Thursday, March 6, 2014

Makan Japan : Part 2 : Sushi Berdiri

order je dari sini

sedap


Sambung pasal makan, sebab makan je best, bila dah datang tokyo, wajiblah pergi makan sushi dengan takoyaki (kot), so saya mengoogle lah mana nak makan sushi ni, sebab ada yang tak halal gak. So bila ada jumpa satu blog, dia makan dekat standing sushi, so saya pon dengan rajin mencari, penat giler!!!!!!!!

jauh berjalan, semata-mata nak cari sushi ni, ada je sushi kedai lain, bersepah, tapi saya nak yang authentic lah kan. So pergi kedai sushi ni, nama dia standing sushi bar, so memang makan kena berdiri, kalau arwah nenek hidup lagi, dia panggil makan style setan! hahaa

so dekat sushi bar ni, boleh je order apa kita nak, btw kedai ni paling murah antara sushi kedai lain, tu saya datang, mintak menu dalam english, so boleh order dekat situ, tunjuk je apa nak, lepastu dia terus buat, memang dia buat depan kita, saya siap mintak wasabi lagi, sebab orang jepon ni macam tak makan pon wasabi macam makan sambal belacan, dan semua sushi saya raw!!! mentah!!! tapi sedap, rasa fresh sungguh.

dekat bar tu, depan meja,ada paip air, saya ingat air basuh tangan, rupanya air panas untuk buat green tea, dan green tea dia dalam bentuk serbuk, saya ingat pulak wasabi, adoi! caca merba ja, so siapa ke tokyo, sila lah ke sushi bar ni.

Kalau nak travel ni, makan kena cek dulu, then yakin, kalau selalu was-was, janganlah makan, bawa megi, macam mak saya, memang dia tak makan luar kalau berjalan overc, kena masak, (jimat duit) sebab tekak mak saya cepat kembang kalau selain daripada melayu masak.
tu bukan paip air basuh tangan, tu paip air panas

menu boleh pilih, semua seafood je dan vege

ni kedai dari luar, masuk dalam ada bar


otw balik, singgah makan puff ni, selalu nampak kat midvalley, tapi tak pernah makan, sekali try!! sedap giler! but jgn makan banyak, cepat mati nanti, hahah
kak dana: hahahha, janji konpiden kak, nanti lapor, tp kena cek dulu, heheh

2 comments:

umiyumi said...

Salam Zul, k umi tak reti la nak makan sushi.. tambah2 yang raw ni, lagila takleh telan. boleh geng dgn mak Zul lah. tekak melayu hihihi

Zulfadly said...

wslm kak ummi, sedap kak ummi, cuba lah, sure perth banyak kedai jepon,