Showing posts with label murah. Show all posts
Showing posts with label murah. Show all posts

Wednesday, December 19, 2018

Singapore (2)



Sambung..... (Kak dana, sila approve request saya di IG, hahahah (zulfadly)

Kalau masa bujang, boleh je duduk hotel bajet, tapi sebab dah ada budak kecik ni, kena lah cari hotel yang proper sikit, google dan google, jumpa lah hotel ni, Hotel Boss. Nama macam sivaji the BOSS. Hotel ni lokasi sangat strategik, berhampiran Masjid Sultan, so senang lah nak makan halal.

Hotel ni baru buka beberapa tahun, dan berhampiran dengan Lavender MRT station, jalan 5 minit dah sampai, situ pon ada MCD. Hotel ni banyak bilik, dalam 1000 kot, masa book haritu, harga untuk 2 malam RM800++, tidak termasuk sarapan.

Overall, ok lah hotel ni, walaupun dia cakap 4 star, tapi bagi saya 3 star je. Bilik teramat lah kecik, apakan lagi toilet. Katil pon macam size single king, kecik sangat. Nak iron baju pon kena turun level 4, dah macam tido bajet hotel. Kalau ada option lain, sila lah pergi tempat lain. Staff hotel ni friendly and helpful juga. Malam2 kami request additional mineral water, ada budak melayu akan hantar, nasib free. Maybe sebab lokasi hotel ni menang lah.

Ni lah hotelnya. lokasi strategik

Lobby hotel grand and besar, tapi bilik kecik



Wednesday, April 18, 2018

Dim Sum Buffet : So far paling best

Terima kasih untuk setiap doa........

Next,

Sebelum nak bersalin, mak buyung request nak makan dimsum, sebenarnya masa isteri saya pregnant, saya yang teruk mengidam, atau memang kuat makan.

Ni kali kedua pergi makan dim sum dekat Hotel Putrajaya Bangi, finally jumpa buffet dim sum yang murah dan sangat berbaloi. Harga seorang RM55 untuk sabtu dan RM65 untuk ahad. Kami pergi hari sabtu, sebab beza tak banyak kot (tambah dessert).

Kalau sesiapa rajin makan HOME atau Mohd Chan, satu plate dim sum selalunya harga RM10++, memang mahal giler, kalau sesiapa peminat Dim Sum, better pergi sini.

Saya pernah try dim sum  buffet yang lain, harga lebih kurang, tapi most of it, memang dim sum semata-mata, tapi dekat sini, menu termasuk chinese style food. Sumpah  sedap. Restaurant ni dalam hotel bangi putrajaya, boleh google for contact, seat sikit je ada.

tengok gambar lah....

2 kali pergi, dua kali duduk mengadap dinding. Air kosong free .



ni udang masak ala2 sambal dan butter prawn, butter prawn 5 star

Selain steam dim sum, ada juga goreng2 dim sum, semua sedap

saya order butter prawn ni banyak, sebab berbaloi, kalau ala cart sangat mahal

antara dim sum yang ada

ni masa 1st round

nasi goreng pon ada, selain tu ada meehun and mee udon


nampak tu ada black pepper beef, ni memang awesome

Saya pernah cuba dekat sime darby dan plaza alam sentral punya buffet, so far, yang ni the best.

Tips:

  • Order butter prawn banyak2
  • pagi jangan makan ok
  • jangan order chinese tea kalau nak jimat, walaupun seorang je minum, dia akan caj per head, kalau ada 10 orang, jadi lah RM2.40 x 10 pax, walaupun sorang je minum
  • Jangan order melebih2, sebab masa makan tu,ada meja sebelah order banyak giler, lepastu tak abis semua, kena bayar per meal ok
  • start from 11 am till 3pm kot
  • parking senang dan free
  • semua dim sum sedap

Thursday, December 26, 2013

Langkawi : Makan di Hole in the wall

Minggu lepas ada another interview lagi dengan gomen, jumaat interview, isnin dah keluar result, saya batch terakhir diinterview, tak ada rezeki nak kejer gomen, rasa give up dah nak pergi interview, sebab habis gaji kena potong pergi interview kan, heheh.

