Saturday, March 31, 2012

Mee Bandung Tak berapa nak bandung

Sebenarnya bukan mee bandung, tapi kuewtiaw bandung, mengoogle resepi dan mencari yang paling senang sebab limited dengan barang-barang, dan akhirnya.......dah rupa char kuewtiaw dah, rasa macam sedap! haha

Kopi-cino


Thursday, March 29, 2012

KLCC Terbakar!

Kecoh kat FB, tetiba KLCC terbakar, memang pon, tapi hanya cafe dia, asap sikit punya tebal, gambar ada banyak kat internet, tak berani nak tepek hak orang kan.

Tapi sebanrnya, nak cerita pengalaman masa KLCC terbakar, rasanya, ini bukan pertama kali, dah banyak kali kot, benda ni berlaku masa tahun 2007 kot, memang tak ingat bila, tapi dah lama, masa raya pulak tu, tiap kali raya je, raya kedua, memang akan bawa anak saudara pergi tengok wayang, saja jalan-jalan, pastu masa tu, pergilah KLCC, tengok citer anak mami kot, pergi malam masa tu. pergi satu kereta, ada dalam 5 orang macam tu.

masa masuk dalam pawagam tu, ada geng mat rempit ngan minah mana tah, mat rempit ni bising2, sekali minah ni sound 'mat rempit pon tengok anak mami ke'! hahah, memang lawak, tetiba dengar orang menjerit, 'terbakar, lari-lari', ingatkan main-main je, rupanya memang betul, siren tak ada pon bunyi, so kami 5 orang ni, keluar lah dari pawagam tu, bila keluar tu, asap dah tebal, memang tak nampak jalan langsung, dah lah masa tu bawak budak kecik, memang pegang tangan kuat-kuat dan lari ke exit, terus keluar dari bangunan, seram lah masa tu, memang kecoh, rupanya, pawagam tu tak terbakar, yang terbakar restaurant bawah, asap masuk dalam pawagam.

tak sempat tengok cerita tu pon, last2 pihak TGV bagi 2 tiket free setiap seorang untuk tengok mana-mana cerita yang ada, memang berbaloi kot. lepas tu, ada je kebakaran kecil berlaku dekat KLCC tu.

Wednesday, March 28, 2012

Party!

lepas je submit assigment minggu lepas, ada sorunk ni, organize end party dekat rumah dia, selalunya, budak melayu ni, jarang nak pergi, sebab biasalah, ada arak semua tu. tapi last week, memang saja nak pergi ke party tu, nak rasa pengalaman, event ni sekali dengan barbique.

yang peliknya, semua datang ni, bawa makanan sendiri untuk dibarbique, kami bawaklah sosej halal ni banyak lah jugak, kang kalau bawa sedikit, macam makan sendiri, rupanya memang makan sendiri, ada bawa 2 biji sosej je, makan sendiri, lawak pon ada, rupanya memang diorang punya budaya kot, ada yang bawa sebijik bawang, sebijik tomato, just nak barbique, untuk diri sendiri!

yang bagusnya, diorang ni respect dekat muslim, mula2 tu nak amik air punch, nasib x minum lagi, one of local cakap ada alcohol, tahu pulak dia ktrg x leh minum alchol, tapi benda ni semua pengalaman, yang penting, as muslim, pandai-pandai jaga diri. benda haram tu jangalah dibuat.

view dari rumah kawan ni, sangatlah awesomenya!

Monday, March 26, 2012

size doesn't matter



Opera duo Charlotte & Jonathan - Britain's Got Talent audition - UK version
 is super duper amazing!

Saturday, March 24, 2012

Baru March, tapi dah winter!

Sejak dua tiga hari ini, cuaca dekat Launnnie ni dah tak betul, sepatutnya, musim luruh sekarang, tapi tetiba sejuk pulak, suhu samapi 4degree, semalam dekat Hobart, dah turun snow! wowowow! inilah keadaan cuaca dekat sini, boleh jadi macampmacam, kuasa Allah, nak tidor pon kena berselubung dalam comforter ni.

Sebelum mendapat assignment seterusnya, hari ni berjalan lah, menguruskan hal telepon BB ni, dah sebulan tak boleh guna, tension betul. hari ni dekat city ada crazy sale, semua murah, tapi tak tau nak beli apa, dan datang lewat, semua barang murah dah abis.

Pagi tadi pulak, pergi ke Garage sale, abis gak lah duit harini, sikit punya jauh bergarage sale, samapi ke area ulu-ulu tu, hasilnya, belilah bread machine, 5$ jer, pastu tshirt yang berharga 1$ dan paling utama, Foosball table ni,hahaha, dah macam budak2, yang ini harganya 8$ sahaja.


stok baru sampai, tak samapi 2 bulan pon


semalam macam rajin , uli roti canai,harini breakfirst makan roti canai lah, nyum2, btw, roti ni tak jadi lembut, maybe sebab semalam, malas sanagt nak menguli , heheh

Thursday, March 22, 2012

Lepas satu azab dunia sementara

Wah! tajuk macam scary, sebenarnya, sudah almost seminggu tidak tidur dengan cukup, kemuncaknya, semalam, memang tak tidur langsung, sebab nak siapkan assignment yang kena submit, bukan 1, bukan 3, tapi dua asgmnt ! hahaha, kena submit before 9.30am today. Load asgmnt ni sangatlah banyak, sampai stress dia mengalahkan stress sebelum ini.

honestly, semalam merupakan hari yang paling tension dalam hidup, untuk menyiapkan asgmnt yang banyak giler, kena submit 3A1 panel. akhirnya, panel semua kelam kelibut dan rasa macam submit kerja yang tak semenggah. Satu hal lagi, hari ni kena present pukol 10am, dan Zul lah orang pertama! memang csntik timing, tapi disebabkan masalah printing dan tak siap2, datang lewat, pukul 10.30 baru sampai, sampai jer terus kena prsent, dan sangat trauma dapat lecturer yang paling susah nak bagi markah diduinia ini! time present blurr, sebab tak tidur, apa dia tanya pon tak paham, tanya lain, jwab lain, nak cepatkan je abis. bila abis je present, hilang beban kat bahu ni, lega dia kalah orang amik exam SPM!

Alhamdulilla, dah berusaha, sekarang, tawakal dan doa terbaik. InsyAllah lulus.Tengah memaksa diri nak tidur ni, sebab minum Monster ni, tak boleh tidor, 2 tin abis, memang air ni kuat giler, lagi satu, malam before submission jer, mesti sejuk, suhu semalam tetiba samapi 4 deg, mana tak gigil siapakan kejer. Sekarang nak tutup mata untuk tidur betul-betul, esok discussion lagi! wish me luck!

monster ni lah buat tak tidur berhari-hari, macam dadah dah!

bila submission, desktop ni pon full, byk sgt save


petang di launnie