Akhirnya, selepas 24 tahun, berjaya jugak untuk bermain snow, tahak kejakunan memang sangat tinggi, tapi as usual, kena pandai cover lah,hahaha. Semalam pergi ke Ben Lomond, about 1 hour from Launceston, agak dekat lah jugak, ada dalam 40 orang pergi, naik dua buah bus comel, ada budak2 vietnam join sekali, so memang ramai lah, berkumpul sikit punyer awal pukol 7.30am.
|
ni otw ke atas puncak, jalan dia memang berbahaya |
Tahun ni memang pelik sikit cuaca, snow turun awal, kalau sebelum ni, turun dalam july, but dis year, awal lah sikit, jalan kegunung tu , memang sangat lah gerun, sumpah! sangt bahaya kalau bawa kereta sendiri, nasib baik naik bus, itu pun dah cukup gerun.
|
samapi ke atasjugak! |
|
mr snow man |
masa dah masuk park ni, dah nampak snow sikit2, ingat snow dah banyak cair, tapi bila sampai puncak, Ya Allah, seronoknya! jakun 100%,terus nak sentuh ais tu, seronok giler, hahahaha
sejuk sangt2 kat atas tu, tapi masa tu, hujan renyai2 lah pulak dan foggy, memang x nampak sangat, lepastu, ramai2 pergi main toboggan, slide turun cerun, memang kelakar, nak naik balik ke atas tu yang penat, sebab ais licin, asik tergolek je, kaki terjerlus masuk ais tu banyak kali ah, kalau tengok orang tergolek, dah normal.
dalam pukul satu tu, break lah kejap, pergi makan, ramai bawa makanan sendiri, pastu buat mcm potluck, nasib baik ada bawa cekodok dari rumah, abislah jugak, makan nasi arab dgn kambing, ada pakcik arab bawa, memang sedap sangat2, lepas makan ramai2 jemaah solat zuhur, sembahyang dalam snow+hujan+berangin, satu pengalaman baru, orang putih pon tangok pelik je,
|
ni nak pergi area main ski dan toboggan |
lepas tu boleh lagi main snow, buat snow man, main slide lah, kalo nak ski mahal, dalam 120$/day, itu maybe next year lah, kena kumpul duit, dalam pukol 2.30 kumpul balik dan pulang lah, Balik terus bagi tau mak,hahaha, kata jaukun kan, lepas tu mak cakap: this is what u want kan, appreciate it and study hard!",
hiba dengat ayat mak ni,ye lah, yang pergi jalan2 ni guna duit parent, uhuh. tapi memang best! esok nak g sydney lak! here i come! woot! woot!
|
ni lah busnyer, tambang dalam 11$ return, pastu masuk ben lomond kena 11$ lagi |
|
yang ini, pakcik salji, budak2 msia buat |
|
otw ke puncak lagi |
No comments:
Post a Comment