alhamdulillah. semalam 11.36 malam. isteri saya selamat melahirkan baby boy. terima.kasih untuk setiap titipan doa
Wednesday, March 14, 2018
Monday, March 12, 2018
satu penantian
menanti dengan penuh debaran
rasa macam menunggu keputusan
hasil yang bakal merubah kehidupan
doakan semua berjalan baik dan dipermudah
insyAllah
-4.03pm_kpjSA
Saturday, February 24, 2018
bangsa degil
pernah tak pergi makan/minum kedai, tetiba ada oranf merokok sebelah?
apa rasa?
wahai bangsa2 ini sekali.
jika di dalam kedai makan. janganlah merokok
unless anda duduk luar kedai, walaupun asap still.masok dalam
sangat stress bila nak makan terpaksa makan asap dulu
nak tegur takut gadoh
kadang1 ada budak kecik pon merokok. apatah lagi baby dan ibu mengandung
moga.bangsa ini cepat sedar
ada ke kempen dilarang merokok di kedai makan?
Monday, February 19, 2018
Usaha + Doa = Tawakal
Hidup ni ada jatuh bangun,
Rezki semua di tangan Allah
Ada manusia kerja setahun jagung, terus naik pangkat,
Ada yang kerja lama, masih di takuk yang sama,
Kadangkala rasa diri semua
bagus dari orang lain,
Hakikatnya kita (saya) perlu banyak muhasabah diri,
Cari kesalahan diri sebelum mencari kesalahan orang lain.
InsyAllah, rezki cepat dan lambat.
Usaha + Doa = Tawakal
Wednesday, December 6, 2017
Hong Kong
Bulan lepas ke Hong Kong sebab ada kawan masa study di OZ
kahwin. Memang orang sana. Patutnya pergi berdua dengan wife, tapi disebabkan
kesihatan dia, terpaksa lah pergi seorang.
Pergi hari Jumaat balik hari Ahad. Patutnya nak lama lagi,
tapi sebab seorang je, pendekkan waktu, so bila tukar tiket, kena tambah rm300,
so total hangus tiket rm800 juga lah.
Penginapan
Saya duduk di ara Kowloon, memang kawasan hotspot, semua
benda dekat, duduk hostel je, ambil bilik seorang, rm150/night. Tu paling
murah. Hong Kong ni semua serbi mahal.
Hostel saya dalam Chungkin Mansion, kalau
baga review, memang ramai cakap kawasan black area, secara jujurnya memang
pon!!!!!
Dalam mansion ni ada 3 blok, dan setiap blok ada 2 lif
(ganjil dan genap), lift u boleh muat 5 orang je. Nak naik ke bilik, lama
menunggu dan terpaksa beratur lama. Kalau ada duit lebih, pilihlah hotel
proper.
Bilik saya kecik, solat atas katil, aircond berbunyi kuat
macam bangunan nak roboh, toilet sangat kecik. Tapi itulah pengalaman, nak
jimat sangat. Kebetulan kawan yang kahwin, buat majlis berhampiran kawasan saya
stay, so jalan kaki je.
Public Transport
HK ni public transport memang tip top. Boleh beli octpus
card dekar 7-E, dalam HK138 rasanya, value pon HK138, kalau beli di aiport,
HK150 dan value hanya HK100 dan lagi HK50 sebagai deposit.
So better beli dekat
7-E minta Octopust Card for tourist. Octopus ni semua boleh guna, dari tram,
bus, train/MTR dan ferri. Saya memang cukup2 guna kad ni. Alhamdulillah tak
membazir.
Makan
Ni paling best, duit saya 80% habis ke makanan. HK memang
mahal!!!!!! Nak cari makanan halal senang je, google halal food nanti banyak
lah keluar, paling sedap saya makan ialah duck rice and lamb curry dekat
Bowrington Road , kedai ni dalam pasar dan di food court.
Sepanjang di HK, saya
ada kawan yang memang stay sana, so dial ah bawa ke semua tempat, saya ikut je
keman dia bawa
Secara keseluruhannya, HK ni sangatlah mahal, nak datang
lagi? Maybe next 5 years kot. Sebab saya pernah ke Taiwan, rasa macam lebih
kurang je.
Some tips kalau ke HK
- Dekat Terminal 2 ada common prayer room, boleh lah guna untuk solat
- Masjid di HK ada beberapa buah, ada di Kawloon dan juga Wan Chai, kalau Wan Chai ada Usman Majid, situ ada halal restaurant
- Plug di HK ni sama macam di Malaysia
- Pakai lah kasut selesa, HK bergerak pantas
- Download lah apps HK, senang nak guna train dan nak kemana-mana
Itu je lah, kalau ingat saya update lagi.
Labels:
airasia,
airasiago,
bajet,
chungkin mansion,
hong kong,
kowloon,
MTR,
Octopus card,
tips,
travel
Tuesday, December 5, 2017
Job Seekers
Assalamualaikum,
Lama sangat tak
menulis, dalam otak banyak benda nak share.
Kali ni nak
share pasal kerja
Untuk tahun ni,
saya dah mula cari kerja baru, nak kata bosan kerja sekarang? Ntah lah,
Tahun ni dah 3
kali interview
1st –
Company GLC : Tak dapat sebab nak junior
level (tapi panggil interview buat apaaaaaaaa)
2nd –
Syarikat Luar : Saya tolak, sebab gaji naik sikit tapi waktu kerja tambah
sehari ??
3rd –
Gomen : Harini keluar result, jadi calon simpanan, bukan rezeki, kalua simpanan
ni mmg rare lah kena panggil
Bila fikir
balik, bukan mudah nak dapat kerja yang kita nak atau saya nak, bukan rezeki
saya lagi, mana tau satu hari ada peluang yang terbaik untuk saya, InsyaAllah.
Kerja bukan
sebab nak kejar gaji, tapi lebih kepada kepuasan diri dan skop kerja yang luar.
Untuk tahun ni
je, lebih 50 email saya hantar untuk minta kerja.
Siapa2 ada kerja kosong,
roger saya. Hahah
Wednesday, August 23, 2017
Hikmah disebalik dugaan
Sepatutnya nak bercerita banyak, tapi sejak akhir2 ni, tahap pemalas tu bertingket-tingket.
Secara keseluruhan, umrah kali ni sangat menguji iman, dipermudahkan perjalan dan diduga dengan beberapa perkara. Alhamdulillah, disebalik semua itu, Allah hadirkan satu hadiah paling bermakna dalam hidup saya, penantiaan hampir 2 tahun, doakan semua dipermudah hingga selamat.
Antara gambar yang sempat diambil, Selamat menunaikan haji pada yang terpilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)










