Wednesday, September 10, 2014

Putrajaya

Rasa macam dah lupa ada blog,hehe

Alhamdulillah, dilancarkan Allah untuk perjalanan ini,
walaupun pastti ada tergelincir, terduduk, terjatuh, tapi...
itu semua adalah asam garam kehidupan.

dah 27 tahun, dan saya rasa orang tanya bila nak kahwin, sampai tak terkira soalanya
penat menjawab
penat memberi jawapan
diberi jawapan nak jawapan lain, hahaha
biasalah, lumrah alam, penat menjawab tidak bermakna saya benci menjawab
sampai masa, jodoh, ajal, semua itu kehendakNya,
jika ditakdirkan esok kahwin? siapa kita nak menolaknya
IAllah, harinya akan tiba juga

masih di opis,
ada kejer sikit
balik malam
alhadulillah dah dapat bilik sewa
tak perlu ulang alik shah alam
 malam ni ambil balik exam yang digagalkan oleh sistem
usaha selagi mampu
tak kan nak mengalah
selagi ada peluang
selagi itu lah usaha kita

bye! sebelum banyak melalut

Buat auntie arine, selamat hari jadi, moga dimurahkan rezki, panjang umur dan kesihatan yang baik, IAllah kita jumpa nanti one fine day.


Monday, August 25, 2014

Hutang yg dianggap halal

Hutang

Benda ni boleh sebabkan silaturrahim putus
Saya memang tak sekaya mana
Duit yang ada secukup untuk diri sendiri
Masih belum ditahap meminta

Bila ada orang minta tlg
Apa yg saya mampu
Saya tolong
Sebab saya pun tak tahu bila saya akan susah

Tapi orang ambil kesemptana
Dipinjam duit sebab terdesak
Ada masalah keluarga
Mula sikit
Bila sudah diberi
Minta lagi
Lagi
Dan lagi
Janji hendak dubayar
Akhirnya diam seribu bahasa

Aku pula yg rasa malu nak minta duit
Kalau dibiar
Dianggap halal
Apa nak jadi manusia ni
Duit yang ada berjoli sakan
Dibelanja seolah duit sendiri
Tapi sebenarnya
Ada hutang yg dianggap halal


So...menolong biar berpada, putus ailaturrahim sebab takut bak bayar hutang
Hutang bukan bejuta pon
Tapi ...... Arghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!


Bayar hutang pon susah, time pinjam semanis ayat nye


*tq nekcik atas nasihat itu, IAllah menjadi amanat hidup

Sunday, August 24, 2014

Itu dia

dalam minggu ni, banyak benda yang reflek balik dalam kehiduupan

kita hidup berusaha untuk sesuatu yang kita harapkan
sesuatu yang ingin realitikan
tapi

dalam apa jua kita buat
dalam apa jua usaha kita lakukan
perancangan Allah adalah yang terbaik
mengatasi segala perancangan yg kita rencanakan

Indah aturan olehNya
dalam meminta istikarah
dalam satu tempoh yang agak lama
dan bila pada waktu dinanti
Dia tunjukkan jalan sebenar
realitinya berbeza dari harapan yang ada
jauh dari apa dicari
tapi...............

yakin dengan setiap perkara itu
terima dengan hati terbuka
hati penuh keredhaan

masih jauh lagi jalan jika diizinkan
masih tidak tahu apa akan kehadapan
mahupun akan kebelakang

termenung seketika




perlu mencari dan terus mencari
kehidupan yang abadi

IAllah

ajal sentiasa di depan mata
cuma masih belum menyapa












#mh17 #mh370




Sunday, August 10, 2014

Makan dan masak

Selamat Hari Raya! Rasa macam lama tak berblog

agak busy dengan kerja baru alhamdulillah, masih berjalan dengan  baik

semalam baru berlari, buat kerja giler, nasib tak giler

oh ya, rasa macam lama tak cerita launnie, so semalam tengok balik album lama, banyak pulak gambar makanan, so meh saya reupload balik, dekat malaysia, rajin juga memasak, tapi tak selalu lah, sebab mamak depan mata.

