Akhirnya, menanti selama sebulan, dan ALHAMDULILLAH, berkat doa semua, saya lulus! dan INSYALLAH saya akan berkonvo pada minggu hadapan. Badan masih penat, semalam baru balik dari New Zealand, bercuti sakan, dapat result pun dekat sana, nasib lulus, kalau tak, mau terjun bungy 10 kali kot.
Berjalan melihat negara orang, berjumpa manusia pelbagai ragam, menjadi saya amat bersyukur dengan kehidupan saya, walaupun result saya tidak lah terbaik seperti orang lain, tapi bagi saya, saya teramat bersyukur dengan rezkiNya.
Setiap jalan KITA ini berbeza tapi arahnya tetap sama, hampir kepenghujung dalam menghasikan master ini, dan sedikit langkah lagi untuk meneruskan lagi perjalanan ini,dan IAllah, saya akan membuat termampu.
Rasa tak sabar nak tunggu parent datang minggu depan, bila dapat result dan lulus, rasa sebak je, ingat arwah nenek, kalau dia ada, mesti dia bangga dengan saya, tapi saya percaya, doa dia sentiasa bersama saya mengiringi kehidupan ini.
dan terima kasih banyak-banyak pada mereka yang medoakan saya, terutamanya akak-akak di blog ini, terima kasih banyak-banyak, dan tidak lupa pada mereka yang berada diseliling saya, kawan yang jauh dan dekat, yang sentiasa dikacau oleh saya, untuk tanya pendapat, mintak drawing, mintak tolong buat drawing, dan macam-macam lagi lah, dan yang sudi mendengar keluh kesah saya selama berada disini, anda semua kurnia terbaik dariNya untuk saya, walaupun ada antanya saya tidak pernah langsung bersua, terima kasih.
Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat! terima kasih!
9 comments:
alhamdulillaaahhh...!!!
kudos to u...
Alhamdulillah and congratulations for a job well done!
Alhamdulillah...congrats :)
-Kak fairy-
tahniah dik... alhamduillah... akak tumpang hepi
tahniah Zul... berbaloi
Alhamdulillah.. tahniah Zul. k umi tahu Zul mmg boleh sukses punya. selamat berkonvo ya..
Insyaallah mana tahu satu hari k umi perlukan khidmat arkitek, bolehlah cari Zul :)
mintak proofread takde?
congrats ! :)
Alhamdulillah! Congrats Pali! Slmt bkonvo..tnt best sbb Parents dtg..:)
Post a Comment