Showing posts with label sushi. Show all posts
Showing posts with label sushi. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Makan Japan : Part 2 : Sushi Berdiri

order je dari sini

sedap


Sambung pasal makan, sebab makan je best, bila dah datang tokyo, wajiblah pergi makan sushi dengan takoyaki (kot), so saya mengoogle lah mana nak makan sushi ni, sebab ada yang tak halal gak. So bila ada jumpa satu blog, dia makan dekat standing sushi, so saya pon dengan rajin mencari, penat giler!!!!!!!!

jauh berjalan, semata-mata nak cari sushi ni, ada je sushi kedai lain, bersepah, tapi saya nak yang authentic lah kan. So pergi kedai sushi ni, nama dia standing sushi bar, so memang makan kena berdiri, kalau arwah nenek hidup lagi, dia panggil makan style setan! hahaa

so dekat sushi bar ni, boleh je order apa kita nak, btw kedai ni paling murah antara sushi kedai lain, tu saya datang, mintak menu dalam english, so boleh order dekat situ, tunjuk je apa nak, lepastu dia terus buat, memang dia buat depan kita, saya siap mintak wasabi lagi, sebab orang jepon ni macam tak makan pon wasabi macam makan sambal belacan, dan semua sushi saya raw!!! mentah!!! tapi sedap, rasa fresh sungguh.

dekat bar tu, depan meja,ada paip air, saya ingat air basuh tangan, rupanya air panas untuk buat green tea, dan green tea dia dalam bentuk serbuk, saya ingat pulak wasabi, adoi! caca merba ja, so siapa ke tokyo, sila lah ke sushi bar ni.

Kalau nak travel ni, makan kena cek dulu, then yakin, kalau selalu was-was, janganlah makan, bawa megi, macam mak saya, memang dia tak makan luar kalau berjalan overc, kena masak, (jimat duit) sebab tekak mak saya cepat kembang kalau selain daripada melayu masak.
tu bukan paip air basuh tangan, tu paip air panas

menu boleh pilih, semua seafood je dan vege

ni kedai dari luar, masuk dalam ada bar


otw balik, singgah makan puff ni, selalu nampak kat midvalley, tapi tak pernah makan, sekali try!! sedap giler! but jgn makan banyak, cepat mati nanti, hahah
kak dana: hahahha, janji konpiden kak, nanti lapor, tp kena cek dulu, heheh

Sunday, March 2, 2014

Japan: Makan

Benda paling best, mestilah makan, before nak pergi jepon ni, saya bawa banyak lah juga maggi dan instant food, sebab orang ramai cakap mahal, so memang tak de aim pon nak makan dekat luar, restaurant pon tak cari area mana.

Tetapi, bila dah sampai sana, nak masak maggi tu pon malas, nak buat air apa kah lagi, so jadinya, semua makan kedai, agak susah nak cari halal food dekat sana. tapi makan je lah seafood, ada kedai pakistan. Harga semua agak ok, sama harga macam dekat ausie, so macam dah biasa.

Meh tengok makan, nama kedai saya lupa, saya tak ingat, sebab main redah je, mana nampak kedai macam halal, terus saya masuk.
waktu pagi, buat lah air, sebab kesejukan melampau

kalau lapar sangat, malam tu  memang masak maggi gak, beli je telur bagi sedap

ni kedai halal, harga kalau dah convert dalam rm35

naan dia besar! tp kedai dekat tassie lagi sedap butter chicken dia, 

ni dekat area ODABA

Ni dekat kedai makanan indonesia, kedai ni tak halal, makan seafood je
Kalaiu yang ke tokyo, dekat area ODABA, ada satu kedai indonesia, tak ingat nama, staff pakai tudung, bila saya masuk, dia ingat saya indon, kedai ni tak halal ayam daging, so makan seafood, portion besar, harga dalam rm30 sekali makan, not bad, tak berapa sedap sangat, sebab rasa plain je, hahah.

Masuk kedia pakistan pon, dia ingat saya indon, semua nak cakap indon!

nanti sambung.............