Showing posts with label Tasmania Discover. Show all posts
Showing posts with label Tasmania Discover. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Jalan Tassie: Strahan Cruise

Sambung balik Jalan Tassie ni, iaitu ke Strahan, memang kalau pelancong datang sini untuk naik cruise atau pon nak naik heritage train. Tak salah saya, ada 2 jenis cruise ni.

Harga cruise ni dalam $105 seorang, termasuk lunch. Boleh beli online sini , bila nak beli tu, kalau ada student, cakap lah student, ada diskaun, dan kalau nak murah, tanya dia sendiri, ada tak diskaun, sebab bila saya tanya, dia bagi diskaun 20%, dapatlah dalam seorang $90 macam tu. Dan pilih lah seat yang  murah, tak payah ambil mahal-mahal punya, sebab memang tak penuh cruise tu, boleh je duduk seat mahal bila dah belayar tu kan.

Trip ni rasanya ada 2 kali sehari, satu pukul 9am, satu lagi pukul 3pm, satu trip ni ambil masa selama 3 jam. Sepanjang perjalanan ni, kapten akan bercerita lah pasal sejarah dan tempat menarik disini. Ada 2 tempat akan berhenti, satu di Sarah Island, pulau ni bekas tempat banduan dulu, macam pulau jerjak, lagi satu berhenti dekat kawasan hutan paya bakau. Seperti biasa, view memang spectacular! memang rasa bertuah study tassie ni, heheh.

Dekat sarah islan tu, akan dekat situ selama 30 minit, ada guide bawak dan explain pasal pulau ni, lepas dah habis tu, baru dia hidang lunch. Lunch kat sini simple je, semua sejuk je, takde makanan panas, salmon, bacon, salad dan roti. So kami makan je lah smoke salmon tu, famly saya memang tak lalu lah makan, sebab salmon mentah kan, tapi smoke salmon tu, mahal kalau beli! saya lah bedal sorunk-sorunk, dah habis cruise tu, semua kelaparan lah.
ni masa diorang simbah air 
Christmas parade

tu dia office cruise ni


lepas je antar 2 pulau ni, akan ke open sea


boleh naik atas sekali, masuk dalam kapten punya tempat ni, tapi janganlah memekak

ni tempat bela ikan, macam kelong


kelong

sarah islan tour guide

ni dia bekas bangunan yang masih ada



sarah island, gambar tu gambaran sebenar keadaan pulau tu untuk banduan

otw tu, akan nampak rumah kecik2 ni, yg duduk sini kerja dia tangkap lobster

nanti sambung lagi

Thursday, March 7, 2013

Jalan Tassie: Strahan

Seharian tak tidur, sebab mengoogle hotel di langkawi (selasa lepas), baju semua dah siap pack, pastu kena keluar awal ke KTM, sebab tiada saper nak hantar ke lcct ni, flight pukul 3petang, pastu tetiba datang ilham kemalasan , terus sambung tidur, tak jadi pergi, malas lah pulak nak pergi sorunk-sorunk ni, sebab kira balik, agak rugi lah, public transport sana xde, kena sewa kereta, so tak jadi pergi, tetiba Mak offer tambah duit, nak suruh pergi, tapi tak pergi jugak! haha

Ok, lupakan trip tidak menjadi, sambung balik Jalan Tassie ni, kali ni pergi ke Strahan.

Strahan ni terletak agak jauh dari Launceston, dalam 4 ke 6 jam drive. Jauh memang jauh! Sebenarnya takde lah plan nak bawak family saya kesini, sebab jauh kan, lagipun kereta yang ada memang kereta murah, nak jalan jauh ni memang masalah lah. Tapi bila tengok orang lain bawak parent masing-masing ke situ, maka dengan itu, saya bawalah parent saya, sebelum bertolak tu, pergi amik adik saya yang baru samapi dari Malaysia, dia datang lambat skit.

