Baru je balik dari rumah family Malaysia tadi, ada jemputan majlis berbuka, Alhamdulillah, Ramadhan ni murah rezeki, kenyang dengan makanan, selepas itu solat Magrhib, Isyak dan Terawikh bersama. Semalam solat terawikh, imam arab tersalah rakaat, saya pun jadi konpius, tapi biasalah, dah solat banyak rakaat, mesti akan lupa, dan sejak minggu ini, jemaah dah makin berkurng, maybe ramai dah mula busy dengan assignment masing-masing.
Tadi pergi jamuan berbuka, saya buatlah murtabak, sebab masa multicultural night last week, tak sempat nak makan murtabak yang dibuat sendiri, saya buatlah sekilo tadi murtabak, dan sempat buat beberapa keping untuk berbuka, kali ini buat murtabak ayam, Alhamdulillah, kenyang! dan sekarang sambung kerja, esok nak jumpa supervisor........
 |
| ramuan yang diperlukan |
 |
| gaul dan masak! |
 |
| canai+tebar+masak |