Wednesday, May 30, 2018
Pengalaman Temuduga
Rasanya last year tu last lah saya interview, give up rasanya, umur pon dah tua, kadang2 tak tau apa panel nak, bila saya kerja gomen dulu, ramai new officer yang buat keje pon tak reti, dan saya suspicious macam mana boleh lepas interview???
Tapi ni first time saya interview berkumpulan, sebab panel nak cepat, masuklah sekali 4 orang.
Soalan Panel:
Bagaimana hendak membuat bedak sejuk?
Saya: saya tak tahu dan tak pernah tahu dan saya pon tak jawab lah.
Maybe panel nak tengok macam mana kita berfikir or ikhtiar mencari jawapan. Bila soalan ni ditanya, saya pon dah tak ada mood nak berinterview. Kebetulan ada seorang ni memamng pernah buat bedak sejuk,dia lah jawab
Soalan seterusnya:
jika kamu pegawai kerajaan dan ada kuasa meluluskan permohonan rakyat untuk kewangan (macam bantuan etc atau mohon projek). dan ada kawan kamu datang ke ofis dan mohon untuk percepat dan meluluskan permohonan, apa kamu nak buat?
Jawapan saya:
permohonan perlulah mengikut tatacara yang betul dan melalui tapisan yang ditetapkan, kawan tidak boleh hadir ke pejabat semata2 untuk meluluskan permohonan pada masa itu juga.
Jika tidak layak, permohonan perlu ditolak dan diberikan kepada yang layak
Panel:
Kamu patut tolong kawan kamu itu, dia minta tolong, kamu patut tolong, dan perlu lah mengikut prosedur ditetapkan walaupun dia tidak ikut turutan. tak kan kamu hendak tolak perminataan kawan kamu?
Saya:
Blurrrrrrrrrrrrrr......
Keluar lah bilik temuduga, rasa bodoh sangat lepas interview tu memang tak sangka dapat soalan macam tu,hahahah, ada banyak lagi benda tak logik, dan saya argue dengan panel, agaknya panel tu pon menyampah.
entah lah......
dia nak uji ke apa, lantak lah......
sekian.
Tuesday, May 22, 2018
dulu dan sekarang
weekend ada pergi ke bazaar ramadhan. agak terkejot melihat harga2 makanan yang dijual. saya bukan penggemar bazaar. sebab selalu beli memang x sedap. 99% tak kena tekak.
roti john: dulu rm3.5 boleh dapat, sekarang rm6 inti telur, sayur pon tak ada
murtabak: masih boleh jumpa rm2.50, kalau jual rm5 pon tak tentu sedap
nasi ambeng: pernah beli dulu rm5. tu pon rasa mahal. sekarang rm8. wow!
air2: rasa tak pernah beli. sebab tau rasa gula je
kuih muih: kuih sekarang dah mahal. kalau tanya yang jual tu berapa satu? jawapannya 4 biji rm2. kenapa tak cakap satu 50sen? ni lah marketing. karipap kalau beli kulit tebal, isi anging, isi bawang. kalau ada yang jual mahal skit kononnya ada ayam or daging. realitinya seketul pon susah nak jumpa
lauk.pauk: lauk memang agak mahal, kalau nak minta bungkus sayur rm2 pon memang tak dapat.
sempena bulan puasa ni, nak.order lah macam2 sambal dekat instagram. sekali postage je mahal benar.
sekian.
Wednesday, May 9, 2018
selamat mengundi
undilah sebaiknya untuk negara
jangan dikondem orang yang tidak sefahaman dengan kita
Tuesday, May 8, 2018
reunion janda
saya dah lama nak tulis pasal perkara ni. harap diambil iktibar.
slaah seorang kenalan saya yang berumur dalam 50++ (bukan bapak saya), berkedudukan dan ada rupa lah sikit.
bila dah tua2 ni. pergilah reunion kawan sekolah. mula2 bini ikut, tapi apa jadah kalau tiap.minggu reunion? dah beranak cucu pon nak reunion selalu. bila bini malas nak ikut sebab hampir setiap minggu, terbitlah orang ketiga.
lalu bercinta lah janda ni dengan kawan saya ni. dah hampir 3 tahun bercinta dan nak kahwin.
bila jadi mcm ni. anak2 jadi mangsa. jadi bahan untuk lepaskan marah. sebab terlampau asyik dengan gf baru tu.
tujuan saya cerita.sebab saya rasa sangat terkejut dengan reaksi kawan2 kenalan saya ni. di FB siap boleh tanya di page janda tu. bila nak langsung? lalu kawan2 yg lain pon komen dengan gembira. kawan2 semua menyokong dan suka bila masjid hendak diruntuhkan. sya harap mereka juga dimadukan.amin
belum lagi bakal anak tiri tu. dah tau mak dia mcm tu. sokong plak. belum kahwin dgn maknya dah minta banglo sebijik dan tertunai.lah impiannya
macam drama melayu kan? tu belum janda psycho madu dia dengan wassap yang bukan2.