Perjalanan ke Strahan ni memang lama, ikut jalan kampung dan berbukit bukau, masa separuh perjalanan tu, kereta dah berasap, saya main bawak je kereta buruk tu, memang berhenti banyak tempat, sebab takut kereta rosak, keluar rumah pukul 9 am, samapi ke strahan pukul 6 petang, alam giler kan! kalau ikut google map, memang dalam 4 jam, tapi kami berhenti banyak tempat.

Sepanjang perjalanan tu, SubhanAllah, menakjubkan pemandangan itu, rasa macam cantik sangat-sangat, kalau nak ke sana, mesti lah kena tidur semalam atau 2 malam. Pekan dia kecik je, sangat kecik, takde yang menarik sangat melainkan view, pelancong ramai datang kesini sebab nak naik cruise dia dan juga naik heritage train. Tidak seperti tempat pelancongan di australia yang lain, kalau dekat tassie ni, memang susah lah nak jumpa asian tu, kalau pergi mainland, memang bersepah asian ni.

kalau pergi sini, belilah siap-siap makanan/masak dari rumah, kedai tak banyak, masa kami datang tu, ada festival krismas, habis lah kereta kena simbah dengan air, ingatkan diorang racist ke, sebab tetiba kereta kena baling air, rupanya ada perarakan masa tu, krismas tapi pasang lagu gangnam pulak.

banyak je tempat lain boleh pergi, macam sandboarding, dan memancing. Next entry saya cerita pasal cruise strahan ni, antara yang terbaik dan sangat berbaloi untuk naik.

kepada sesiap yang nak pergi strahan ni, sila lah sewa kereta 4wd untuk kesitu, jalan memang berbukit, kereta biasa tidak berapa sesuai.

Ni dia pekan strahan, memang tepi muara


ni lah cruise nyer, nanti next entry akan diceritakan

ni pekan before sampai strahan, memang sunyi



ni dia cottage yang kami sewa, dalam $140/day

sanagt selesa, ada 4 single beds and one queen

itu dia kereta yang banyak berjasa, sampai juga



Sunday, July 29, 2012

Discover Tasmania

Tasmania?, bila saya tanya kawan saya, kebanyakkan tidak tahu dimana Tasmania, memang tak famous pon, saya tahu pasal Tasmania pon sebab saya nak sambung study sini, so saya konon nak cerita pasal Tassie, supaya maybe boleh ramai datang lagi kesini, memang susah nak jumpe pelancong disini, sebab memang orang tak nak datang.
Tassie yang kecik bawah tu Taken from google

Tasmania: taken from Google


Tassie ni kira macam sabah dan sarawak lah, sebab dia sebuah kepulauan yang besar, jika nak datang ke Tassie, kena amik fligth dari mainland, selalunya ambil dari Melbourne, akan ambil masa sejam flight, if dari Sydney, akan ambil masa dua jam. Selain itu, boleh juga naik spirit of Tasmania, kapal yang besar, dan ambil masa selama sehari untuk sampai ke Tassie dari Melbourne.
Spirit of Tasmania: from Google


Hobart merupakan main city Tassie, dan disitu memang tumpuan orang ramai, tempat yang saya duduk ni, ialah Launceston, kiranya macam second city of Tassie, dan keadaan disini memang macam kampung. Tassie ada 2 main airports, satu dekat Hobart dan satu lagi di Launceston, Jika nak pergi ke Hobart from Launceston, akan mengambil masa dalam 2 jam menaiki kereta.

Di Hobart, memang segala pentadbiran disana, kiranya memang berlainan dengan cara di pentadbiran di Mainland, so jika nak deal dengan goverment, kena pergi ke Hobart, dan disitu terletak main campus UTAS, manakala di Launceston ni, ada beberapa buah fakulti ditempatkan disini,

Jika nak datang ke Tassie,saya sarankan ke Hobart, sebab dekat situ adalah main city, dan boleh lah pusing kebebrapa tempat menarik, senang cerita, Tassie ni, dia punya view memang macam New Zealand, nature dan sangat cantik! SubhanAllah! kalau nak datang ke Launceston, saya boleh bawa g memancing! hehe, 

Nanti saya sambung lagi, budak Lonnie yang baca ni,sajer nak cerita yer........sekian.