Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Aku bersyukur padaMu!

sebenarnya saya pon tak ada benda nak tulis, tapi saya cuma nak cakap apa dalam hati saya sekarang, terus terang, saya sangat bersyukur denganNya, saya masih tak percaya saya masih lulus semester lepas, sebab bila melihat ada kawan saya yang tidak lulus, saya masih bernasib baik, susah saya nak gambarkan, tapi saya masih terkejut, tiada yang mustahil, selagi kita berusaha.


"selagi kita masih belum mendapat result, doa dan teruslah lah berdoa, sebab hanya Dia mampu mengubahnNya"

itulah ayat yang kawan saya bagi tahu saya, bila saya risau dengan result, dan sejak dari itu, saya tidak pernah putus berdoa, sebab itu adalah segalnya, jangan kita putus asa, walaupon sesaat, saya pegang kata-kata itu. Terima kasih Nisha, sampai bila-bila, akan ingat!

Jumaat ini ada multicultural night, so maybe akan buka kedai, menu still belum decide, but this friday ada presentation, and bila kelas seminggu sekali ni, agak liat lah nak buat kerja kan, hopefully siap lah.

Sejuk, bakar kayu lah jawabnya

dah macam tokey cd cetak rompak, beli cd box ni, whole box ni, harga 84cent! giler murah
saya suka lagu najwa latif ni, lirik n music sangat simple but sangat bermakna! mari dengar

Wednesday, July 11, 2012

Alhamdulillah

Saya baru balik bercuti dari Gold Coast isnin aritu dan memang sangat penat dengan sejuk. Hari ini, 11.7 merupakan hari yang ditunggu, result akan keluar pada pukul 9.00am, saya memang sepanjang masa gelisah dan risau. dalam diri tiada keyakinan dan sentiasa meletakkan diri supaya redha dengan apa jua keputusan.

Dan Alhamdulillah, saya lulus semua, saya masih tidak percaya, rasa macam mimpi, hati masih gelisah sebab saya selalu mimpi pasal result dan ianya benar-benar mimpi. Tapi kali ini, ianya kenyataan, sangat bersyukur dengan kurnian dariNya ini.

IAllah, tinggal hanya satu semester sebelum saya bergraduasi, terima kasih ikhlas dari saya, pada mereka yang mendoakan saya, saya memang terharu dan bila dapt result tadi pon saya boleh menangis, betapa stressnya saya selama ini.

Dan berita menggimbirakan lagi, saya dah jadi pakcik! patutunya 27/7 kakak ipar bersalin, tapi sebab baby besar sangat, dilahirkan semalam, baby boy, nama takde lagi, seronoknya, kegembiraan berganda buat saya, baby tu lahir semalam, 10/7 dan hari ini 11/7 merupakan harijadi arwah nenek saya,rindunya pada maktok, kalau setiap kali dapat result mesti akan call Maktok, kalau maktok ada lagi, nak sangat cakap

'Maktok, fa'i lulus semua'

walaupon maktok dah tiada, tapi semangat maktok dalam diri zul, terima kasih Allah dengan rezkiMu dan kurnian mereka yang terindah disekelililingku. Tinggal lagi satu sem, dan last puasa disini tahun ini. Terima kasih!

selamat datang kedunia anak buah uncle!

Tuesday, July 3, 2012

Launnie >> Sydney>> Gold Coast

Baru selesai mengepack baju nak dibawa ke Gold Coast, 3july till 9 July ni, harap-harap semuanya berjalan lancar, rasanya kali ini mesti ramai Malaysian dekat sana sebab sekrang ada event sport untuk malaysia student, buat dekat situ juga. Banyak gak lah barang dibawa, ingat nak bawak sikit je, tapi............. tak lah banyak, recycle je lah, rasa tak sabar nak keluar dari peti ais ni (tassie), suhu malam ni -1C, if dekat mainland dalam 8-9C je malam-malam ni.

Kosonglah rumah ni, lagi 2 housemate pergi ke adelaide, lagi 2 orang pergi ke sydney, semua berjalan keluar dari pulau ini, 11 july ni official result keluar, cuaknya! tapi nak release tension dulu seminggu ni, apa jua berlaku nanti, Redha dan redha, dan saya takkan berhenti berdoa. takutnya......

duduk rumah tinggal beberapa orang ni, malas lah nak beli lauk, ayam semua dah abis, masak apa yang ada, saya buat lah ikan bream masak petai ala sweet sour kononya! janji masuk perut kenyang. hehe
ikan bream masak petai


Esok flight dari launnie pukol 12.45pm dan transit ke Sydney dan akan samapi ke GC around 8.20pm, lama giler total flight ni, macam balik Malaysia dah, harapnya semua berjalan lancar.

Walaupun saya hanya menulis diblog, dan tidak pernah melihat mereka yang sentiasa memberikan komen pada saya, tapi saya sangat hargai, sebab setiap bibit perkataan yang dicatitkan itu, banyak membantu saya dalam menempuh segalnya, Thanks a lot, IAllah, semuanya akan lancar............
jauh perjalanan aku lagi ni......................

winter: pengalaman hidup, terima kasih Allah.


