Showing posts with label tassie. Show all posts
Showing posts with label tassie. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

Masak

Kalau masa duduk launnie, memang wajib tengok 2 cerita ni, My Kitchen Rule and Masterchef AU, lepas makan malam memang tercongok depan TV kecik kat dapur.

MKR ni kalau terlepas, boleh tengok balik kat website dia, bila dah balik sini, memang wajib juga tengok, kebetulan kak Ummi pon komen pasal MKR ni jugak, tapi tak boleh tengok dekat website rasmi MKR, sebab only availabe dekat ausie je, nasi ada channel lain boleh tengok.

MKR ni lain skit mcm masterchef, sebab game dia lagi best, yang masuk pon bercouple lah, so far baru ada masa tengok episod 2, kalau season lepas, memang tengok peserta asian tu, rasa menyirap je, yang peserta india pulak, masak pon tak reti, ok, sambung tengok, malas nak pikir kejer, walaupun esok bos nak proposal LRT!!! hilangkan stress jap

lama tak masak, sebab feel lain, kat sini mak masak lagi best dari masak sendiri.
ni juri 2 orang, cakap sopan je bila komen


*kak ummi: yang tassie tu student UTAS, hot kan, haha

Friday, August 9, 2013

Eid Mubarak !!!

Selamat Hari Raya semua, kejap kan masa berlalu, Alhamdulillah, tahun ni, dah beraya kat Malaysia, selama 2 tahun (kejap je) beraya kat tempat lain, akhirnya dapat makan puas2. hahha

Saya raya di shah alam, raya dengan mak apak je, pastu baru lah gerak balik kampung, Key Ell (KL) di setapak, tu lah kampung saya dari kecik, kalau tak dulu raya dekat kampung semarak, dah kena roboh, raya lah shah alam, petang ke rumah makcik di cheras.

dah besar ni, raya memang tak meriah, pergi umah nenek, saudara semua kecik-kecik, pastu perempuan pulak, nak sembang apa, yang lelaki semua duduk UK, tu kurang meriah, petang pergi umah makcik baru meriah, sebab semua sebaya kan, kecik2 semua satu geng, bakar mercun, main bunga api, gi beraya sama-sama dan banyak lagi lah.

Kalau raya umah nenek, menu special mestilah putumayam + kari daging, saya tak berapa minat sangat, bapak saya memang suka, memang makan banyak. kalau umah lain, menu sama je, lontong dan lain-lain.

raya ke-2 dah ada kat shah alam, aman sungguh sekarang, kereta takde, boleh tidur, tu sebab banyak kes pecah rumah, tadi ada stu rumah kena masuk pencuri, malam raya petronas kena rompak, haih! apa nak jadi, orang melayu yang rmpak petronas tu.

Mestilah benda paling diingati, raya dekat perantauan, pukul 6 pagi!!! dah solat raya, pastu time winter, menggigil nak takbir , pak arab takbir raya laju je, takde lah nak mendayu macam malaysia ni. Lepas solat je, ada makan2, makan non stop, macam2 menu ada, malam raya akan bergotong royong masak, rasa macam seronok ramai-ramai, sebab saya family kecik, so kurang rasa macam tu, bila buat kerja ramai-ramai, mesti rasa seronok, tapi apa pun, raya dengan mak apak lagi ultimate bahagianya. Alhamdulillah.

so far, kutipan duit raya amat mengecewakan! hahah, adalah dapat total rm65 , tapi saya banyak lah abis duit, bagi ke budak2, takkan lah yang besar2 nak bagi bawah rm10, so saya ikut logik, ada rezki skit, jual perfume, kalau tak, memang salam je lah. heheh

selamat hari raya

menu wajib: putumayam

menu standard

raya ke-2 cari mamak, semua tutup, pusing2 jumpa satu bukak di tesco. 
last year, masa ada makan2 di city park, untuk raya celebration

Selamat hari raya!!!!

Tuesday, June 4, 2013

Submission _

Sekarang ni, kawan-kawan dekat launnie, semua dah habis submit kot final project. tengok status semua macam lega je, teringat balik time submission ni, rasa macam cemas je. Nak tidur pun tak boleh, padahal masa banyak je sebelum tu, buat kerja last minit.

tu belum bila nak stay up, minum air mother lah, monster lah, nescafe lah, supaya tak tidur, kesannya seminggu menggigil nanti, overdose caffeine! nasib tak arwah.