kuih raya, shortbread, ni 80% berjaya

kopok lekor, 70% berjaya, terpaksam guna sardin tin je, 

ni hampir setiap bulan buat, roti canai

black muffin, 60% berjaya

cream puff, 80% berjaya, cuma sos dia je kelaut

donut,
 
roti canai full set

pavlova, nak buat kos tinggi, tapi saya tak suka makan

kek instatnt

spegeti, buat sos sendiri

lontong, ni bila mengidam, 

kuih sampan, buat time raya, senang nak agih

ni x ingat, rasa housmate yang masak
and yes! bila duduk abroad ni, kena belajar memasak, sangat penting, melainkan korunk anak tokey jutawan mana, makan luar hari2.

kalau nak makan, google je resepi, walaupon masak banyak kali, tiap kali masak still google resepi, sebab tak ingat step nak masak dan ramuan.


so, selamat hari raya!

Monday, July 28, 2014

Raya!!

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Dan Batin


Tuesday, July 15, 2014

Nuzul Quran

Alhamdulillah, masuk minggu kedua bekerja, satu pengalaman baru, selama ni kerja dekat firm yang staff tak lebih 5 orang termasuk bos. sekali kerja baru ramai pulak staffnya. macam2 cerita, pandai2 lah mentafsir dari mempercayai, satu pengalaman yang agak seronok, walaupun kerja masih belum banyak lagi.

since saya masuk kerja baru, ramai juga lah bertanya soalan, yang saya pon tiada jawapan " kenapa nak kejer sini, kau kan dah jadi architect, kau kan dah ada master?? " itu belum yang kondem sy sebab kerja dekat sini, entah lah, jawapan masih dicari. perasaan ralat itu ada, tapi saya percaya rezki akanNya.

Sejak 2 menjak ni, keadaan cucaca makin teruk, berjerebu, benda2 macam ni lah buat saya rindu tassie, pagi2 bangun udara nyaman, jangan tak tau, dekat tassie, ada jual fresh air yang disimpan dalam balang kaca, untuk dijual, so dari situ dah tau macam mana fresh udara di tassie ni. IAllah perancangan untuk kesana kembali sebelum hujung tahun ini, itu pon kalau dapat cuti.

sambung cerita kerja, saya ulang alik shah alam-putrajaya hari-hari, memang rasa penat badan, duit minyak dan tol memang banyak diguna, sedang mencari rumah/bilik sewa di putrajaya, jika ada yang terbaca ni, tau ada mana-mana kekosongan, sila lah inform saya, rasa penat drive , heheeh


Salam Nuzul Quran, besok konpem! shah alam jam, depan rumah saya ni sure kereta banyak orang nak ke jakel, selamat meningkatkan amalan di fasa kedua ramadhan ini.






Saturday, July 5, 2014

Penstrukturan kehidupan

Minggu ini satu minggu baru, menstrukturkan kembali hidup ini, Alhamdulillah, selesai lapordiri, rutin harian berubah,

dulu pergi opis pukul 8.50am, masik pukul 9, sekarang, 6.30am kena keluar, masok pukul 8am. jenuh memandu ke putrajaya.

dulu pergi kejer, pakai jeans, tshir, selipar, sekarang, kena akai suit hari-hari!!!

pembelajaran untuk sesuatu yang baru, harap ada rezki yang dihdapan, IAllah, selamat berpuasa kembali!!


jangan lupa, jika sesiapa yang free, boleh ke masjid Mizan/ masjid besi untuk tazkirah mufti ismail menk pada setiap hari selepas terawikh, sangat menarik penceritaan nya.

hidup perlu positif, kita yang sebenarnya selalu negatif dan menuduh orang lain itu negatif, perbaiki diri dari sibuk menyalahkan orang lain

ikut cakap dr muhaya: positif je, IAllah, tenang skit hari dari asik tak tenang je #selfreminder