sekarang kenalan saya lebihkan janda tu dan keluarga. anak2 dan bini jadi tempat lepaskan amarah.
moga cerita ini ambil iktibar. saya pon remind diri saya. lagi 5 or 10 or.... tahun lagi. perangai saya mcm mana? mohon dijauhkan.
ambil iktibar. kurangkan bersosial. avoid reunion. kenalan saya ni reunion tiap.minggu main bowling lah. lepak minum lah
pada janda tu. moga .......
tammat
Wednesday, April 18, 2018
Dim Sum Buffet : So far paling best
Next,
Sebelum nak bersalin, mak buyung request nak makan dimsum, sebenarnya masa isteri saya pregnant, saya yang teruk mengidam, atau memang kuat makan.
Ni kali kedua pergi makan dim sum dekat Hotel Putrajaya Bangi, finally jumpa buffet dim sum yang murah dan sangat berbaloi. Harga seorang RM55 untuk sabtu dan RM65 untuk ahad. Kami pergi hari sabtu, sebab beza tak banyak kot (tambah dessert).
Kalau sesiapa rajin makan HOME atau Mohd Chan, satu plate dim sum selalunya harga RM10++, memang mahal giler, kalau sesiapa peminat Dim Sum, better pergi sini.
Saya pernah try dim sum buffet yang lain, harga lebih kurang, tapi most of it, memang dim sum semata-mata, tapi dekat sini, menu termasuk chinese style food. Sumpah sedap. Restaurant ni dalam hotel bangi putrajaya, boleh google for contact, seat sikit je ada.
tengok gambar lah....
![]() |
2 kali pergi, dua kali duduk mengadap dinding. Air kosong free . |
![]() |
ni udang masak ala2 sambal dan butter prawn, butter prawn 5 star |
![]() |
Selain steam dim sum, ada juga goreng2 dim sum, semua sedap |
![]() |
saya order butter prawn ni banyak, sebab berbaloi, kalau ala cart sangat mahal |
![]() |
antara dim sum yang ada |
![]() |
ni masa 1st round |
![]() |
nasi goreng pon ada, selain tu ada meehun and mee udon |
![]() |
nampak tu ada black pepper beef, ni memang awesome |
Saya pernah cuba dekat sime darby dan plaza alam sentral punya buffet, so far, yang ni the best.
Tips:
- Order butter prawn banyak2
- pagi jangan makan ok
- jangan order chinese tea kalau nak jimat, walaupun seorang je minum, dia akan caj per head, kalau ada 10 orang, jadi lah RM2.40 x 10 pax, walaupun sorang je minum
- Jangan order melebih2, sebab masa makan tu,ada meja sebelah order banyak giler, lepastu tak abis semua, kena bayar per meal ok
- start from 11 am till 3pm kot
- parking senang dan free
- semua dim sum sedap
Monday, April 9, 2018
Persediaan Awal
Thursday, April 5, 2018
Aturan All (Finale)
Sepanjang kehamilan, memang banyak kali ke hospital. Di awal kehamilan, isteri saya mengalami 'spotting' dan perkara ini sangat merisaukan kami. Normal checkup/bulanan di buat di KPJ. Tapi bila ada spotting dan lain-lain, kami terus ke UMRA shah alam.
Isteri saya dimasukkan seminggu ke hospital, sebab mengalami pendarahan, doktor kata rahim tak cukup kuat. Dah beberapa kali juga mengambil suntikan untuk menguatkan rahim. Saya rasa sangat fobia bila setiap kali isteri saya keluar bilik air, dan akan cakap ada spotting. Risau teramat sangat.
Disebabkan masalah tersebut, doktor nasihat untuk isteri saya tak melakukan kerja berat. Disebabkan dia kerja di area Sogo, maka saya kena hantar dan ambil dia di KL bermula dari dia mengandung.
Inilah rutin saya hari-hari, penat tu memang lah, sebab terpaksa tempuh jam banyak kali dalam masa sehari. Alhamdulillah, kandungan tiada masalah.
Alhamdulillah, lahirlah yang dinanti-nanti yang diberi nama ALI . Moga membesar menjadi anak yang soleh. Insyallah.
Saya ibaratkan proses kehamilan isteri seperti memegang kaca di tangan, jangan dijatuhkan atau terjatuh, perlu dijaga sentiasa bagi tempoh 9 bulan tersebut dan persaanya, hanya Allah yang tahu. Pengalaman pertama banyak mengajar erti kehidupan dan masih belajar sehingga kini