Showing posts with label sesat. Show all posts
Showing posts with label sesat. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Sesat di Jalan Di Pilih

Alhamdulillah, jenazah nenek selamat dikebumikan jumaat lepas, semalam ada kenduri arwah dan tahlil, semuanya berjalan baik.

Citer lain pulak, sekarang saya dalam dilema, sesat dah ni! dilema nak pilih kerja. Semalam 1st dan 2nd interview untuk kerja.

1st interview dekat puchong, tapi firm cina, faham-fahamlah area tu, semua cina, kedai melayu pon tak nampak, tapi itu bukan masalahnya, masalahnya, dia offer gaji sikit, dia boleh potong rm1000 dari apa yang saya minta, alasan dia, dia tak ikut qualification pon, asal ada skill, apa guna belajar samapi master, gaji nak kasi standard spm, patutnya kena bagi jawapan harini dekat dia, tapi masih belum tentu, buat permulaan, maybe cukup lah gaji tu, tapi pikir balik, macam agak jauh dari rumah, kalau tolak, takut xde pulak orang nak offer lagi, betul2 dalam dilema, rasa macam tak tahu nak buat keputusan,

2nd interview dekat damansara, masa pergi cr opis puchong, sesat 30 minit cari opis dia, nasib jumpa, lambat 30 minit dari masa interview. Tapi firm kedua ni, interview malam, pukul 8.30,firm baru, pejabat pon bersepah, bos cina, muda lagi, tapi tanya soalan macam nak belasah orang.

tanya bleh x buat kejer seorang? nak urus projek? ke nak ada orang guide? so saya jawablah, memang perlu guide, saya baru habis belajar, imposibble saya nak buat kerja sorunk-sorunk, last kerja pon 2 tahun lepas.

tu belum tanya benda pelik-pelik, pastu persoalkan master saya, " kenapa u tulis master? not bachelor ke?" pening nak jawab soalan macam tu, so kesudahanya, saya yakin tak dapat, imposibble nak dapat kalau interview pon macam nak gaduh, gaji pon takde bincang, sekejap je interview.
'
Pening2, dah mintak ramai opinion, tapi tak sure lagi, TOLAK nanti takut xde kejer pulak, kalao ACCEPT gaji rendah+jauh+kawasan jam, tapi maybe alasan saya kecik kut, ntah lah.

memang nak cari area shah alam, kalau gaji ciput, area shah alam, boleh jimat duit, ni jauh gaji ciput, duit habis ke minyak + tol je.

Serik juga apply firm cina, dulu kejer ngan cina, gaji tak naik-naik dari mula kerja, pastu lewat gaji je, tapi x semua firm macam tu. ntah lah, masih dilema,

pikir balik, pernah juga rasa nak menyesal amik archi, buat benda yang saya terpaksa minat, bukan sebab saya minat!