Sambung langkawi trip: sebab kawan saya ni anak orang kaya, so nak makan kedai mahal je, salah satu tempatnya ialah di Hole in the wall, reataurant terapung ni, dikelilingi oleh sangkar ikan. jangan risau, kedai ni halal, sebab melayu punya

nak ke sini, kena ambil bot dari jetty, saya tak ingt jetty apa, tapi dekat dengan galeri perdana jetty ni, dan kalau dah samapi jetty, kena call restaurant ni untuk ambil. Ni part yang mahal, sebab kami berdua, so dia dah inform awal2, kena makan minimum bil RM100, kalau ikutkan saya, memang tak lah, tetapi anak orang kaya ni nak makan situ, ikutkan je lah. hahah

Menu dia macam biasa, restaurant seafood biasa, agak jenuh nak pilih makanan nak cukupkan rm100, harga agak mahal juga, tapi pengalamaan tu yang sangat berharga. Order nasi goreng, senang cerita, tak sedap langsung, tapi chili crab , kerabu mangga dan butter prawn sedap! rasa menyesal order nasi goreng, dah lah rm20 sepinggan, hehehe

kalau nak ikan fresh pon ada, ada dalam sangkar, harga ikut berat. so tengok lah gambar.

tu lah restauranya, naik bot dari jetty dalam 5 minit







lauk di order, kalau makan sini, jangan order nasi goreng, memang tak ada rasa langsung

Add caption

boleh pilih ikan dalam sangkar

Tuesday, December 24, 2013

Monday, December 23, 2013

Trip: Langkawi!!

Ini trip last week, beli tiket time ada murah, rm130 untuk seorang + flight return + accomodation untuk 3 hari 2 malam.

Pergi jumaa petang, balik ahad malam. Pergi dengan kawan lagi seorang. Pergi tu, dapat hot seat, so beza dia, cuma duduk bahagian hadapan lah. Sampai airport tu dah malam, dalam pukul 9pm. Trip ni memang last minit, tak ada rancang apa pun, main redah je, nak pergi tu, baru lah terhegeh-hegeh nak cari kereta sewa.


Alhamdulillah, dapat kereta murah sangat! kalau tak, rm120 sehari sebab public holiday kan, makcik ni bagi rm40 sehari, sebab kereta dia sendiri, dan tak ada aircond, janji murah, bedal je, tapi aircond dia ada je, cuma tak kuat. Auto lagi, kat situ dah save banyak. hehea

benda paling dasyat berlaku!, nak cari 'hotel' ni susah, guna GPS pon tak jumpa, last2 park kereta, dan jalan kaki  cari, dekat pekan kuah je, last2 baru jumpa, lama gak mencari, dah lah penat, pastu terus check in, hotel ni, sekali masuk dalam pakej yang saya ambil, sebelum tu, saya book guna AIRASIAGO!, so tu option pertama yang paling murah.

Hotel yang dapat ni, dekat deretan rumah kedai, sebelah je dengan HAji ISmail Group kedai lah, bila masuk je bilik, speechless! sangat terkesima sekejap, senang cerita, bila yang saya dapat tu, keadaan sangat mendukacitakannnnnnnnn! bilik teramat kecik!!! sangat kecik, untuk single boleh lah, ni ada 2 orang. bila tengok cadar, kotor pulak, ada kesan kotoran, masuk bilik je, bau hancing, tandas kotor, tepi katil memang kotor, memang dia tak jaga kebersihan, dalam hotel pon agak kotor, tangga pon berdaki, tak selalu mop.

rasa macam sedih giler, macam rumah pela#$%^ jer. sangat kecik, rasa macam nak cari hotel je, tapi disebabkan kepenatan + fully book hotel + mahal giler (public holidaya ) so saya duduk je lah. Esok pon balik lewat malam, sebab bilik hotel kecik + takda tingkap, toilet tu, nak mandi pon tak muat, pintu tercabut, hahah
bila nak solat, kena sembahyang atas katil , sebab tak ada ruang langsung,owner melayu islam.

