Tuesday, May 8, 2018

reunion janda

saya dah lama nak tulis pasal perkara ni. harap diambil iktibar.

slaah seorang kenalan saya yang berumur dalam 50++ (bukan bapak saya),  berkedudukan dan ada rupa lah sikit.

bila dah tua2 ni. pergilah reunion kawan sekolah. mula2 bini ikut, tapi apa jadah kalau tiap.minggu reunion? dah beranak cucu pon nak reunion selalu. bila bini malas nak ikut sebab hampir setiap minggu, terbitlah orang ketiga.

lalu bercinta lah janda ni dengan kawan saya ni. dah hampir 3 tahun bercinta dan nak kahwin.

bila jadi mcm ni. anak2 jadi mangsa. jadi bahan untuk lepaskan marah. sebab terlampau asyik dengan gf baru tu.

tujuan saya cerita.sebab saya rasa sangat terkejut dengan reaksi kawan2 kenalan saya ni. di FB siap boleh tanya di page janda tu. bila nak langsung? lalu kawan2 yg lain pon komen dengan gembira. kawan2 semua menyokong dan suka bila masjid hendak diruntuhkan. sya harap mereka juga dimadukan.amin

belum lagi bakal anak tiri tu. dah tau mak dia mcm tu. sokong plak. belum kahwin dgn maknya dah minta banglo sebijik dan tertunai.lah impiannya

macam drama melayu kan? tu belum janda psycho madu dia dengan wassap yang bukan2.

sekarang kenalan saya lebihkan janda tu dan keluarga. anak2 dan bini jadi tempat lepaskan amarah.

moga cerita ini ambil iktibar. saya pon remind diri saya. lagi 5 or 10 or.... tahun lagi. perangai saya mcm mana? mohon dijauhkan.

ambil iktibar. kurangkan bersosial. avoid reunion. kenalan saya ni reunion tiap.minggu main bowling lah. lepak minum lah

pada janda tu. moga .......

tammat

Wednesday, April 18, 2018

Dim Sum Buffet : So far paling best

Terima kasih untuk setiap doa........

Next,

Sebelum nak bersalin, mak buyung request nak makan dimsum, sebenarnya masa isteri saya pregnant, saya yang teruk mengidam, atau memang kuat makan.

Ni kali kedua pergi makan dim sum dekat Hotel Putrajaya Bangi, finally jumpa buffet dim sum yang murah dan sangat berbaloi. Harga seorang RM55 untuk sabtu dan RM65 untuk ahad. Kami pergi hari sabtu, sebab beza tak banyak kot (tambah dessert).

Kalau sesiapa rajin makan HOME atau Mohd Chan, satu plate dim sum selalunya harga RM10++, memang mahal giler, kalau sesiapa peminat Dim Sum, better pergi sini.

Saya pernah try dim sum  buffet yang lain, harga lebih kurang, tapi most of it, memang dim sum semata-mata, tapi dekat sini, menu termasuk chinese style food. Sumpah  sedap. Restaurant ni dalam hotel bangi putrajaya, boleh google for contact, seat sikit je ada.

tengok gambar lah....

2 kali pergi, dua kali duduk mengadap dinding. Air kosong free .



ni udang masak ala2 sambal dan butter prawn, butter prawn 5 star

Selain steam dim sum, ada juga goreng2 dim sum, semua sedap

saya order butter prawn ni banyak, sebab berbaloi, kalau ala cart sangat mahal

antara dim sum yang ada

ni masa 1st round

nasi goreng pon ada, selain tu ada meehun and mee udon


nampak tu ada black pepper beef, ni memang awesome

Saya pernah cuba dekat sime darby dan plaza alam sentral punya buffet, so far, yang ni the best.

Tips:

  • Order butter prawn banyak2
  • pagi jangan makan ok
  • jangan order chinese tea kalau nak jimat, walaupun seorang je minum, dia akan caj per head, kalau ada 10 orang, jadi lah RM2.40 x 10 pax, walaupun sorang je minum
  • Jangan order melebih2, sebab masa makan tu,ada meja sebelah order banyak giler, lepastu tak abis semua, kena bayar per meal ok
  • start from 11 am till 3pm kot
  • parking senang dan free
  • semua dim sum sedap

Monday, April 9, 2018

Persediaan Awal


Sebab baca blog banyak sangat, ramai lah yang suruh buat persediaan awal. Itu belum arahan daripada keluarga. haha

Kami pun buat jugak lah, pack barang apa yang nak dipakai oleh mak dan bayinya, walaupun dah beli barang, still rasa tak cukup lagi barang yang dibeli.
Bila wife dah masuk 8 bulan, baru lah membeli barang.



Isnin
Pergi weekly checkup, doc kata baby maca kecik, buat CTG, ada minor contraction. Masa ni lagi 4 minggu due. Doc pon bagi 5 hari cuti. Yeay!!!