Masa submission 4th year dulu, nak submit subjek abang jep ni, buat kerja tak tidur, masa buat group, tetiba malam tu, file corrupt! pukul 8pm dia corrupt, pukul 8am nak submit, masa tu dah rasa give up dah, langsung xde backup, tapi submit juga.

Masa buat kerja dengan partner, submit petang, before pukul 5pm, pukul 4.55pm siap, submit online, pastu dengan tak mandi, selekeh serabai, time winter pulak, pakai selipar je, buat larian pantas (laju ok!) ke skool! nasib lah on time, akhirnya submit juga, tapi kesannya, result memang teruk. hahaha

lagi satu submit subjek abg jep, kena submit pukul 5.00pm, so buat macam draft dulu, submit pukul 5pm, tapi malam tu still buat lagi assignment tu, sebab lecturer selalu ambil dekat drop box tu pukul 8.00 pagi, pukul 7.00am dah terpacak dekat skool,korek balik semua assignment, sambil seorang lagi jaga pintu, takut lecturer dah sampai, dah rupa perompak,tengah nak tukar tu, lalu slumber je abang jep dekat belakang tu, nasib lah dia tak deduct markah, memang kantoi depan-depan.

Masa 5th year, nak pergi printing, masa tu time winter, nak submit pukul 8am, pukul 7.30am baru siap dan terus nak print, tapi lupa pulak, pergi parking kereta kat luar, tak masuk garaj, so kesannya, kereta beku diluar, satu hal nak jirus kereta dengan air, buang masa, nak bawak langsung tak nampak, malam tu suhu negatif, kaki tu dah pedih sejuk, sebab pakai selipar, tapi yag tu memang hantar lambat lah.

dan lagi satu, bila submission je, malam tu akan sejuk menggila! sejuk giler ok! buat kerja dalam selimut, mana tak score nya, haha


so moralnya disini, buat kerja awal-awal, tapi rasanya buat last minit baru style kot!hahah

sekarang tak de nya nak sketch, asik ngadap komputer je hari-ahri

rindu pulak rumah ni, walaupun sejuk, tapi..........

hari2 lalu ni nak g skool


Friday, March 29, 2013

Impian dan Harapan



Tajuk ada sikit macam drama melayu kan, haha, saya ni, sejak habis belajar, macam-macam benda nak buat, banyak sungguh dream jobs saya ni.IAllah, salah satu atau lebih akan menjadi kenyataan.

1.Barista!!!
rasa macam cool giler bila buat kopi,walaupun guna mesin biasa je,bila minum kopi, tengok diorang buat, rasa teringin pulak, siap google nak ikut kursus barista di Malaysia ni, terjumpa satu web, kalau nak formal dan ada sijil, bayaran dalam RM1000, maybe lepas dah kerja, boleh lah kut, buat masa sekarang, tengok utube je lah.

2.Berniaga
dalam otak ni, macam-macam nak berniaga, jual perfume sekarang pon slow je progress dia, ada hati nak buat bisnes lain, tapi biasalah kan, bisnes mula-mula ni slow lah, IAllah, lama2 ok lah.

Saya memang teringin nak buka kedai mcm KMART dekat malaysia dan juga nak buka my own cafe/kopitiam ke, dalam otak dah ada menu, konsep, dah design pon dah layout, aim nak jual dengan harga murah, tapi still ada untung (boleh ke??)

3.Travel
ni paling top lah kiranya, tapi buat masa sekarang,tengah pokai, so duduk rumah jadi driver lah.

4.Kahwin
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5.Own FIRM!
yeah! ultimate dream! ini banyak kena rancang, tapi tiada mustahil, kena slow-slow dulu, nak dapat title AR tu lama lagi, tapi buat masa sekarang, boleh rasanya buat small project ke, mana tau, perniagaan ambil masa lama nak berkembang, Doakan saya dapat buat benda ni

Dan sebenarnya, saya rasa ralat, banyak lagi tempat menarik di TAsmania yang saya tak pergi lagi, antaranya cradle mountain, blue lake, maria island dan wine glass bay!!! argh!!!!!

cradle mountain



maria island
blue lake

wine glass bay
all images taken from Google

yang ini bisnes saya, meh beli, hahah



Wednesday, February 13, 2013

GA: Makan di Tassie

Terima kasih yang sertai GA yang pertama, masih sempat na join, jumaat malam saya inform siapa yang dapat.

