Thursday, October 31, 2013

Setahun yang lalu

Setahun yang lepas, hari dan waktu yang sama, beza cuma tarikh, saya rasa macam dah tak ada nyawa, bertarung dengan final submission, segala perasaan semua ada, kalau time ni, orang buang lawak, memang kena marah lah, dah takde perasaan nak jaga hati orang masa ni.

Seminggu before submisson, memang tak tidur, hingga lah hari submission, dalam otak, nak grad, nak grad, nak grad, tak de benda lain, bila buat kerja, dah agih masa, tapi kita merancang, saya yakin je mampu siapkan, tapi at the end, semuanya tak seperti dirancang.

bila nak pasang site model,  time tu lah baru perasan ada yang masih belum dipotong, nak guna laser cutter pon dah tak ada masa, at the end, site saya lopong di tengah-tengah, tu belum masalah dengan computer, last2 minit, dia decide nak slow down, maybe seminggu tak tutup, laptop pon macam dah tak betul. Rasa macam ampu buat, tapi bila makin dekat harinya, banyak tak siap, at one level, saya hampir nak cakap, GIVE UP! (give down should be? ), tapi bila ingatkan dah sikit, saya buat apa termampu.

Disinilah Allah datangkan banyak pertolongan, housmate saya ada 4 orang, semua tolong buat board saya, pastu yang dekat malaysia, tolong bagi banyak detail drawing dekat saya, ramai lah yang membantu, bersyukur sesangat. Bila nak print board, masalah pulak, 3 kali print, habis duit salah print $300 untuk 2 hari, kalau nak listkan, macam2 masalah di penghujungnya.

Nasib saya present hari kedua, ada masa nak siapkan model dan presentation, tapi bila nak buat model tu, saya dah x boleh, memang tak siap, tapi ada lah rupa sikit. Still ingat masa presentation, tutor suruh cakap slow, saya terlampau laju cakap masa present, takut panel tak paham, dah lah english slang australia jadian, dah nak macam cakap jawa, hahah. Bila panel komen je, saya redha, apa dia nak komen, silakan, bila habis je, terus rasa macam  kepuasan dan ketenagan melampau, rasa lega sangat.

Semua tu memori, saya percaya pada satu sahaja: Usaha + doa + tawakal, bila benda ni kita pegang, IAllah, segala keputusan akan kita redha. Saya tak pernah nak aim jadi best student, nak score AAA, sebab saya tahu level saya, saya buat terbaik, dan apa saya kejar, lulus dalam semua pelajaran. Itu yang penting, kalau dapat markah lebih skit, kira power lah skit, tapi sedar diri lah, mana kita berdiri, nak compare hasil kerja dengan budak AAA dengan saya, memang berbeza jauh lah, tapi janji, kita percaya diri, Alhamdulillah, belajar overc beri saya satu keyakinan, walau mcm mana teruk kerja kita, lecturer dan rakan sekelas, akan bagi feedback yg sangat membina, ada positive dalam negative, kita takkan rasa down dengar komen mereka, sebab sangat jujur. 

Masa belajar malaysia, lecturer akan komen terlampau personal, dan kaitkan benda tidak sepatutnya, sampai siap berdoa nak failkan student, tu belum yang bias denga student, saya cakap benda benar, sebab saya alaminya. but Alhamdulillah, semua benda tu perjalanan hidup.

today, tak ada benda lain selain saya bangga dengan diri sendiri, (puji diri sendiri), belajar sehingga satu tahap yang saya tak jangka, masa form 1, saya niat, kalau tak masuk U, nak masuk kolej mana-mana, masa tu memang rasa memang bodoh giler kot!, heheh


tak salah bangga diri, asalkan jangan lupa diri. blog tulisan selama 2 tahun, pengalaman belajar disana, walaupun ada persoalkan rasional saya tulis blog zaman sekarang, hahha. Kita takkan mampu puaskan hati sesiapa, puaskan diri sendiri.

Untuk sahabat launnie! Kuna, akim n apiz, good luck wei!!! melayu boleh!hahah, IALlah semuanya dipermudah.

sumber makanan selama final

final moment

rumah sepah disebabkan saya seorang



rindu bilik ini, 

lepas submisson semua enjoy



asian we are!

1 comment:

Mulan said...

semua tinggal kenangan manis...