Showing posts with label Launceston. Show all posts
Showing posts with label Launceston. Show all posts

Friday, August 9, 2013

Eid Mubarak !!!

Selamat Hari Raya semua, kejap kan masa berlalu, Alhamdulillah, tahun ni, dah beraya kat Malaysia, selama 2 tahun (kejap je) beraya kat tempat lain, akhirnya dapat makan puas2. hahha

Saya raya di shah alam, raya dengan mak apak je, pastu baru lah gerak balik kampung, Key Ell (KL) di setapak, tu lah kampung saya dari kecik, kalau tak dulu raya dekat kampung semarak, dah kena roboh, raya lah shah alam, petang ke rumah makcik di cheras.

dah besar ni, raya memang tak meriah, pergi umah nenek, saudara semua kecik-kecik, pastu perempuan pulak, nak sembang apa, yang lelaki semua duduk UK, tu kurang meriah, petang pergi umah makcik baru meriah, sebab semua sebaya kan, kecik2 semua satu geng, bakar mercun, main bunga api, gi beraya sama-sama dan banyak lagi lah.

Kalau raya umah nenek, menu special mestilah putumayam + kari daging, saya tak berapa minat sangat, bapak saya memang suka, memang makan banyak. kalau umah lain, menu sama je, lontong dan lain-lain.

raya ke-2 dah ada kat shah alam, aman sungguh sekarang, kereta takde, boleh tidur, tu sebab banyak kes pecah rumah, tadi ada stu rumah kena masuk pencuri, malam raya petronas kena rompak, haih! apa nak jadi, orang melayu yang rmpak petronas tu.

Mestilah benda paling diingati, raya dekat perantauan, pukul 6 pagi!!! dah solat raya, pastu time winter, menggigil nak takbir , pak arab takbir raya laju je, takde lah nak mendayu macam malaysia ni. Lepas solat je, ada makan2, makan non stop, macam2 menu ada, malam raya akan bergotong royong masak, rasa macam seronok ramai-ramai, sebab saya family kecik, so kurang rasa macam tu, bila buat kerja ramai-ramai, mesti rasa seronok, tapi apa pun, raya dengan mak apak lagi ultimate bahagianya. Alhamdulillah.

so far, kutipan duit raya amat mengecewakan! hahah, adalah dapat total rm65 , tapi saya banyak lah abis duit, bagi ke budak2, takkan lah yang besar2 nak bagi bawah rm10, so saya ikut logik, ada rezki skit, jual perfume, kalau tak, memang salam je lah. heheh

selamat hari raya

menu wajib: putumayam

menu standard

raya ke-2 cari mamak, semua tutup, pusing2 jumpa satu bukak di tesco. 
last year, masa ada makan2 di city park, untuk raya celebration

Selamat hari raya!!!!

Monday, January 14, 2013

Malaysia Hall Launceston

Harini merupakan hari terakhir duduk dirumah ini, selepas dua tahun, akhirnya tamat lah riwayat rumah ini ditangan kami berlima. Saya hanya datang duduk 2 tahun je, Alhamdulillah, banyak boleh dijimatkan, sebab mereka yang lagi empat, telah membeli keperluan rumah, saya datang bawa baju je lah, tak perlu lah nak beli peti ais ke , mesin basuh ke. Dan wajiblah saya kena duduk sampai habis kontrak, untuk menjadi cleaner. Penat badan ni, kereta pon dah bau busuk, bawa masuk sampah, dah macam van sampah dah.

Rumah yang saya duduk ni, masa mula-mula masuk tu, memang selalu lah dijadikan markas penduduk malaysia untuk membuat sebarang jamuan or gathering, tu ramai gelarkan as Malaysia Hall Launceston, rumah ni boleh consider rumah yang besar, dan agak selesa untuk membuat aktiviti. Ada dua tingkat dan lima bilik, 3 bilik air, bila besar, agak susah nak maintain, banyak lah duit habis jugak nak ganti benda-benda rosak dalam rumah ni.

