Showing posts with label pindah. Show all posts
Showing posts with label pindah. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Malaysia Hall Launceston

Harini merupakan hari terakhir duduk dirumah ini, selepas dua tahun, akhirnya tamat lah riwayat rumah ini ditangan kami berlima. Saya hanya datang duduk 2 tahun je, Alhamdulillah, banyak boleh dijimatkan, sebab mereka yang lagi empat, telah membeli keperluan rumah, saya datang bawa baju je lah, tak perlu lah nak beli peti ais ke , mesin basuh ke. Dan wajiblah saya kena duduk sampai habis kontrak, untuk menjadi cleaner. Penat badan ni, kereta pon dah bau busuk, bawa masuk sampah, dah macam van sampah dah.

Rumah yang saya duduk ni, masa mula-mula masuk tu, memang selalu lah dijadikan markas penduduk malaysia untuk membuat sebarang jamuan or gathering, tu ramai gelarkan as Malaysia Hall Launceston, rumah ni boleh consider rumah yang besar, dan agak selesa untuk membuat aktiviti. Ada dua tingkat dan lima bilik, 3 bilik air, bila besar, agak susah nak maintain, banyak lah duit habis jugak nak ganti benda-benda rosak dalam rumah ni.

Bila dah 2 tahun duduk sini, mestilah rasa sayang nak tinggalkan, sayu je rasa hati ini, esok kena keluar dalam pukul 10pagi, pastu pergi bagi ejen kunci, dan menumpang lah kerumah orang lain, merempat untuk seminggu, before balik ke Malaysia for good.

Barang pon banyak sangat dah buang,kemas banyak kali pon still banyak lagi barang, nak tak nak terpaksa lah membuang barang itu juga.

Dan Alhamdulillah, hari ini, melangkah ke umur yang baru, 14/1, makin tua, dan IAllah, tahun ini, memulakan kehidupan dan harapanya, dihujung tahun ini, sesuatu yang baik berlaku untuk sebuah kehidupan lain, IAllah, hanya merancang, dan Dia yang menetukannya. Terima Kasih Abg Kerol n famili, Ziq, sara, kuna n qil buat suprise tadi, serius terkejut + malu! hahaha. Banyak lagi diri perlu diperbaiki, paling penting, mengurangkan cakap banyak, azam dah bertahun, tapi still masih cakap banyak. Terima Kasih!


makan ramai-ramai

lepak tengok my kitchen rule dan masterchef oz, pastu try resepi

medan memasak, rindu akan dapur ini nanti

spiral staircase yang selalu terhantuk, kalau duduk 10 tahun, sure saya hilang ingatan

chimney yang jadi peneman buat esaimen time winter

rtempat buat roti canai, dah basuh yer, hehe


malaysia potluck
Kenangan yang mewarnai sebuah kehidupan di dunia 


Kak  ummi: IAllah saya balik Malaysia lagi 2 minggu, bercuti ke Sydney dulu next week before balik Malaysia

Saturday, December 29, 2012

jual dan terjual dan balik!

sedih pulak rasanya, makin lama makin kurang je penduduk kampung launnie, harini, housemate lagi 2 orang balik Malaysia, rumah pulak dah macam tongkang pecah, buat jualan garage sale secara online, jual murah-murah pon, tapi still takde orang nak beli, lepas ni kalau tak laku, buang je ke tong sampah, malas pulak nak bagi orang, kalo ada yang nak, sure dah beli awal2.

semalam housemate bagi free katil, sekali ada local ambil, muka macam familiar, hari ni pergilah garage sale, nak cari ada benda nak bawa balik, sekali jumpa katil housemate dekat situ, dia jula $35, bagus giler, penuh barang dia dengan barang budak malaysia lain, hahaha, patutlah muka pakcik tu familiar sangat, bila datang rumah dia, siap nyorok-nyorok lagi.

masih ada lagi beberapa barang besar belum dijual, kena dikosongkan rumah ni, nak bersih lagi, banyak kejer, IAllah balik Malaysia dipenghujung January, tapi tiket pon tak beli lagi, duit dah kering dalam bank tu, last 2 days jual kereta, satu kereta dah laku, tinggal lagi satu, beli dulu kereta holden tu dalam $400, jual dapatlah untung $100, ingatkan tak laku, dah lah kereta tu tayar botak, tingkap rosak, pintu rosak tak boleh lock, tempat kunci kereta pon rosak, ingatkan nak buang je, nasib baik ada orang beli, rego pon dah nak abis lagi beberap hari.

masih mengepack barang untuk bawa balik, banyaknyerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!! banyak kena buang, lago-lagi baju, tak boleh bawa balik semua,belum lagi buku2(ada lah sikit) arki, sayang nak buang, maybe nak bagi orang kot. kena mengemas lagi, pinggan mangkok pon bagi free orang tak nak, hahah, buang lah jawabnya.
ni jual mahal sikit, $1800

ni 500$, nasib laku



kakhidana: laku sikit je, banyak lagi, heheh
akan datang: 1st Giveaway ,hehe