Wednesday, February 29, 2012

29 February 2012

1st day class dengan lecturer yang sangat digeruni

assignment makin  berlambak

stress dengan submission date

tension dengan lecturer, suruh pilih tajuk, dah pilih, dia bagi tajuk lain, lain kali tak yah pilih

harini parent pergi makan angin di Beijing, honeymoon lagi

bakal memulakan satu lagi program untuk diri sendiri-hehehe

harini makan tomyam

mengalami masalah tidur, still ikot waktu Malaysia, dan selalu tidur lewat

tadi tidur petang, kena sleeping parlays, kali ni, paling dasyat, lama jugak nak gerakkan badan

sekian..................

Waktu Solat Launnie

Berkongsi waktu solat, cuma magrib agak lewat disini, cuaca sudah suam-suam kuku, kadangkala panas juga.

Tuesday, February 28, 2012

Hari Pertama Kembali Ke Sekolah

Perasaan kali ini, rasa lagi homesick dari dulu, maybe sebab spend masa 3 bulan bercuti dengan famili dan kawan-kawan sepenuhnya. Oh, really miss my famly and friends now! Bila nak ke sekolah pon rasa macam liat-liat, tapi kena paksa rajin diri, dah tahun akhir ni, kena grad tahun ini gak.

Kelas harini dari pukul 1-3 je, nasib kejap, sebab masa tengah lecture pon dah pening, sebab banyak tak paham pulak. Kali ini, pelajar Melayu macam makin ramai pulak, ada lah dalam 20 orang, InsyAllah, raya tahun ni, meriah lah sikit. So, this weekend ada gathering untuk berkenalan dengan pelajar melayu yang baru, organize by UMNO lah.

Semalam pergi ke city, saja sebab lama tak pergi, sebab rasa rajin sanagt, semalam jalan kaki je, nak exercise buang lemak yang dikumpul di Malaysia tu, yang tak bestnya, tengah jalan-jalan kat city tu, ada lah budak local ni, buang samaph dekat zul, pastu jalan terus dan gelak-gelak. Biasalah, local yang jahat memang macam ni, benci sanagt denagn orang asian. Dia tau sebab asian ni tak akan nak balasnyer. Sabor je lah. Lepas tu pergi je makan kedia kak Liza Ali ni, nak makan butter chicken dia, so sesiapa nak datang sini, wajib singgah kedai ini, sedap giler butter chicken dia.
butter chicken yang sanagt sedap


Esok cuti umum, sebab Launceston Cup, ramai lah esok makcik-makcik dan gadis-gadis berpakaina cantik-cantik sambil melihat kuda berlari. Time ni lah nak tengok orang dekat sini berhias, kalau tak, semua macam orang tak mandi je.hehehe



bandar launceston yang sentiasa sunyi, tu sebab panggil kampung je

Monday, February 27, 2012

Bila Airasia kena hacked!

well done hackers!

saja nak umum

kadangkala apa yang saya tulis didalam blog ini, untuk meluahkan apa yang saya rasa, apa uang saya alami, tika dan saat itu, dan jika antara anda yang terbaca dan terjumpa blog ini, dan anda merupakan orang yang berada disekeliling saya, mereka yang dekat dengan saya, jika anda rasa, apa yang saya tulis ini ada berkaitan dengan diri anda, maaflah, saya tulis secara umum dan apa yang saya rasa terfikir. Maaf jika disentap, tersentap, menyentap, yang penting, blog ini umum.

Pesan mak Zul: buatlah apa yang ko nak buat, xperlu kesah apa orang nak kata pada kau, asalkan apa yang ko buat tu, benda yang sah disisi isalam dan tidak memalukan keluarga. hidup ini bukan hari-hari hendak memuaskan hati semua pihak, jagalah lah hati sendiri dahulu. selfish kadangkala lebih baik. serius! salam

Sunday, February 26, 2012

Sudah samapi Kampung!