Bila dah 2 tahun duduk sini, mestilah rasa sayang nak tinggalkan, sayu je rasa hati ini, esok kena keluar dalam pukul 10pagi, pastu pergi bagi ejen kunci, dan menumpang lah kerumah orang lain, merempat untuk seminggu, before balik ke Malaysia for good.

Barang pon banyak sangat dah buang,kemas banyak kali pon still banyak lagi barang, nak tak nak terpaksa lah membuang barang itu juga.

Dan Alhamdulillah, hari ini, melangkah ke umur yang baru, 14/1, makin tua, dan IAllah, tahun ini, memulakan kehidupan dan harapanya, dihujung tahun ini, sesuatu yang baik berlaku untuk sebuah kehidupan lain, IAllah, hanya merancang, dan Dia yang menetukannya. Terima Kasih Abg Kerol n famili, Ziq, sara, kuna n qil buat suprise tadi, serius terkejut + malu! hahaha. Banyak lagi diri perlu diperbaiki, paling penting, mengurangkan cakap banyak, azam dah bertahun, tapi still masih cakap banyak. Terima Kasih!


makan ramai-ramai

lepak tengok my kitchen rule dan masterchef oz, pastu try resepi

medan memasak, rindu akan dapur ini nanti

spiral staircase yang selalu terhantuk, kalau duduk 10 tahun, sure saya hilang ingatan

chimney yang jadi peneman buat esaimen time winter

rtempat buat roti canai, dah basuh yer, hehe


malaysia potluck
Kenangan yang mewarnai sebuah kehidupan di dunia 


Kak  ummi: IAllah saya balik Malaysia lagi 2 minggu, bercuti ke Sydney dulu next week before balik Malaysia

Thursday, July 19, 2012

Roti Canai+Winter+Class+Ejen

Esok bermulalah sesi persekolah untuk saya, sebab semester ini, hanya satu subjek, dan kelas hanya pada hari jumaat sahaja! dan esok kelas pertama, agak leceh bila kelas hari jumaat ni, sebab nak pergi solat agak susah, tapi itu semua cabaranlah kalau duduk diperantau ini.

Sekarang masih winter, nak main snow pon tak dapat, sebab asyik hujan jer, snow banyak dah cair, tak tau lah if bulan puasa ni nak pergi main snow pulak ke. Semalam suhu tetiba panas malam, tak yah pakai winter jacket pon, sebab rasa panas, dekat sini hujan non-stop dah seminggu, baju semua susah nak kering, ambil masa lama lah nak kering.

Dan tinggal sehari sahaja lagi, Ramadhan akan bermula, rasa tak sabarnya nak bermula puasa, saya selalu mengharapkan dapat perbaiki diri , mudah-mudahan.dan esok ada majlis ketuk-ketuk ramadhan, ada seekor kambing ditumbangkan, dan kami akan bersolat terawikh bersama-sama malam esok dirumah penghulu penduduk melayu disini.

Hari ini, masih cuti, buatlah roti canai, sebab rasa nak makan, ingat nak jual masa multicultural night minggu depan, tapi malas lak nak uli banyak-banyak kam, pastu kalau jual 2$ pon orang kata mahal, tak kan nak jual 50cent, nak sama harga dengan Malaysia, memang rugi lah! hehehehe,

lupa lak, semalam inspection rumah, dekat sini, 3 bulan sekali agen datang nak cek if ada rosak ke tidak dalam rumah, rumah ni dah banyak rosak, semalam sebok lah menyorokkan apa patot, kalau tak, semua kena ganti, ejen tu takde nak bertanggungjawab, walaupon bukan kami buat, dan satu hal, kalau datang rumah, mesti pakai kasut masuk dalam, kali ni, kami dah tampal sign depan tu suruh remove kasut, but still pakai, memang tak makan saman! haih!

roti telur


dallllllllllll

teh tarik!

dah besar-besar ni pon tak reti baca! ejen oh ejen

pokok bawang je tanam


rumput pon kena potong, kalau tak , ejen tu nak upah gardener dan kami kena bayar

Friday, June 10, 2011

Winter Break ! + Soping!

