Friday, September 28, 2012

Harapan Bajet 2013

beberapa minit sebelum Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Pak Najib, saya rasa nak tulis, harapan saya untuk negara malaysia ini.

Pendidikan:
kemudahan untuk pelajar perlu dipertingkatkan, jika dilihat, kerajaan terlampau tertumpu menyediakan kemudahan kepada tenaga pengajar, sedangkan kemudahan pelajar adalah sangat tidak diambil berat, ini pengalaman semasa di UM, pelajar perlu membayar sesuatu kemudahan (macam bas) untuk digunakan dengan harga yang mahal, dan untuk memaksa student menggunakan bus, pihak Uni mengurangkan parking kereta untuk pelajar dan dikenakan caj!

biasiswa dan tajaan
lebih baik duit yang ada, digunakan untuk menaja pelajar didalam negara, daripada menaja pelajar ke luar negara dalam kos yang tidak penting (saya budak loan yer). Patutnya pelajar bijak dikekalkan didalam negara, suapaya bijak pandai ramai di malaysia, kalau duduk overc, main2 je, buat abis duit je lah, bila abis belajar, tiada kekosongan jawatan, last2 kena release , dapatlah tajaan free........

kereta
sila lah turunkan cukai kereta tu, macam mana nak jadi negara maju, jika kita takut nak bersaing dengan kereta luar, jika local product dah bagus, pasti orang akan pilih juga, harga kereta tempatan sangat tidak logik hargaya, sedangkan pemimpin pon menggunakan kereta mewah (unofficial)

harga rumah
melampau mahal harga rumah, sedangkan harga bahan mentah tidak lah setinggi mana, nak sewa pon dah mahal, inikan hendak beli, harga tanah terlampau mengarot.

gaji asas
malaysia paling teruk gaji, tak payah belajar tinggi-tinggi, saya ada degree, standard gaji rm1500, tapi kerja sampai lewat malam, tiada penetapan gaji minimum yang serius dalam setiap sektor, bukan dibuat secara general, kalau secara umum ada harga gaji minimum, baik tak payah

baucer
stop lah bagi baucer-baucer ni, banyak disalah guna, setuju bagi pada mereka yang tidak berkemampuan, baucer buku 1 malaysia hari tu pon, budak-budak beli novel ombak rindu (bagus lah, baca jugak, tapi ilmiah ke? maybe karangan BM boleh puitis lagi)

elektrik/air
mustahil untuk air free satu malaysia, tapi perlu kaji rate semua ini,

gaji lagi
di OZ ni, kerja mcd, sejam gaji $20, malaysia, asstnt akitek, gaji sejam rm10! tu saya tak tukar rate, paham-paham lah kan, teruk benar gaji di malaysia, kalau disini, kerja mcd dah boleh hidup, beli kereta mewah, kalau malaysia?

makanan
harga makanan malaysia still murah, pilihan ditangan sendiri, cuma bagi warning kedai mamak, jangan nak sesuka hati naikkan harga roti canai!

monopoli
banyak sangat monopoli dalam pelbagai sektor, perlu dipecahkan supaya ada persaingan (asto,airasia, etc)

minyak
malaysia still murah, compare dengan OZ, but as pengeluar minyak, byk cara boleh dibuat untuk mengatasi malasah kenaikan harga minyak

rokok
naikkan lah sampai 1000%, biar bapak saya tak mampu nak beli

sabah dan sarawak
ramai sangat orang sabah dan sarawak merungut, negeri mereka tidak maju, perlu pembangunan lebih menyeluruh, bukan hanya tertumpu [pada semenanjung (ada orang ausie, bila sebut borneo, dia kata semua duduk atas pokok! )
nasib ada airasia, ramai dapat pergi, cuba pikir balik, before airasia wujud, ramai ke pergi sana? thx tony!

sistem pengangkutan
tolonglah! india lagi maju, thailand yang bergolak tu lagi maju sistem pengangkutan, naik komuter nak ke KL dr shah alam macam dari shah alam ke perak, slow macam haram (stop beli train recycle). naik bus bawak bangla! adoi!

senibina
kalau iyerpun nak pembangunan, silalah pelihara bangunan bersejarah, silalah ambil akitek malaysia untuk design, dan sila tunjukkan ciri-ciri malaysia, bukan ciri-ciri timur tengah. rumah Bok kena roboh sebab nak bangunkan apartment, tapi sampai sekarang (kot) still jadi parking lot (yer kan pak rais, ingat stmnt ko dulu, adoi)


tol=duit
kalau keluar rumah, kalau tak bawak duit, boleh terkandas, sebab kalau salah masuk jalan je, sure jumpa tol! buanglah tol tu, lagi-lagi dekat batu 3, dah berbilion dapat kat situ

kelantan
kenapa kelantan tiada highway! rasional dalam pembangunan adalah kunci utama sesebuah negara, kesian abang saya balik kampung bini dia

rasuah
yang ni susah, tu kena tanya mak bapak yang besarkan kita, kalau didikan sempurna sejak kecil IAllah akan dipelihara, moga saya dijauhi rasuah, kaya kejap je, akhirat ko merana (memang tak nampak, tu kena ingat mati)

hak bersuara
jangan sekat rakyat hendak bersuara dan berdemo, serta semua media bebas politik, kita lebih perlu open minded dalam hal ini, tengok ausie, media main kutuk je PM dia, dan paling bagus, PM dan ketua pembangkan, masih boleh duduk semeja jika ada majlis rasmi negara, sangat kagum, cuba tengok negara kita, lagi-lagi kita orang islam

islam
sejak akhir-akhir ini, kesedaran orang islam makin tinggi, tapi jangan lupa benda asas dalam hidup, jangan cemarkan islam dengan perkara tidak sepatunya

dan akhir sekali, hanyalah pandangan dan harapan saya, moga bajet 2013 ini bakal memberi impak yang banyak kepada rakyat, saya ada hak bersuara, dan kita semua sayang Malaysia, harap tiada isu sensitif disentuh disini. Salam 1malaysia!!!!

2 comments:

-iZ- said...

best gila review ko. serius! pandangan seorang marhaen. :D

azieazah said...

Sebagai orang swasta, saya lagi sedih. Malas nak harap apa sangat.

cuma, berharap akan terus dapat AIR FREE untuk 5 tahun akan datang lagi. Itu jer yang boleh melegakan sikit hati... (I Selangorian)