Chinese Noodle Bar
terjumpa restaurant ni masa nak cari kedai lain, sekali ada tulis halal besar walaupun kedai cina, owner dia muslim, siap ada demo buat mee sendiri dekat situ,
![]() |
| ni sweet sour, ni sedap |
![]() |
| obor-obor, tapi sejuk lah, ok je |
![]() |
| ni masak seafood apa tah, kurang rasa |
![]() |
| wajib try mee dia, tapi mee ni biasa je |
Harga: berpatutan, dalam $10 - 20$/meal
Rasa: ok lah, tak sedap sangat
Service: sangat ok, siap ada free chinese tea
Alamat: 800 George Street, Haymarker (dekat dengan Paddy Market)
Nando's dan Oporto
yang ini tak payah cerita detail lah, sebab dekat Malaysia banyak, kalau tak jumpa kedai halal, sila ke sini, sebab memang halal ayamnya (ayam sahaja), harga boleh lah tahan.
Malacca Straits on Broadway
ni kedai yang paling murah dan sedap yang saya rasa amat berbaloi untuk makan. Kalau nak ke kedai ni, boleh lah naik train samapi ke central dan naik bus ke broadway, saya jalan kaki dari central, ambil masa dalam 20 minit jugak lah, kedai ni tersorok didalam bangunan, agak sukar nak cari, tapi perhatikan signage kedai ni, ada je dekat lorong-lorong area broadwy. Owner dia chinese malaysia, dan sangat peramah orangnya, makanan banyak pilihan dan semuanya sedap.
![]() |
| nasi lemak dia, sambal dia sanagt awesome! |
![]() |
| nasi ayam hainan:sos dia sedap |
![]() |
| crying tiger beef: sedap! |
![]() |
| ni masak macam paprik, boleh tahan lah |
Harga: murah dan berbaloi, ada meal below 10$
Rasa: Sedap dan ada rasa setiap makannya
Service: friendly owner dan cepat
Alamat: Shop 5, 66 Mountain St, Broadway NSW
Teh tarik kedai ini kow!!
Cafe Kasturi
kafe ni memang saya cari since 1st time datang sydney. ada kata mahal, nasib baik jumpa haritu, owner dia melayu, siap ada hotel lagi, makanan restaurant ni agak kurang rasanya, tiada yang betul-betul sedap, ada masin dan ada yang rasa santan semata-mata, gambar pon tak ambil, harga amat berpatutan dengan portion makanan itu. dan air minuman sangat murah. terima kasih owner siap refill lagi teh ais kami, cuma kena improve rasa tu
Rasa: kurang rasa dan segalanya tetapi air teh aisnya sedap
Service: friendly owner tapi slow sikit
Alamat: 767 George Street
Details: website
Shalom Indonesia Restaurant (jangan pergi!!)
kedai ni menjual sajian indonesia, semuanya nampak sedap, kami order yang pedas, memang teramat-amat pedas!!! sedap rasanya, cuma service agak teruk, mintak tissue dekat staff dia, siap boleh suruh kita amik sendiri, padahal tissue tu sebelah dia, nak mintak air kosong, tapi dia kata kena caj $1 segelas! kalau kedai lain, biasanya free je!
gambar takde sebab staff dia bit rude!
Harga: berpatutan untuk nasi but air melampau mahal
Rasa: sedap dan pedas
Service: staff dia kurang ajar sedikit dan slow!!!
Alamat:
Details: tak payah pergi lah, sebab staff indon tu layan omputeh je baik, kalo muka asian ni, dia ingat orang kampung dia,