Zul nak citer pasal kehidupan disini, sememamngnya, dekat sini kawasan kampung, kalau nak compare ngan Malaysia, maybe mcm dekat taipng + kuching, sangat bosan, kedai semua tutup pukul 5 petang, lepas tu, xkan ada kedai yg buka, kecuali KMart dan coles, 2  kedai ni lah yang menadi syurga membeli belah student2 sini,hahaha, kelakar lah jugak,soping disini bermaksud membeli barang makanan, memang itu adalah aktiviti utama disini bila masa lapang.
So semalam pergi lah keluar, sebab dah cuti dan bosan tahap gabanyer, keluar dalam kol 12 tghri mcmtu, sebab utama nak g settle kan bank, ada masalah, duit kena songlap dalam akaun, lepastu pergi lah Dimmeys ni, kedai ni dah nak tutup, sebab x laku, dia mcm jusco lah, semua ada, tp semalam pergi, barang dalam ni rasa zaman 70an punyer, xtau lah if dia keluarkan stok lama ke, tp memang serius lama punyer barang,hahah, pastu siap boleh terjumpa mee segera brand malay goreng,hahahahah

malay goreng but made in asutralia

lagi satu, kalau keluar, selalu g vege shed atau green grocer kat sini, sebab beli sayur, murah2 gak lah, walaupon mahal if convert, contoh, serai, 3 batang tu, dekat 4$, kalau convert RM12, mahal tu, pisang sini paling mahal, $13 sekilo, memang x beli lah, beli epal je murah,
semua kedai ni, terletak dekat Mowbray, kena naik bus dr umah, 1 day trip $3, ok lah, so lepas abis tu, g naik bus ke city, tgk barang2 ada yg sale ke x, sini kalau sale, memang murah, lagi2 perfume, singgah jap satu-satunyer kedai melayu kat sini, Ali Asian Cafe, owner dia orang afghanistan n wife dia orang melayu, Kak Liza namanya, sangat lah baik, dan ada anak2 yg sgt comle, konpem besar cantik,heheh

level 2 is my stock lah, dah x muat, kena letak bawah sekali juger

Kat city pon x beli barang banyak, sebab duit dah kurang kan, destinasi terakhir g lah ke coles n kmart(sebelah sebelah je) nak beli stock yang dah abis. semalam Milo murah,apa lagi, rembat lah, tu lah idup kat sini, soping adalah pergi supermarket, kalau kat Msia, memang malas nak ikot mak pergi, kat sini, terpaksalah, rindu pulak mak!
view otw ke coles n kmart, nampak skool saya ujung tu

Saturday, May 21, 2011

Cepatnya Malam

Sekarang pukul 5 je dah gelap, malam sgt panjang, rasa mcm tension je, al-maklumlah 1st time mcm ni,
ini masa lepas abis kelas, dalam pukol 5pm! malam dah

Wednesday, April 27, 2011

Cataract Gorge Hiking and City Park Picnic

semalam, hari ke 6 cuti for easter, so, disebabkan tiada benda nak buat, dan tinggal di kampung Launceston ni, sangatlah boring, my fren pon ajak lah pergi hiking kat Gorge, Gorge ni memamng famous dekat sini, sebab sangat cantik dan jadi main recreation park here. Kami pergi pagi2 untuk hiking, (xdelah hiking sangat pon, mcm naik bukit biasa2 je) pastu lepas abis tu, terus g city park untuk berpicnic sambil berborak sakan, so let's enjoy d pix's here.
ODW to Cataract Gorge-20 minutes from my house-walk


budak ni buat gaya ucop wilcha

Cataract Gorge from Duck View


dulu pool ni bersih, sebab last month sini banjir, pool ni pon tenggelam sekali.