Balik rumah, before balik makan malam dulu. Bila dah pukul 9.30 malam, lapar lagi, keluar lah makan dan nak beli stok makanan wife saya duduk rumah seminggu.
Pukul 12 dah nak tidur. Tetiba…………..

Selasa

Wife: Rasa macam berair lah, air ketuban pecah………..

Say baru nak lelap dan terus bangun, lepastu pusing-pusing dekat katil sebab gelabah. Air ketuban dengan darah keluar. Cuak sangat. 
Siap cepat dan terus ke hospital. Masa ni bini saya relaks je.
Masuk hospital Selasa 12 Pagi, sehingga 8 Malam masih bukaan 2 cm, doc terpaksa operate dan keluar lah Ali tepat jam 11.38 malam sambil memancut pada semua doktor disitu..

Alhamdulillah.

Thursday, April 5, 2018

Aturan All (Finale)

Bila dah tahu isteri saya mengandung, memang kami hanya inform orang terdekat, kalau boleh nak rahsia sehingga lah bersalin. Memang tak upload any gambar di sosial media.

Sepanjang kehamilan, memang banyak kali ke hospital. Di awal kehamilan, isteri saya mengalami 'spotting' dan perkara ini sangat merisaukan kami. Normal checkup/bulanan di buat di KPJ. Tapi bila ada spotting dan lain-lain, kami terus ke UMRA shah alam.

Isteri saya dimasukkan seminggu ke hospital, sebab mengalami pendarahan, doktor kata rahim tak cukup kuat. Dah beberapa kali juga mengambil suntikan untuk menguatkan rahim. Saya rasa sangat fobia bila setiap kali isteri saya keluar bilik air, dan akan cakap ada spotting. Risau teramat sangat.

Disebabkan masalah tersebut, doktor nasihat untuk isteri saya tak melakukan kerja berat. Disebabkan dia kerja di area Sogo, maka saya kena hantar dan ambil dia di KL bermula dari dia mengandung.

Shah Alam - Sogo - Subang 

Subang - Sogo - Shah Alam

Inilah rutin saya hari-hari, penat tu memang lah, sebab terpaksa tempuh jam banyak kali dalam masa sehari. Alhamdulillah, kandungan tiada masalah.


Alhamdulillah, lahirlah yang dinanti-nanti yang diberi nama ALI . Moga membesar menjadi anak yang soleh. Insyallah.

Saya ibaratkan proses kehamilan isteri seperti memegang kaca di tangan, jangan dijatuhkan atau terjatuh, perlu dijaga sentiasa bagi tempoh 9 bulan tersebut dan persaanya, hanya Allah yang tahu. Pengalaman pertama banyak mengajar erti kehidupan dan masih belajar sehingga kini

Friday, March 30, 2018

Aturan Allah (Part 2)



Saya memang suka baca blog, sebab ramai share pengalaman hidup, tapi kalau nak cari yang lelaki sangatlah rare, semasa wife saya hamil, memang saya google dan baca blog, tapi yang banyak share dari wanita sahaja.

Sambung.........

Bila balik dari umrah, memang kami nak sangat dapat anak, bila baca dekat FB dan blog, ada share pengalaman mengandung lepas balik umrah. Isteri saya dua kali bendera merah sebelum rezeki yang kami tunggu muncul selepas balik umrah.

bila period kali pertama dan kedua, memang rasa down, tapi saya percaya setiap saat tu adalah peluang Allah bagi untuk kita terus berdoa.

Hamil........

Ada satu hari tu, wife saya kata macam ada ketulan darah keluar dan perido dia macam tersekat. Pada masa tu memang risau, takut ada cyst etc.... Wife saya pergi ke klinik dan doktor kata mungkin ada masalah lain dan bagi RL untuk ke KPJ bagi full checkup. Masa di klinik, doctor memang tak cakap langsung pasal hamil etc.

KPJ 

Bila dah set appointment dengan doctor, berdebar rasanya, sebab masa ni saya dah nak buat appointment dengan hospital lain untuk check kesihatan diri atau jika ada masalah lelaki. Saya tangguh saya punya dulu dan proceed dengan wife saya.

Bila dah sampai hospital, kami maklumkan masalah wife saya, dan doktor kata mungkin ada csyt etc bila dah lepas scan. Doktor kata datang balik next month untuk follow up dan before balik kena ambil test darah dulu.

Doc: "Mungkin ada masalah dekat rahim awak, saya dah buat ujuan pap smear dan next appointment kita akan tahu masalah sebenar. Sebelum balik sila buat ujian darah untuk cek incase puan hamil, tapi saya yakin "HIGHLY NEGATIVE" result tersebut. (Doktor tak suspek pon pregnant)"

Kami: "ok (blurr dan blurr dan tak pikir pon akan hamil)"

Bila dah dapat result, tulis dekat darah tu "POSITIVE"

Wife: "Awak positive, saya pregnant ke? (nangis)"
Saya: "tak kan lah, doktor dah cakap negative nanti, maybe salah kot result...........(mengharap positive dan blurr)"

Sampai je kaunter atas dan bagi result ke nurse...

