Tuesday, December 5, 2017

Job Seekers

Assalamualaikum,

Lama sangat tak menulis, dalam otak banyak benda nak share.

Kali ni nak share pasal kerja
Untuk tahun ni, saya dah mula cari kerja baru, nak kata bosan kerja sekarang? Ntah lah,

Tahun ni dah 3 kali interview

1st – Company GLC : Tak dapat sebab nak  junior level (tapi panggil interview buat apaaaaaaaa)

2nd – Syarikat Luar : Saya tolak, sebab gaji naik sikit tapi waktu kerja tambah sehari ??

3rd – Gomen : Harini keluar result, jadi calon simpanan, bukan rezeki, kalua simpanan ni mmg rare lah kena panggil

Bila fikir balik, bukan mudah nak dapat kerja yang kita nak atau saya nak, bukan rezeki saya lagi, mana tau satu hari ada peluang yang terbaik untuk saya, InsyaAllah.

Kerja bukan sebab nak kejar gaji, tapi lebih kepada kepuasan diri dan skop kerja yang luar.

Untuk tahun ni je, lebih 50 email saya hantar untuk minta kerja. 

Siapa2 ada kerja kosong, roger saya. Hahah



Wednesday, August 23, 2017

Hikmah disebalik dugaan

Sepatutnya nak bercerita banyak, tapi sejak akhir2 ni, tahap pemalas tu bertingket-tingket.

Secara keseluruhan, umrah kali ni sangat menguji iman, dipermudahkan perjalan dan diduga dengan beberapa perkara. Alhamdulillah, disebalik semua itu, Allah hadirkan satu hadiah paling bermakna dalam hidup saya, penantiaan hampir 2 tahun, doakan semua dipermudah hingga selamat.

Antara gambar yang sempat diambil, Selamat menunaikan haji pada yang terpilih.





Wednesday, August 2, 2017

Alhamdulillah

Alhamdulillah,

Allah tahu masa terbaik untuk hambaNya.

Doakan yang baik-baik

Friday, June 9, 2017

Salam Ramadhan



Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk berada di bulan yang mulia ini.

#Sekadarperkongsian

Pada 17/5/2017 yang lalu, diberi kesempatan untuk kembali menjejakkan kaki di Tanah Haram, Bumi Madinah & Makkah. Satu perjalanan yang menduga dan memberi seribu pengajaran buat saya pada kali ini. Pada umrah ini, pergi bersama isteri saya. 

Masa pergi 2014, saya berdoa untuk dipertemukan jodoh, dan alhamdulillah, saya bawa jodoh tersebut pada kali ini. Sejak kahwin memang nak pergi buat umrah, tapi masih mengumpul duit, dan alhamdulillah dipermudahkan urusan tersebut. InsyaAllah nanti saya akan share pengalaman dan pakej yang diambil.

Selamat Berpuasa Semua.

Friday, January 20, 2017

Rezeki Allah

Lamanya terperap blog ni...

Alhamdulillah, dah masok 3 series last week, tua dah rasanya.


Dan juga setahun dah berkahwin, masih belum rezki lagi untuk dikurniakan anak.

Rasanya dalam tempoh setahun ni, terlampau ramai yang bertanya, lepas tu akan stress. Belum lagi yang komen suruh buat anak cepat2.

Kalau lah seperti yang diperkatakan, setiap orang lain jalanya, ada dapat anak cepat, ada lambat.

IAllah akan sampai masanya, hati kena kuat, usaha kena gigih.

Doakan kami!!!. Ameen
Rindu penduduk Kampung, hopefully cukup duit dan dapat berjalan ke sana.

Monday, July 4, 2016

Ramadhan & Syawal

Ramadhan hampir melabuhkan tirai,

moga berkesempatan untuk ramadhan akan datang,

dan selamat pulun untuk beramal.

Selamat Hari Raya 

Tahun ni ada kampung, balik ke Melakau