Risau hati makin menjado-jadi, rasa semester ni, semua tak kena je, bila submit assignment dan present depan lecturer, semua komen OK dan tak da lah sampai teruk sangat, tapi bila dapat result, jauh panggang dari api. Inilah masalahnya bila ambil kos yang sangat subjektif penilainanya, banyak sangat benda boleh diarguekan, memang banyak tak puas hati. Bagi markah orang lain, yang supervisor orang lain, mana lah nak dapat markah yang elok, sebab yang tukang tanda pon tak tahu pasal apa student buat.
Head of School dekat tempat zul ni, Chinese Malaysia, so macam senang lah nak sembang, kadang-kadang dia cakap melayu jugak. Hari ni baru tutorial dengan lecturer, kalau 10 lecturer, 10 pendapat yang jauh giler beza, sampai satu tahap, tak tahu nak ikut mana, kena ikut apa rasa hati dan palin penting, ikutlah saper yang tanda nanti.
Hati rasa gundah selepas tutorial tadi, rasa macam nak giler pon ada, tapi pikir balik, positif kan diri, lagi sikit je, lepas ni INSYALLAH lega, harap-harap lah...............
Thursday, May 10, 2012
Sifat Sahabat Sejati
carilah sahabat yang betul-betul ingin bersahabat dengan kita, dari bersahabat dengan manusia yang mempunyai agenda tersendiri daripada diri kita, pengalaman bersahabat dengan manusia yang dipanggil sahabat baik banyak menyedarkan saya, apabila sebaliknya berlaku. Hargailah mereka yang benar-benar sahabat anda.
12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah
Diambil dari forum CARI
cc: bersyukur dikelilingi manusia yang paham perangai saya
Wednesday, May 9, 2012
MALAS
Sungguh malas diri ini, nak siapkan kerja pon susah, rasanya buat kejer 1%, yang lain asyik berkhayal!
Banyak sangat dalam otak ini berfikir, dan pada masa yang sama, tengah risau banyak benda, hati sentiasa gundah sahaja, Sekarang, sebelum tidur, pasang ayat al-quran, dan tidur bersama-sama, rasa tenang sedikit.
Haritu ada tengok Kak Ummi post pasal makanan instant yang dibeli di Coles, pastu isnin pergilah tengok, rupanya half price, dari 4$ jadi 2$, memang sangat murah lah, senang, tak perlu masak untuk lunch jika kelas sampai petang, selalunya masak, tapi memang malas pagi-pagi nak masak, bawak biskut selalunya untuk lunch, Itu memang tahap malas level tinggi. Selalunya budak-budak ni bawa nasi, Asian student lah, kalau local ni, makan apple lah, sandwich lah, kalau asian, rasanya tu makanan untuk break1st je, heheh.
So, balik ke topik asal, saya beli lah 6 pack benda ni, pastu pikir balik, baik beli lagi supaya senang nanti winter break nak bawak pergi travel, so tadi pergi beli lagi, tapi malangnya, dah nak abis, tinggal 7 je, angkut semua, sebab housemate pun nak jugak, harap-harap woolies pulak ada sale, boleh borong lagi. ehhehe
Tapi tak rasa lagi sedap ke tak, main beli dulu.
nak upload gambar, tapi internet lembap kuasa kura-kura, duduk berlima, tapi tak sampai sebuan dah abis kuota, mmmmm.............
Saturday, May 5, 2012
Sabtu Malam
Sejak dua menjak ini, tahap kemalasan makin meningkat, selari dengan kadar makanan yang dimakan, hati pulak gundah gulana memikirkan semua assignment yang perlu disiapkan, ada masa lagi sebulan, macam lama, tapi banyak sangat kerja yang tidak berjalan dan berjalan dengan kadar purata seperti kura-kura berjalan.
Bila duduk rumah memang susah nak tumpu perhatian, macam-macam hal je nak buat, tu belum asik rasa nak tidur je, almaklumlah, buat kerja atas katil. Lagi-lagi dengan keadaan yang sangat sejuk, bila malam suhu drop samapi 6C, kandang-kadang sampai 2 pon ada, itu malam, siang pon lebih kurang, liat sungguh nak bangun pagi, lagi-lagi nak sembahyang subuh, rasa malas je, tapi kena bangun lah juga.
Bila buat kerja ni, teringat zaman kat sekolah, buat kerja ramai-ramai, lepastu, sembang je banyak, kerja ciput, tapi bila sedar diri, terus buat discussion dan hasilnya sangat baik. Masa zaman UM pon sama, belajar ramai-ramai, lepas abis belajar je, pergi makan dekat mamak, kadang-kadang study dekat McD bangsar, bila sampai, penuh je budak UM. macam-macam tempat belajar, Saya lebih rindu zaman belajar UM, sebab dekat situ, saya rasa betul-betul mempunyai kawan.Saya rindu hendak buat seperti itu. Dekat sini rasanya, saya sangat baik, nak keluar rumah pon susah, sebab.................................
Disini mungkin saya baru setahun lebih sahaja, tiada yang benar rapat, masing-masing buat hal sendiri,saya pun sama, kalau rasa nak pergi ke city, pergi je lah sorunk-sorunk, takde nak ajak orang lain, masa UM dulu, kalau nak keluar je, pergi berkonvoi. rindu itu zaman
Sebenarnya,saya melalut dekat sini sebab tengah stress nak siapkan assignment ni, FB pon saya dah deactive sebab kalau ada, akan sentiasa nak bukak je, begitu jugak twitter, malas nak layan benda-benda itu lagi sehingga habis submission. Lagi-lagi dekat Fb hari-hari ada je manusia bergaduh pasal politik dan tuduh menuduh dan berlagak semuanya dia yang betul. Twittter pon kadang kala rasa macam sesuatu yang tidak perlu. Saya perlu dikelilingi dengan benda yang positif untuk menguatkan semangat, bukan benda yang negatif, sycho dan sebaginya.
Usaha+Doa+Tawakal=InsyAllah ada hasilnya.
Saya rasa saya macam pandai berkata-kata, tapi perlaksanaanya saya sangat lemah, moga kita saling ingat mengingati
*kita tidak boleh mengharapkan orang lain seperti apa yang kita harapkan, belajar menerima dan diterima, itulah sebabnya manusia ini berbeza.

![]() |
| petikan dari buku jangan bersedih |
![]() |
| rasa nak makan lempeng esok pagi |
![]() |
| selepas submission lega semacam |
*kita tidak boleh mengharapkan orang lain seperti apa yang kita harapkan, belajar menerima dan diterima, itulah sebabnya manusia ini berbeza.
Thursday, May 3, 2012
khamis
Hari ini rasa macam down sangat , bila dapat result assignment seperti yang kita tidak harapkan, Alhamdulillah saya lepas, tapi bila tengok orang lain yang dapat keputusan lebih baik, saya rasa sangat kecewa. Kali ini saya dah berusaha agar dapat keputusan lebih baik daripada sebelumnya, tapi masih di takuk lama,mungkin tiada rezeki lagi, saya patut berusaha lagi, InsyAllah, saya percaya setiap berlaku ada hikmahnya, jangan mudah putus asa, jangan mudah mengalah, Bangun Zul!
Salam Takziah buat keluarga arwah Bob Lokman yang telah meninggal dunia sebentar tadi, dapat tahun melalui blog mazidul akmal sidek (bersama Mazidul), moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang beriman, Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)