Alhamdulillah, selamat sampai Kampung Lonnie!


cuaca disini teramatlah panas, suhu sampai cecah 40deg, memang panas, malam pon still panas, maybe untuk beberapa hari je, sebab esok weather forecast kata hujan + storm.

Flight ke Melbounre yang mengambil masa 8 jam, diisi dengan tidur dan termenung jauh memikirkan kehidupan mendatang, heheh. Balik dengan airasia, so paham-pahamlah macam mana seat dia, tegak berdiri je, pastu duduk dekat window, memang nak keluar kencing pon segan nak suruh lagi 2 orang ni bangun, so tidur je lah, kadangkala dengar perbualan orang sebelah ni, yang cakap cina je, mula-mula apek ni x kenal amoi tu, bila dah start sembang, dah ruper couple, pegang sana sini! hahah

x pernah ada kipas bilik zul ni, tapi sebab panas, kipas laptop pon jadi lah!

sampai melbounre around 12.15 am, so next flight pukul 8 pagi, adalah banyak masa nak diisi ni, yang bestnya dekat melbourne aipot ni, ada prayer room, memang bagus diorang ni, respect orang muslim ( tapi ada orang kata changi aipot xder tempat semayang? betul ke?) so semayang lah apa yang patot, cuma kena gilir-gilir je, sebab kecik je, n campur laki n pompuan. Bila perut lapar, kembali lah pada kehidupan lama, pergilah makan fillet dekat mcd tu, alas perut ni.

lepas subuh je, terus pergi check in, sebab dah malas nak tunggu lama sanagt, kali ni naik virgin, dah insaf naik jetstar, sebab staff dia suck+rude+racist! nasib kali ni, berat x lebih, kalo x, mcm tahun lepas, kena bayr 250$ just for xtra weight! huhuh. pastu masa cek in, pilih lah seat tepi tingkap, bila dalam flight tu, panas nyer, sebab matahari betul2 kat sebelah, tutup tingkap pon rasa bahang lagi, so selama sejam dalam flight tu, memang rasa panas, aircond pon tak terasa

bila jejak je ke kampung Lonnie, kembaliah kehidupan sebagai pelajar, nasib kelas mula selasa, isnin memang off day semester ni, heheh. samapi je rumah, bilik pon dah macam apa tah, taik tikus banyak, so seharian memebersihkan bilik, petangnya,kak Sal jempot datang rumah, apa lagi, melantak nasi ayam! sedap ! kenyang. sambil tu, melihat hasil tuaian yang ditinggalkan selama 3 bulan, hasilnya,semua pokok mati! sadis kan!
daun kesum yang semakin subur dan gemuk, tapi ni housemate yang tanam, dulu sikit je, sekarang dah membiak

pokok tomatot zul, dah berbuah lebat, tapi xder orang jaga, mati dah, tak dapat merasa langsung


kadar kemalasan sekarang sanagt tinggi, even nak masak pon malas,..............

Friday, February 24, 2012

Selamat Tinggal Malaysia!

Hari ini, 24 Februari 2012, masa unuk pulang ke Launnie................ sedihnya! sekejap je rasanya 3 bulan bercuti, semua buat kejer last minit, sekarang dah pukul 3 pagi, still tengah packing barang, sebab xder mood nak balik, buat last2 minit.

Selamat tinggal:
-makanan sedap2
-cuaca yang panas dan hujan
-kereta yang elok
-bilik air yang basah
dan.........

ahli keluarga dan sahabat yang telah bersama for this 3 months, hehhe,

dan welcome to:

-buku dan buku
-giliran memasak kembali
-cuaca yang sejuk
-tension
-tekanan jiwa! lol
-kereta yang rosak tu
-rumah ku disana
-katil kat sana yang rasa besi tu

wish me all the best, and hopefully, this will be my last year as architecture student! InsyAllah!

GONNA MISS MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!