Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Langkawi : Makan di Hole in the wall

Minggu lepas ada another interview lagi dengan gomen, jumaat interview, isnin dah keluar result, saya batch terakhir diinterview, tak ada rezeki nak kejer gomen, rasa give up dah nak pergi interview, sebab habis gaji kena potong pergi interview kan, heheh.

Sambung langkawi trip: sebab kawan saya ni anak orang kaya, so nak makan kedai mahal je, salah satu tempatnya ialah di Hole in the wall, reataurant terapung ni, dikelilingi oleh sangkar ikan. jangan risau, kedai ni halal, sebab melayu punya

nak ke sini, kena ambil bot dari jetty, saya tak ingt jetty apa, tapi dekat dengan galeri perdana jetty ni, dan kalau dah samapi jetty, kena call restaurant ni untuk ambil. Ni part yang mahal, sebab kami berdua, so dia dah inform awal2, kena makan minimum bil RM100, kalau ikutkan saya, memang tak lah, tetapi anak orang kaya ni nak makan situ, ikutkan je lah. hahah

Menu dia macam biasa, restaurant seafood biasa, agak jenuh nak pilih makanan nak cukupkan rm100, harga agak mahal juga, tapi pengalamaan tu yang sangat berharga. Order nasi goreng, senang cerita, tak sedap langsung, tapi chili crab , kerabu mangga dan butter prawn sedap! rasa menyesal order nasi goreng, dah lah rm20 sepinggan, hehehe

kalau nak ikan fresh pon ada, ada dalam sangkar, harga ikut berat. so tengok lah gambar.

tu lah restauranya, naik bot dari jetty dalam 5 minit







lauk di order, kalau makan sini, jangan order nasi goreng, memang tak ada rasa langsung

Add caption

boleh pilih ikan dalam sangkar

Sunday, November 10, 2013

Sungai Sembilan Cuti-Cuti

Ini trip last week, kalau dekat launnie dulu, for sure akan berjalan je setiap minggu, al maklumlah, pelajar sepenuh masa. So memang plan nak pergi dekat-dekat je, kebetulan Nekcik dan Kak Yan ada citer pasal family trip ke Jeram tu, so saya pon rasa macam best je nak pergi situ, try nak book apartment macam kak yan cerita, but fullllllll until next year (weekend only), so kami book tempat lain, satu tempat baru je bukak last month, harga tengah promosi, not bad, memang sangat puas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Dekat je rest house ni dengan apartment yang full tu, memang dalam kawasan kampung, baru siap dibina, ada 4 unit, kami ambil satu unit je, ada 2 bilik, dan boleh parking depan rumah, heheh.

Malam tu, pergi makan di Jeram tu, pergi ke medan ikan bakar, servis super slow, sejam lebih baru sampai air dan makanan, dan masa kami sampai, orang pon tak ramai, sama ada dia terlupa, atau .........., bila tanya baru lah nak buat, memang slow, makanan semua sedap, dan harga berbaloi, kalau siapa nak pergi, duduk lah tempat berbumbung, sebab musim hujan.








Rest house yang kami duduk, Wasalfa Rest House Sungai Sembilan, boleh contact kak Effa : 0123550098


tenang suasana kampung

pantai remis


Pagi esoknya, kami cari breakfirst seperti kak yan tulis dalam blog, dalam 15 minit dari rest house kami, tapi sampai lewat sikit, roti canai dah abis, nasib ada nasi lemak, sedap sangat nasi lemak dia, teringat nasi lemak masa duduk kampung semarak dulu.
nasi lemak sedap sangat!!!!


Dah makan, pergi pasar dekat kuala selangor, memang fresh semua, harga agak murah juga, banyak juga diborong disitu untuk dibawa balik.


OTW balik ke rest house, singgah makan cendol bakar, saya dah tau lama cendol ni biasa je, bakar tu nama owner, nak kata sedap, biasa je, tiada yang sedap pon, ok2 jer. Sedap lagi cendol karim seksyen 9 , hehe.


Petang before balik, singgah pantai remis, beli segala kerang yang ada, murah-murah, tapi lagi murah di pasar kuala selangor tu. dan begitu lah, habis percutian singkat dan sangat best! seminggu makan seafood. hehe. Hanya 45minit dari Shah Alam.


* terima kasih pada semua komen, saya baca, tp x sempat nak reply, yang tanya perfume, boleh cek FB sebelah blog ni, tq (blog ada masalah denagn navigation, if ada sesiapa tahu nak buang, inform saya)