Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Undi rahsia

Berakhir dah PRU13 kali ni, macam-macam ragam. Biasalah, takkan ada yang puas hati, melainkan semua yang mengundi ahli parti yang menang. Semalam buat pertama kali mengundi, keluar awal dari rumah kat shah alam, nak pergi mengundi di melawati, sebab alamat dekat ic still rumah lama.

sampai pusat mengundi pukul 9.30, dapat saluran 5, tingkat 2, semua yang berbaris, orang muda lagi, rasanya ramai 1st timer ni. Pukul 11pagi baru dapat mengundi, imagine berapa lama berdiri dekat situ. Lama giler!!!!! Bila nak ngundi tu, menggigil pulak nak pangkah parti mana satu. Lepastu masih tak pasti nak undi siapa, last2, sya undi je siapa yang patut lah kan.

Bila dah habis undi tu, rasa macam satu kepuasan je! baru rasa macam orang malaysia. dan baru valid nak jadi keyboard warrior lepas ni, hahaha.

Mak saya pulak,dah sampai depan pintu nak mengundi, baru perasan yang kad pengenalan yang tengah pegang tu, sebenarnya kad Meriah Mydin!!!! nasib sedar,kalau bagi dekat pegawai spr tu, mesti dia kata "satu undi dapat 1000 point meriah". hahahah. tu belum tetiba blur, tanya bapak saya, nak pangkah ke nak tick je? padahal banyak kali dah mengundi.haha

macam-macam ragam, tempat undi saya aman je, takde lah terpekik terlolong, cuma rasa tak best, bila ada kena tahan sebab dikatakan bangla lah, indon lah. Kalau muka mamak! ko nak kata bangla, memang teruk lah. macam-macam lah.

dan percaya pada Allah, apa jua keputusan ni, ada sebab dan musabab, terima dengan hati terbuka, dan ingat. ada 13 juta yang mengundi, berapa lah sangat yang ada di FB tu jika nak kata parti masing-masing kuat. Atuk saya yang alzheimer tu , bila nak undi, dia still undi parti yang dia percaya. Parti yang berjasa pada dia,yang beri dia kerja sebagai s/u di felda dulu.

Arwah nenek saya, masa 2008, mak saya bawakkan, sebab dia tak nampak, so mak saya tolong pangkah kan, dan ingat lagi ayat nenek "aku tak rela kau pangkah parti lain untuk aku", senang cerita, nenek saya hardcore johorian!!!


Jangan sebab kita rasa kita alim, bermaki-maki diselang seli dengan ayat agama,

Ok, nanti emo pulak, terima keputusan ini, lagi 5 tahun kita menilai kembali, dan kali akan datang, tidak mustahil sebaliknya berlaku.

dan lagi satu, share di FB, sila sahihkan dari sebarkan tanpa asas kukuh

bukti


Sunday, May 5, 2013

MAri mengundi

Hari ini, penentu untuk Malaysia yang seterusnya, sama ada kita selesa dengan apa yang kita ada, atau pun kita mahukan perubahan untuk sebuah negara yang lebih baik. Semua terpulang pada anda.

Bila melihat bulan semakin mengambang, dacing pula semakin kurang seimbang. Pandangan denga perbuatan adalah berbeza, itu lah penentu pada sebuah negara.

Moga yang terbaik menerajui Malaysia ini, dan jika yang lama masih berkuasa, titik perubahan untuk memperbaiki kekurangan yang ada, dan jika sebuah mandat baru terbentuk, mengharapkan semuanya berjalan dengan sempurna. Sebab itu pilihan rakyat, rakyat penentu segala.

dan ini kalilah atau lain kalilah, itu pilihan anda. wish all the best fot better malaysia! may the best man win!! CC: Pak Najib n Pak Nuar


Selmat mengundi semua, 1st time undi nanti, cuak pulak, tak sabar nak tengok result.

Wednesday, May 1, 2013

Saya layak bercuti!

entri sebelum ni cerita pasal nak marah je kan, terlebih emo pulak,tu lah masalahnya, kalau hire orang luar, jadi macam tu lah, nak suruh je belajar PR dengan mamak je, order semua senyum, salah order pun senyum, tu belum marah, senyum juga, tapi paling biadap kalau orang maki dia depan-depan, sebab salah order, selalunya melayu je buat macam tu, adalah beberapa kali jumpa macam tu.

Ok, sejak balik ni, saya rasa macam dah hilang arah kehidupan ini. masih buntu sebenarnya apa yang saya cari dalam hidup ini. Secara jujurnya, belum puas saya nak merantau, bila kerja, ada masalah tersendiri, bila belajar pun sama. Satu tahap, saya teringin nak bekerja diluar dari Malaysia, bukan sebab poyo, tapi saya nak kutip pengalaman.

Tapi masalahnya, semua nak buat, perlukan duit, mungkin another 2/3 tahun lagi, saya akan buat begitu. tidak kisah lah merantau kemana-mana, asalkan mendapat pengalaman.

Walaupun dah umur macam ni, patut setlle down dah! daha da bini anak berderet-deret, tapi otak ni masih belum kearah itu, walaupun selalu pikir akan benda itu. Rasa macam muda remaja je, hahaha. Banyak angan-angan saya, dan IAllah nak jadikan ianya realiti, perlahan=lahan kayuh dulu.

dan saya rindu sungguh tasmania!!!!!!!!!!!!! lagi-lagi launnie, mimpi pun sekarang asyik dekat launnie, dah xde mimpi scene dekat malaysia. omputeh abis! 



rindu rumah lama, dan jiran sebelah,hahah

Wednesday, April 3, 2013

Bubar sudah

Akhirnya parlimen dah dibubarkan, so lepas ni, ramai lah post macam-macam dekat FB tu nanti.

Beringat lah, kita kena kritik dan nilai dasar yang ingin dibawakan oleh mereka, dan bukan sibuk membuka aib hal peribadi mereka, profesional dalam memberi komen dan ingat lah landasan yang betul.

Sesiapa pon kerajaan selepas ini, itu adalah tanggungjawab kita, jangan pandai komen dan berapi-api berhujah, tapi daftar pon tidak. Semoga mereka yang jujur+ikhlas dalam perjuangan untuk membela rakyat menang, amin.

Akhir sekali, jangan lupa undi di kedai online saya, sekarang promo beli 2 percuma 1, hahaha, maafkan iklan ini!