Friday, August 17, 2012

Moga Tenang disana Sahabat

Saya masih dalam keadaan terkejut dengan pemergian sahabat saya, bukan saya sahaja, malahan semua batch kami sangat terkejut. Arwah seorang yang sangat aktif dalam silat dan beliau sememangnya seorang yang disenangi oleh kami. Bila arwah dah tiada,terus teringat kenangan dengan dia masa bersekolah. Sungguh hiba.

Kebetulan, 2 hari lepas adalah bday arwah yg ke25, dan beliau baru sahaja balik dari Sarawak sebab dihantar menguruskan projek disana, tak salah saya beliau bekerja di Syabas, dan masih ingat dia ada cakap dia dapat kejer disana, beliau merupakan bekerja sebagai QS dan saya dalam bidang architecture, dan kadang kal bila jumpa, ada bicara juga berkaitang perjara-perkara ini.

Apa yang saya dapat info, arwah ni demam sekembalinya dari sarawak, lepastu dia tak nak pergi ke klinik, apabila makin panas, keluarga bawa ke hospital dan keadaan dia makin teruk. terus dimasukkan kedalam ICU dan Allah lebih menyayanginya. Beliau meninggal di malam 27 Ramadhan dan dimalam jumaat. Beliau meninggal disebabkan oleh jangkitan kuman pada paru-paru. Ini sahabat kedua yang meninggal, tahun lepas, sahabat dari batch saya juga meninggal sebelum raya.

Sedih memang sedih, bila doakan arwah, hati ni jadi sayu, airmata saya mengalir ingatkan sahabat, ini sudah sampai ajalnya, perjalanan beliau hanya sampai disini,  budi pekerti beliau yang baik akan sentiasa diingati oleh sahabat lain, beliau pergi dalam bulan yang mulia dan moga kau tenang disana sahabat.


AlFatihah 

Mohd Fitri
Arwah yang ditengah

2 comments:

umiyumi said...

Alfatihah.. Allah lebih menyayangi arwah.

Zulfadly said...

amin