Nurse: "eh, puan, tahniah, positive puan hamil ni......"

Kami masih blurr

Masuk bilik doktor kembali

Doktor: "Saya tak sangka puan hamil, kita scan lagi sekali"

Bila dah scan masih tak nampak kantung lagi

Dockto: "maybe hamil luar rahim atau rahim tak menjadi atau puan keguguran" kena tunggu lagi 2 minggu untuk scan, tapi kita scan dari bawah pulak....."

Doctor: "Alhamdulillah, ada kantung tu, masih kecik, anggaran dalam 4-5 minggu"

Kami berdua tergamam, gembira, dan bersyukur, kami memulakan langkah pada hari itu tanpa memikirkan akan mendapat berita gembira, bila Allah hadirkan berita ini, kami sangatlahhh bersyukur.

Balik Rumah:

Sebelum balik rumah, kami singgah farmasi sebab nak beli pregnancy test yang mahal skit tu, dalam Rm30++ (sebab boleh cek week). Sebelum ni, bila wife period lewat je, akan beli test kit yang murah (RM5++). Dan memang betul 5-6 week hamil..

Kami berdua memang menangis puas2. Bagi saya hari tersebut amatlah bermakna, sebab itu saya masih ingat setiap butir apa doktor itu cakap. Doktor tersebut perkataanya agak negatif, maybe itu cara dia......



Sambung...............

Thursday, March 29, 2018

Aturan Allah (Part 1)


Sekadar Perkongsian ........


Dalam sesebuah perkahwinan itu, pasti setiap pasangan inginkan anak untuk melengkapkan sebuah keluarga.

Begitu juga kami, berkahwin pada penghujung 2015, setiap bulan kami menanti dengan penuh sabar, bila ‘bendera merah’ je keluar, memang akan sedih dan rasa ‘down’ sangat. Ramai bertanya tentang zuriat, antara ayat yang saya ingat seperti:


“dah ada isi ke?

“Nampak berisi tu, dah pregnant ke? (padahal buncit)”

“Cepat2 buat anak, nanti dah tua susah wei”

“ko tak reti main ni, salah skill”

“kenapa tak mengandung lagi? Ddah berapa tahun”


pada mulanya kami tidak kisah, tapi bila terlampau kerap, memang akan terasa hati. Tapi saya selalu cakap dekat wife saya, yang orang lain lagi lama menunggu, kita belum sampai dua tahun lagi, InsyAllah rezki akan datang juga. Mungkin lelaki tidak terasa sangat, tapi kalau wanita, memang mudah tersentuh.


Kami juga berusaha dengan pelbagai petua dan amalan untuk mendapatkan anak, Antara usaha kami buat ialah meminum air rebusan buah zuriat, nak dapatkan biji buah tu je dekat sejam nak ketuk. Air memang tak sedap, bau memang tak best, tapi salah satu ikhtiar, kami usahakan. Wife juga amalkan memakan asid folik dan jaga pemakanann (avoid benda masam) serta meminum air susu kambing. Semua itu antara usaha pemakanan yang kami lakukakan.


Bila dah hampir dua tahun perkahwinan, kami decide nak buat medical checkup untuk kami berdua, tapi sebelum nak buat tu, kami nak ikhtiar yang utama dulu, iaitu pergi mengerjakan umrah, umrah ni memang kami nak pergi since kahwin, Alhamdulillah Allah makbulkan impian kami. Kami pergi kesana pada bulan May 2017.
 Perjalanan Umrah kami di sana amatlah meninggalkan kesan di dalam hati, ujian tersangat besar Allah hadirkan disana, kita merancang sebaiknya, tapi perancanganNya mengatasi segalanya.





Tapi kami bersyukur, pada penghujung umrah, saya dapat bersama2 isteri menyempurnakan ibadah Umrah kami dengan sempurna. Itu adalah seindah-indah perkara yang pernah hadir dalam hidup saya. Semasa mengerjakan umrah, memang kami tak putus2 memohon kepadaNya untuk menghadirkan zuriat. Tiap saat amatlah bermakna untuk kami. Alhamdulillah, bila di sana, ramai yang medoakan kami untuk dapat zuriat dengan segera. Ada juga membeli buah zuriat dan herba di sana sebagai ikhtiar hamil.

InsyaAllah akan berssambung............

Tuesday, March 20, 2018

Yang Mulia dan Tinggi Kedudukannya

Di antara anugerah terindah yang hadir dalam hidup saya.

"Yang Mulia dan Tinggi Kedudukannya" maksud nama diberi.

Alhamdulillah. terima kasih untuk setiap titipan doa.