Selain tu,naik cable car, berhati2 disini, jangan beli tiket xpress rm99 yang kononya tak perlu beratur lama. trust me, semua tu tak berbaloi, beli je tiket rm15 tu, beratur kejap, walaupun nampak panjang, kesian tengok orang beli tiket mahal, sebab staff bawah kata lama tunggu, PENIPU! tolong lah jangan kena tipu. tak ada kelebihan, sedih tengok abang ni sekeluarga, beli samapi rm500 tiket, tapi layanan standard macam naik rm15, sama je dengan tiket kami.

bilik yang kecik, penjara pon besar lagi




sarapan di the cactus, set rm7, ni kedai up sikit, sedap jugak




cadar yg kotor

dekat cable car


Tips:

1.Kereta sewa
-google je dalam internet, banyak option, dan terus call, sebab harga memang lain-lain, ada murah dan ada mahal, ikut kereta, asal boleh bergerak

2.Hotel
cari hotel yang mahal sikit, dan avoid hotel atas tu,memang insaf dah

3.Coklat
-harga sama je, beza sikit, saya beli dekat underwaterworld murah sikit untuk certain coklat.

4.Makan
makan langkawi agak mahal gak, makan dekat warung harga murah, tapi berhati-hati, kami sarapan dekat warung Nasi Lemak Pulau, rahpak macam sedap, stop makan,
ambil nasi lemak+telur mata+ikan bilis (5 ekor/sebelah) + sotong (seketul je, saiz besar rokok tu je, kecik je)
kawan saya: nasi +telur separuh +kerang (sesenduk kecik) +airsuam+teh tarik kecik + kuih 6 ketul

Nak kata murah, macam tak, nak kata mahal, macam mahal je, tapi macam tak logik kalau dia caj macam tu dekat orang kampung, sure tak ada siapa nak beli

tu je lah tips, tak ada sangat pon , tapi nak share benda yang boleh dishare, agak bosan gak langkawi, agak jauh dari satu kawasan ke satu kawasan, dan ramai ambil kesempatan pelancong ramai disitu. berjual beli dengan ikhlas, kalau rasa nak untung je, memang lah tak berkat.

Saturday, September 28, 2013

Perfume Berjenama

Sementara jobless untuk 4 hari ni, saya jual perfume, promosi jom, ini bukan perfume ori, tapi gred AAA/Dubai, bau sebijik macam ori (90%), cuma tak tahan 24 jam je.


kak dana:thx kak dana, IAllah ada rezki ditempat lain,
auntie arina: IAllah saya buat nanti, terima kasih untuk nasihat, sgt appreciate, mudah-mudahan dipermudahkan nanti, amin

Saturday, June 15, 2013

Jual Perfume

Harini nak promote lagi perfume saya jual, perfume ni gred AAA, dubai sephora, kiranya macam ori lah, tapi takde lah tahan lama, memang beza dengan ori, sebab ori perfume tahan lama, kalau yg saya jual ni, tahan 4-8 jam sahaja, tapi bau dan packaging dia hampir sama dengan ori, so kalau beli, memang orang tak tahu ori ke gred aaa.

Saya jual dengan harga agak murah, ikut pasaran dalam rm50-rm60, tapi bila saya jual rm40 termasuk pos (rm7pos sahaja) ada yang ingat perfume gred murah, maybe kena naikkan harga, baru boleh percaya kot.

perfume ni yang jual online semua tu, sama je supplier dia, ada banyak lagi jenis perfume, kalau gred murah tu, memang 50% sama, nampak beza ketara dia.

so far saya pakai, bau memang tahan dalam 4 jam macam tu, lunch hour still ada bau lagi, tapi kurang sikit kuatnya, kalau pergi site, maybe less, sebab panas kan, so far bau memang ok, sembur lah banyak-banyak, sebab perfume ni murah kan, habis beli lagi, hehe.

pada yang nak beli, boleh lah add dekat page saya tu, or boleh lah inform saya terus, tapi nak bagi hint dulu, IAllah nanti ada promosi raya, lagi murah dari sekarang, kalau nak tunggu dulu pon boleh, terima kasih.


hahah, iklan pulak kan!!!!!!!!!! selamat berhujung minggu,