Kali ni nak post makanan yang dibedal semasa di Launnie, ada masak ada makan luar, balik Malaysia, memang makan luar je lah, nak masak tiada keinginan, haha. Balik-balik je haritu dah pergi mamak, harga naik ok! teh ais naik dari1.50 ke 1.60, roti canai dari 1.00 - 1.20! walaupun naik, still murah lah jugak kan. Kalau sedap, mahal pon tak pe, kalau murah, tapi tak sedap dan sedikit, agak tidak berbaloi disitu.


kalau mengidam nasi lemak, memang terus je masak, guna belacan penang, sedap belacan tu

tempura set, $11/meal

ni makan banquet dekat Bento sushi, bayar $18, makan lah sampai tak mampu,

terkenal dekat Tassie, Scallop pie, 

before balik haritu, teringin nak makan nasi goreng kicap, resepi ni pon google kat tenet

flip burger! susah nak makan, sebab besar!!

Tuesday, January 29, 2013

Good Bye Australia!

malam terakhir dibumi Australia, selepas 2 tahun, akhirnya balik lah ke pangkal jalan! hehe

Alhamdulillah, semuanya selesai disini, dan balik mencari kerja, Di Sydney masih hujan non stop since semalam, dan agak sukar nak berjalan. Pastinya, lepas ni, saya akan rindu lah Ausie ini, especially, Tasmania or kampung Launnie!!!

if orang tanya dari mana or study mana, kalau cakap launnie je, terus diorang cakap kampung, bosan, nature, jauh, ada apa situ?, hulu dan macam-macam lagi lah. Semua dengar cerita dari orang lain kot. hahah. Tassie best kot!!!

ok, terima kasih untuk 2 tahun yang indah di tassie!!



Gambar semua diambil masa 1st week di Tassie, pergi kutip berry liar, jalan kaki jauh giler! dan mendaki gorge dan lepas tu dah tak buat dah! yer! semua ini pastinya akan dirindui!








malin purple:yer, ini blog lelaki, hehe
kakyan:esok balik Shah alam, hehe


Sunday, August 26, 2012

Jatuh Cinta!!

Saya rasa saya sudah jatuh cinta, tetiba perasaan ini rasa lain je, memang sah lah saya sedang dilamun asmara, hahaha, ayat sungguh geli! sebenarnya, sejak akhir-akhir ini, saya rasa saya sudah mula sayang Launceston, saya rasa sangat tenang dan aman duduk disini. memang kawasan ini sangat kampung, tak banyak hiburan, tapi benda itu lah yang buatkan ianya seronok untuk tinggal.

Penduduk disini memang ramah, walaupun yang racist tu lagi banyak, memang budaya mereka, jika jumpa orang, akan bertanya khabar, kalau bayar dekat cashier tu, mesti akan bersembang, mereka tak pernah masam muka, tak macam cahsier di Malaysia, dan mereka bila kita mintak tolong, mereka akan tolong bersungguh-sungguh. Banyak juga kejadian yang membuatkan saya respect budaya mereka.

Disini kalau weekend, banyak kedai tutup, sebab mereka suka duduk rumah bersama family dari keluar berjalan-jalan, kedai pon bukak samapi pukul 5 ptg je, malam memang mereka duduk rumah, melainkan malam jumaat, mereka berparti.

dan paling ketara, mereka memang suka cakap ayat manis, dan suka memuji, sebab mereka sangat apreciate setiap hasil kerja kita, walaupun ianya sangat teruk, bila ditulis disini, bukan bermakna segalanya dimsia adalah teruk, tapi ianya membuka mata saya untuk memperbaiki diri, sedangkan saya ni, Islam dan Melayu, byk sungguh tabiat buruk, tapi mereka yang berlainan agama, masih mempunyai sifat menghormati tinggi sesama manusia.Hanya pendapat seposen saya.

Dan benda paling saya suka, berjalan ke city, wlaupun jauh, tapi bila jalan memang seronok, tak rasa penat sebab view yang cantik. Jalan pon tidak jam denagn kereta, kalau jam, maknanya kawasan ni dah maju! hahaha

Saya memang sarankan kepada sesiapa duduk ausie, datang lah ke Tassie ni, dan yang nak melancong pon, datang lah sini, saksikan ciptaan Allah, sanagt indah,tak perlu ke NZ, hehe. Saya akan merindui Tassie, my love now!
tengok tangga ni, teringat dalam movie

jalan memang sentiasa lengang macam ni

kalau dekat city, orang memang tak ramai

banyak bangunan lama yang masih dikekalkan, not like Malaysia, honestly!

dirumah


city park, dah tanda2 spring



*saya sentiasa berdoa, jika dia ditakdirkan untuk saya, moga Allah dekatkan hatinya dengan hati saya, satu langkah kecil, IAllah, memberi satu ruang yang besar untuk masa depan saya, Amin.

