak nampak dia jatuh, dia panggil-panggil orang lain, tapi tak dengar, nasib ada budak ni dia terdengar suara makcik tu, pastu ramai lah tolong angkat dia.

saya tengok sendiri makcik tu jatuh, saya rasa nak nagis tengok, sedihnya, kesian sangat, dia jatuh macm tu, harap-harap dia tidak teruk lah, sebab takut tulang retak ke, lagi-lagi jatuh punggung dulu kan, pastu dia balik naik teksi, bagi saya, satu pengalaman yang susah nak dilupakan, kesian tengok dia jatuh macam tu.

lagi satu kisah, bila masa nak pergi fishing, tetiba datang lah 2 orang budak, seorang lelaki dan perempuan, apa yang membuat hati saya tersentuh, rupanya adik dia yang perempuan tu, syndrom down, abanng dia pon tak lah besar mana, dalam umur 7 tahun macam tu, dia prepare kan pancing, kerusi dan setkan semua untuk adik dia, dia layan adik diasungguh-sungguh, saya salute sangat dengan abang dia, sebab mereka masih kecil lagi, tapi diorang tak dapat ikan, pastu dia balik, sangat sweet sungguh 2 beradik, walaupun adik dia kurang upaya, sebagai abang, dia melayan adiknya seperti adik yang normal, lagi-lagi pergi jalan keluar tanpa ibubapa.
tu adik dan abang dia








Bila cerita benda ni, teringat arwah nenek, sebab tu saya kalau tengok mereka yang sebaya nenek saya, mesti ingat nenek, Salam Maal Hijrah semua...

Monday, September 10, 2012

Wallaby dan Pancing lagi!

Sabtu lepas, buat lagi satu trip pergi ke East Coast, nak pergi memancing, kali ini pergi meancing di pantai, bertolak pukul 6 pagi, sebab perjalanan ambil masa 2 jam, bila dah sampai ke pantai tu, kena bayar $24/car sebab masuk kawasan National Park, tapi ada yang tak nak bayar, so terpaksa pergi tempat lain, lebih kurang sejam perjalanan dari pantai tadi.

Kali ini, pergi 3 kereta, termasuk ada local sekali, memancing di pantai kena guna joran panjang, tapi kami punya, pendek, dengan angin kuat, ribut pasir, memang susah nak mancing, dah lepas 3 jam, ikan sekor pon tak dapat, kami pon pergi tempat lain. Pergi pot memancing yang pernah kami pergi last month, tapi di sungai air masin, tapi still tak dapat ikan, jugak, sampai pukul 7malam, baru lah ada yang dapat, total ada lah 5 ekor dapat, saya sekor pon tak dapat. tiada rezeki kali ini.

separuh memancing dekat batu, but still, dapat sekor je

friendly beach national park

ini adalah pawangnya, pak tony, dia penyanyi di indonesia dulu, ada saper kenal? tony phua kot





ada sorunk local ni, dia amik bangkai wallaby yang accident tu, pastu korek perut dia, buang isi, dah lah dah busuk, dengan selamba dia buat macam tu,pastu ambil daging sikit, buat umoan, dan selebihnya dia gantung di jetty, nak attract ikan datang, tapi ikan tak datang pon! itulah seharian memancing, dan hasilnya ialah penat! tapi semua itu pengalaman.
Schamander




sangat tenang disini

melayan mat saleh ni bercakap, pening otak nak paham sebutan dia


ni dia, selamber je korek perut bangkai


wallaby yang dilanggar




** blog ini, saya tulis, bukan tujuan saya untuk mengutuk atau mengumpat sesiapa, apa yang ditulis, apa yang dirasa, sebuah penceritaan dari cebisan hidup saya yang jauh dari keluarga. TQ pada yang sudi membaca.

Thursday, September 6, 2012

Spring: Memancing!

Selalunya jika ada tetamu datang kat launnie ni, kami akan bawa pergi memancing, itu memang aktiviti wajib, tak kisah lah, siang ke malam, or winter ke, memang akan bawa, selalunya ada hasil lah.

So bila kawan saya datang, saya bawalah pergi memancing, dua tempat, satu dekat je dengan rumah, lagi satu agak jauh, dan hasilnya agak ok lah, boleh makan untuk 6 orang, hahah. 1st trip pergi memancing di Hillwood, sungai air masin, ni memang pot student sini kalau pergi memancing, sebab dekat, dapat lah dalam 5 ekor ikan, ada ikan cod, salmon ausie dan flathead. Mancing dari pagi sampai ke senja.

Hillwood







2nd trip pergi ke Lowhead , yang ni mancing di laut, sebab kononnya nak pergi candat sotong, bulan penuh katakan, tapi pergi mancing ikan dulu, dapatlah ikan cod juga, banyak pulak dapat tu, yang paling best, bila housemate saya dapat ikan barracuda /ikan parang, 2 ekor lagi, panjang pulak. Lepastu pinda pot lain, nak candat sotong, hasilnya sangatlah hampeh! sekor sotong pon tak nampak, semua tido kot, pastu balik lah dalam pukul 3am. Masa balik tu kabus sangatlah tebal, tak pernah setebal ni, tapi nasib baik dah Spring, memang cuaca tak sejuk, tapi agak sejuk lah jigak. Pastu berangin, tapi tidak lah sesejuk masa mancing time winter haritu.

Lowhead
persediaan sebelum memancing

barracuda

ni pulak nak candat sotong, sekor pon tak nampak




Dan esoknya, buat makan-makan sebab kawan saya pon nak balik malaysia, masak ikan yang ditangkap, ikan barracuda masak asam pedas, manakala ikan cod masak steam je, sebab isi dia sangat lembut dan mudah hancur. Maybe sabtu ni nak pergi memancing lagi, dekat East Coast pulak, tak tahu nak pergi ke tidak, tapi kalau nak release tension, boleh lah pergi. 
hasil tangkapan 2nd trip



*terima kasih diatas nasihat dan kata-kata semangat, IAllah, saya kuatkan diri.