*dudk ausie dah dekat almost 2 years, but setiap hari saya rindu famly saya, dan IAllah, bulan ini, saya akan jadi pakcik.

Sunday, July 1, 2012

Mimpi Stress

Selasa ni nak pergi bercuti, masa itulah rasa betul-betul nak release kan stress ni, jumaat lepas baru dapat satu result , Alhamdulillah saya lulus, ada lagi dua subjek, dan saya rasa cuak sangat, seperti apa saya pernah tulis dalam post sebelum ini, perasaan dan hati memang sentias gundah, saya sentiasa berdoa agak lulus semuanya, banyak nasihat saya terima untuk menenagkan hati, dan Alhamdulillah saya amalkan.

Bayngkan saya boleh termimpi pasal result dan lecturer yang gerun tu, kalau sekali dua kali, maybe ok lah, but almsot setiap hari, betapa otak saya asyik memikirkan benda itu aja, sentiasa risau pasal result, sebenarnya, result kali ini, menentukan masa depan saya, dan mencorak perjalanan saya.

Saya selalu terfikir, kenapa saya sambung study, sedangkan masa buat degree pon dah suffer dengan macam-macam dugaan, boleh je saya hidup dengan degree saya ni, tapi bila saya ingat dan fikir balik, semua ini telah datur olehNya, langsung tak pernah nak fikir sambung belajar (lagi2 arki) tapi saya dah dibumi kanggaroo ni, setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya, banyak saya belajar disini tentang apa itu kehidupan dan paling penting, belajar memasak! (sebab terpaksa ).

lagi 11 hari result akan keluar, saya takut giler, IAllah, harap semuanya sempurna, masih ada masa untuk berdoa dan tidak pernah terlewat untuk berdoa, IAllah.

sebenarnya banyak benda nak diluah, macam-macam hal menjadikan semakin tension, dengan orang yang selfish, berkira, kedekut dan tak tau apa itu tanggungjawab, bukanlah saya smpurna, tapi benda basic perlulah tau jugak kan. mmmmmmmmmmmm

Tuesday, May 24, 2011

Countdown!

less than 10 days to final submission, ada 3 benda nak submit, sampai kadang2 x tau nak buat mana satu dulu, semua submit on the same time,fuhh! kena stay up lah, korban waktu tidur, sekarang ni dah pukol 5.48am waktu sini, dah nak tido , pagi kang kelas pukul 12pm.

harini try juga airasia 10sen sale, nampaknya, leceh, traffic jam je, mcm2 nak tulis dalam blog ni, tapi masa x ckp, mengharapkan sesiapa yang membaca blog ini, mendoakan aku berjaya disini, amin! 

FAMILY-Father And Mother I Love You- dr filem aku tak bodoh. salam semua.

Saturday, May 21, 2011

Kenapa ko tak jalan-jalan?

Inilah selalu orang tanyer aku
-kenapa ko dok Tassie, tapi jarang pergi jalan2, x mcm kawan lain?
-ko tak pergi ke rumah %^&, ada makan2?
-ko naper x join budak2 ni pergi jalan?
dan mcm2 lagi lah, so pada hari ni aku tetiba nak bg jawapan secara jujurnya:
sebabnya kerna:
-aku ni bukan dr famli kaya, datng sini pon guna duit parent, pandai2 lah aku kena bajet nak makan, jalan, n nak bayar mcm2 lagi
-aku tiada kereta disini, kalau nak pergi mana, naik bus je lah, kalau orang ajak naik keter, aku ikot je, aku xkan  mintak nak naik kereta orang tu kalo dia x offer
-kebanyakan yang jalan2 ni byk budak scholar, so memang ada duit lebih nak pergi mana,

ok, itu antara main reasonya,tapi memang nak pergi, tapi tiada kereta, budak umah aku kebanyakanya dah pergi semua tempat tu, xper lah, maybe next year, aku dah mula kejer part time, aku pergi jalan2,hehehe
Tapi disini aku belajar tentang hidup lah, mcm mana hidup susah sikit, compare to Msia, byk benda aku belajar.

aku datang sini, belajar kerana Allah dan islam, dan untuk kesenanagan ibubapa aku pada masa akan datang. Moga dipermudahkan, amin!


*IAllah, dis winter break will be going to sydney!now need to finish all my assgmnt,!

Saturday, May 14, 2011

Tension+Bosan+etc

TENSION
-assignment melambak, lepas tu banyak benda nak kena buat, markah pula asik dapat teruk, mana lah x makin tension, lepas tu, banyak benda aku x blajar lagi, aku giler lah mcm ni
BOSAN
-sejak duduk sini, aku x tau nak buat apa, nak tgk TV, x der citer best, nak keluar jalan2, x tau nak pergi mana, dah lah kawasan kampung, dengan xder keretanya,memang aku mati katak, aku perlu kereta ,pastu boleh jalan2

DILEMA
-ingat cuti winter ni nak pergi sydney, tapi masalahnya, banyak duit nak keluar, aku takot nanti x cukup duit nak bayar bil n sewa rumah, xkan nak mintak parent lagi, memang aku tension dengan masalah ini, duit oh duit

KESIMPULAN
-tekanan jiwa semakin meningkat, Ya Allah, moga hambamu ini, mampu menghadapi semuanya. Amin!