Tuesday, July 31, 2012

Sahur dalam Kesejukan

Memandangkan keadaan cuaca disini sangatlah sejuk, so bila nak sahur memang lah liat nak bangun + malas! Since Ramadhan bermula, saya memang agak susah nak bangun, sebab sejuk sangat, suhu sekrang pulak asyij nak negatif memanjang, selalunya saya sahur minum air masak jer, sebab malas nak masak.

Tapi sebenarnya, lepas solat terawihk jer, saya terus masak, tengok lah tahap kerajinan dan barang yang ada, macam hari ini, rasa nak makan kueh tiaw pulak, so masak lah tadi.




Sejak bulan puasa ni, rasanya berat badan naik mendadak lah kot! sabtu lepas makan ada jamuan berbuka dengan pendudk malaysia sini, macam-macam juadah ada, tapi tak ada lak gambar, ada popiah goreng, apam balik, karipap, agar-agar, roti naan, nasi ayam, nasi lemak,kek pisang , spegheti dan banyak lah lagi, kesemua tu student sini yang buat,dah duduk overc ni, pandai-pandai lah masak kan apa yang nak idamkan tu.

Masa Multicultiral night hari tu, saya dan housemate masak nasi lemak, tapi nasi lemak tu tetiba tak masak pulak, jadi mentah, macam-macam hal, bazir jer, terpaksa buang jer, kena masak lain, memang masa hari itu kelam kelibut, tapi Alhamdulillah, habis semua makanan dijual, saya buat murtabak, jual dalam 2.50$ , tapi tak buat banayk, cepat je abis, nasi lemak jual 2$ tapi bungkus kecik-kecik lah, macam kat malaysia, just for fun, bukan nak untung banyak pun, tapi balik modal lah.
antara yang memakai pakaian kebangsaan masing-masing-gambar dari bakhtiar

persembahan budaya-gambar dari lokman


Final semester ni memang itu lah aktivitinya, makan dan makan, sebab banyak sangat free waktunya, tapi kerja pon banyak, harap=harap dapat lah siapkan semuanya.

Tuesday, July 17, 2012

Melayu jumpa Melayu

Saya tetiba terfikir pasal perkara ini, apa reaksi jika duduk di overc, dan jumpa orang melayu, adakah kita akan tegur? senyum je? or buat bodoh?

Perkara ini berpusing-pusing dalam otak saya, jika nak ikut pengalaman saya, kalau di bumi tassie ni, kalau jumpe melayu yang saya tidak kenal, saya senyum je lah, jarang benar nak tegur, begitu juga kalau di tempat lain. Ada kes dekat sini, ada student baru, bila budak melayu lain senyum dan bertegur sapa, dia boleh buat bodoh, last-last kena cop orang bhutan! hahah

masa pergi GC haritu pon, memang ramai jumpa melayu, sebab masa tu ada games untuk students malaysia di sana, bersepah lah melayu, jika nampak selalunya senyum, tapi bila nak senyum, mesti diorang akan tunduk kepala atau pandang tempat lain.

agak sukar rasanya kalau nak tegur melayu diluar negara ni, maybe segan, saya pon lebih kurang, melainkan saya kenal lah.

Pernah tegur melayu, memang sah melayu, siap beri salam dan senyum, dia buat bodoh, yang ni berlaku dekat sini, ingat lagi muka minah tu, sombong giler kot. yang penting, bila diperantauan ni, kena pandai bawa diri, ada je yang memang tidak campur melayu, walaupun diorang melayu, itu hal masing-masing lah,

penting kita kenal sesama melayu, sebab jika ada masalah, selalunya senang nak mintak tolong. itu je lah, cuma rasanya memang ada sindrom segan nak tegur among malays kalau terserempak or terjumpa, sama ada berlagak, segan or takut salah bangsa ke.

Harini kawan saya dudk UK konvo, tengok online streaming lagi, congrtz ikram! jumpa bulan 9 ni dekat tassie!


***ok, rasanya blog ini ada budak launnie baca, saper ko! hahaa,