Semalam pak imam arab anounce hari ini ada solat qiam starting at 12am. mula-mula dengar solat kiamat! terkejut gak lah, ada ke solat kiamat, rupanya qiam, dia sebut laju sangat, hahaha. Pak imam ni selalu salah rakaat, kadang-kadang rakaat sampai 3 untuk terawikh tu, jemaah pon jadi konpius, saya lagi lah, ingat berkhayal ke apa kan.
Satu lagi pasal pak arab ni, semalam diorng masuk surau je, siap laga-laga hidung sesama lelaki, dari jauh macam bercium mulut, saya pon terkejut tengok, pastu diorang keluar kan bunyi masa bergesel tu, bunyi dari mulut 'chuit-chuit' macam tu lah bunyinya. Saya tengok tergelak je adat diorang tu.
Hari ni mamai, salah tafsir email lecturer, kelas esok, datang harini, pastu takde orang, melilau cari lecturer, sekali salah time lah, esok kelasnya. Last year ada buat pulut kuning, semalam pon buat lagi, guna rice cooker je, pastu buat rendang, guna perencah adabi, bagi saya, tak payah guna pon perencah adabi, sebab bahan yang dia suruh tambah sama dengan resepi biasa. Nasib baik menjadi semalam, hehehe.
**Komuniti kecik je, tapi puaknya banyak**
