Thursday, February 6, 2014

Tokyo : Train

Alhamdulillah, dapat lagi seorang anak buah, baby girl pulak, cukup sepasang. Rasa seronok bila anak buah ramai ni.

Ok, sambung trip Japan, so untuk train, memang complicated. so saya bagi tips and trick kalau nak naik train di Jepun ni, memang ada tak logik, but try lah:

1. Elakkan naik train waktu puncak iaitu awal pagi, lunch hour dan waktu balik petang. So pandai2lah pilih masa

2.Jangan cakap kuat atau pasang lagu kuat2 dalam train, berdosa !!! (orang jepon duduk dalam train senyap2)

3.nak naik train, sila beratur, jangan berebut, jangan buat macam naik train dekat Malaysia

4. Saya guna google maps dekat hp untuk nak tau harga tioket dan route paling dekat

5. kena pandai arrange tempat nak pergi, so tak perlu ulang kali route yang sama banyak kali, sebab beza satu station agak mahal.

6. Ramai review cakap guna subway, ada kebenaranya, agak murah sedikit dari JR rail

7. Kalau pergi tokyo je, sila lah guna kad dia, macam touch and go, nama dia ialah Pasmo and Luica card, 2-2 sama function, way better than touch n go malaysia, sebab boleh detect dari jauh.

8.kalau duduk jepon sebulan, sila beli JR rail pass dari Malaysia, harga dalam rm1000 malaysia, valid seminggu rasanya ( tak pasti)

9.sila lah jalan laju, sebab semua nak cepat

10. tiap kalai keluar train, saya akan keluar cepat dan pergi tempat yang tidak ramai manusia, sebab malas nak bersesak dengan umat jepon yang laju tu

11. kalau boleh, janganlah tanya pakcik jaga train tu, stress je denagar jawapan dia, macam nak marah, hahahah

12. tanya pada yang muda, nanti diorang jawab elok2

13. rajin bertanya, exit yang betul, bukan ada 2 exit je, ada banyak giler exxit!!!

14.kalau boleh, jangan bawa barang besar2 seperti beg dalam train, sebab susah juga, manusia ramai

15. kalau terlepas train, jgn risau, cepat je next train

16. kalau dari haneda airport, boleh naik JR train atau Monorail untuk ke Tokyo, harga lebih kurang sahaja

itu je lah, mana boleh pakai, ambil lah, so sesiapa nak itenary seminggu di tokyo, do email me/leave  komen ke





gambar tak ada kaitan dengan cerita, sebab malas nak cari gambar train, tapi ni gambar di tokyo juga
ga

No comments: