Showing posts with label auckland. Show all posts
Showing posts with label auckland. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

NZ:Makan dan Makan

Ada seorang kawan saya tanya satu soalan cepu emas, 'orang melayu sekarang, sebelum makan buat apa?' doa?, SALAH! amik gambar dulu sebelum makan!

betul lah tu, kalau dekat sini, asian je buat macam tu, amik gambar makanan. Kali ni nak cerita pasal makan-makan dekat auckland, sebelum pergi mana-mana trip, better google dulu makanan Halal, senang nanti, tak perlu tanya orang, omputeh Halal pon tak tahu, kalau untung jumpa melayu, senang tanya kedai halal.

ni antara tempat saya makan, ada yang tak ambil gambar, lupa sebab lapar sangat lah tu.

Auckland CBD

Mamak

Dekat Auckland ni pon ada mamak, jenuh nak cari kedai dia, sebab dekat dalam sikit, teh ais dia sangat sedap! untuk makanan lain, boleh tahan juga,
boleh cari dekat sini mamak untuk FB dia,
nasi lemak dan soft shell crab 



another nasi lemak with rendang, rendang dia kureng sikit dan sambal ciput!

mee mamak

superb!

harga dalam 10++ untuk setiap meal,

Bali Star
21-25 Elliot St, Atrium on Elliot foodcourt

Dalam foodcourt ni, ada satu je kedai halal, lain tu ada seafood yang boleh dimakan.
Saya pergi 2 kali, yang paling best dan sedap, Ayam Belado! sila lah ambil paling pedas, memang sangat sedap.

Harga:$10 and above
ni kedai dia, indonesian cuisine

ni nasi padang, ada ayam, daging dan telur, sedap juga, tapi tak pedas 

Wardani Indonesian

15c Mercari Way, Albany , North Shore City'

Sama menu macam dekat atas, tapi murah dalam $1/$2, tapi bai saya, sini kurang sikit rasa dia, boleh je lah, tapi agak sedap lah, kedai dia terceruk dalam sikit, dalam foodcourt jugak. Dekat atas dia, ada lagi satu kedai . nama kedai tu kampung, dulu memang orang melayu punya, sekarang dah orang india beli, halal tu memang diragui, nama kedai still sama, but menu dia indian style, kalau boleh, cari kedai lain.

Harga: $10 and above

menu yang boleh dipilih

nasi padang, sedap lah jugak, cuma nasi macam keras sikit

Rotorua:

Hobbiton

Dekat sini, masa tunggu trip kami, makan lah chips sikit, $5 sepinggan, tu je yang halal, haha, kalau pergi sini, bawa bekal roti ye, jimat duit





Nando's

Kalau dekat Tasmania ni, kedai halal memang antanya nando's, kalau dekat auckland ni, banyak kot kedai nando's , cuma tak jumpa, yang ni pergi makan masa dekat Rotorua, sama macam NAndo's d Malaysia juga, saya tak berapa gemar sangat, tapi disebabkan dekat Rotorua tak ada kedai HAlal yang banyak, makan lah sini. Harga agak mahal untuk satu set.

seorang makan, dalam $20++


Kebab Madina 

dekat rotorua ada beberapa kedai kebab halal, ini antaranya, harga agak murah, starting from $8, kebab boleh tahan sedap lah,tapi tunggu lama, sebab tukang masaknya sorunk, dialah bos, dialah chef, dialah cashier, semua benda dia buat.

Meal dalam $13++
Tamaki MAori Villag

yang ini masuk sekali dalam pakej untuk lawatan ke Tamaki MAori Village, bayaran untuk trip ni dalam $110/person, sekali dengan buffet. mesti inform awal-awal masa booking trip ni, kata nak Halal food, IAllah diorang akan sediakan, makanan buffet sangat sedap! seafood memang disediakan, jenis semua makanan yang dibakar cara Maori. untuk $110 yang dibayar, saya rasa amat berbaloi.

ayam dan daging tu tak halal, dah makan baru lah dapat makanan Halal, ingatkan yang ini halal, tapi dapatlah rasa juga ayam tu, sedap! 

ni yang halal, macam nasi paprik, sedap sangat! tu je lah yang halal, dia bagi satu pinggan, yang lain seafood and vege boleh ambil di buffet

dalam dewan makan
siap ada pencuci mulut lagi, sedap!

kak ummi:betul sangat2, yang penting jgn lupa sedekah alfatihah buat yang telah pergi
kalau kak ummi nak pergi NZ, better turun christchurch, view lagi cantik

kak kasih: wajib datang kak! tapi airasia dah xde flight ke sini, kalau tak, dah banyak boleh save, cara lain amik fligth ke ausie dan flight lain ke NZ from OZ, tu kalau ada yg murah lah, hehe



Tuesday, December 18, 2012

NZ: Bungy Jumping!

Sambung balik trip ke NZ, rasanya ini lah klimaks dalam trip ni, pergi ke bungy jumping, dari kecik selalu tengok tv dan beranga, dan memang pergi NZ ni pon sebab nak pergi Bungy!

Ikutkan banyak jugak tempat nak berbungy ni, masa dekat Rotorua pon ada, tapi terjun dari crane, so macam tak best dan bukan dekat air pon, dekat tanah je. KAlau drive sikit ada bungy jumping yang best, dalam 20 minit dari Rotorua, tu memang famous sebab terjun dekat sungai, memang nampak macam best.

Tapi saya buat yang dekat Auckland, boleh cek dekat sini >Auckland Bungy , untuk sekali terjun, dalam $NZ150, kalau nak gambar $45, kalau video $45 lagi! memang mahal, saya amik lah gambar je, kalau nak, boleh lah booking awal, atau call je, selalu je ada kosong, memang tak full. Masa hari nak terjun tu, angin kuat pulak, pastu 2 hari lepastu, ada tornado pulak kan, nasib masa buat tu tak ada apa-apa.

Kena jalan ke tengah-tengah bridge auckland tu, dalam 15 minit lah berjalan, jauh giler! pastu kena naik tangga keatas untuk kehub terjun. masa jalan ni pon dah cuak, dengan goyang-goyang angin lagi.

Bila nak terjun tu, memang cuak, masa berdiri dekat hujung platform tu, rasa tak nak terjun pulak, cuak sangat-sangat, nak tak nak, kena terjun jugak, bila terjun je, rasa hilang nyawa, dah sampai bawah baru lah lega sikit, kalau nak basah, boleh mintak dekat diorang nak celup badan dalam air, tapi saya tak buat lah, malas nak basah+sejuk lagi.

dan akhirnya, berjaya buat, kalau ada family nak ikut, boleh ikut sekali sampai ke hub dia, bayaran dalam $20 je, kalau ada kupon, dapat $10, ni pon berbaloi sangat-sangat.Lepas habis je terjun, terus insaf jap, hahah, but sangat lah seronok!
bersiap sedia ke bridge















gambar saya takde, sebab beli hard copy, malas nak scan, ni gambar kawan ambil masa group saya terjun!



*thx semua yg wish!terima kasih banyak-banyak


Tuesday, December 11, 2012

Rotorua

last minit kemas bilik, petang nanti Tuan besar dari Malaya sampai! Ingat nak sambung pasal makan di Auckland, tapi gambar sikit, so skip dulu, lepas habis pusing auckland,next day saya pergi ke Matamata, sesiapa yang minat tengok the lord of the ring or baca buku hobbiton tu, memang sini lah tempatnya, sini kawasan set pengambaran cerita tu, tapi next time saya cerita.

lepas habis je pergi Matamata ni, saya pergi ke Rotorua, drive dalam 2jam 30 minit dari auckland, kami stay semalam dekat sini, kalau datang sini, memang macam-macam boleh main, ada bungy, skydiving, volcano, hot spring,water rafting, zorbing ,maori village dan macam-macam lagi. Cuma sediakan duit, semua attaraction dekat sini, kena bayar, memang agak mahal, cuma pastikan pilih yang betul, kalau datang auckland ni, baik lah duduk rotorua ni lama sikit, sebab banyak benda boleh buat. Bandar ni terkenal dengan bau busuk dia, sebab bau sulfur dari lumpur gunung berapi tu, bangun pagi je bau busuk macam kentut! salute lah penduduk sini, boleh tahan bau ni hari-hari.

Saya tidur di The Grand Hotel, harga sangat berbaloi dan amat murah, kalau duduk backpacker pon harga lebih kurang, senang toilet kat dalam dan dekat visitor centre, jangan lupa pergi visitor center untuk segala maklumat dan pakej.ini antara pakej yang saya amik dekat sana





 Tamaki Maori village

 bayaran dia iaitu sebanyak $110, tour hanya waktu malam sahaja, ini termasuk bus dan makanan. Berbaloi lah jugak habis duit kesini, memang puas dengan persembahan mereka, dan paling best, makanan dia, pada muslim, kalau nak join ni, kena call Maori village ni direct untuk request halal meal, memang ada, siap ada cert halal lagi.ada pelbagai persembahan seperti nyanyian, menari Hakka dan art disediakan. Benda paling lawak, bila ada pakcik seorang ni, dia rabun teruk, bila saya berdiri tepi pintu nak keluar, dia siap cakap terima kasih dan hargai saya???? dia ingat saya Maori!!!!!!!!!!!! arhh!!! tu je lah, haha








Skyline Rotorua
skyline ni kiranya cable car lah, yang ni boleh amik pakej, sebab kat atas tu ada main LUGE, macam main go kart, but dis one yang turun bukit, seronok giler main benda ni, tapi penat lah jugak tangan tu, harga dalam $41 untuk skyline dan 3 kali LUGE, ada juga benda lain, macam 3d cinema dan seat bungy, harga tak ingat pulak. view dekat atas ni sangat cantik, boleh nampak tasik rotorua dan bandar dia sekali.





kak hidana: boleh je, diorang takde masalah, msia leceh kan, hehe,nasib free, tapi most tempat kena bayar gak
kakmulan:wajib datang lagi!hehe
kakmamatia:saya dari kecik selalu orang kata NZ cantik, bila dah samapi memang betul SubhanAllah
kakummi:wajib pergi kak ummi sebelum balik, kalau dari malaysia mahal, jetstar selalu buat sale, hehe, nanti saya buat pasal tassie sebelum saya balik
kak iwan:UK lagi best, dapat pusing europe, sini pusing ausie dan NZ je lahm ,hehe



Monday, December 10, 2012

Auckland Attraction

Dekat Auckland ni, banyak je tempat menarik, memang kena sewa kereta, kalau tidak, mahal lah, selain tu, boleh jugak sewa campervan,dan paling penting, harga minyak sini agak mahal, dalam $2/liter, dah habis pusing satu bandar, samapi bosan dah, bawah ni antara tempat kami pergi:


tempat ni yang paling tinggi dekat Auckland, boleh nampak view satu auckland, boleh drive naik kereta sampai atas, dulu gunung ini bekas gunung berapi, memang nampak ada kesan disitu, view memang sangat cantik, masa saya pergi, hujan pulak, tapi redah jugak, dalam 10 minit from Auckland CBD.

kawah gunung berapi, dah jadi macam lembah dah



Sesiapa yang minat tengok pokok bunga (esp kak ummi n kak LG) sini memang lah tempatnya, sangat besar, ada pelbagai section, antaranya Rose, Herbs,Cactus dan Tropical, free je masuk sini, boleh pusing-pusing dalam ni sambil tengok pelbagai tumbuhan, dalam 15 minit naik kereta from CBD.













muzium ni dalam 15 minit jugak dari CBD, dan yang paling penting, masuk percuma, kalau nak ikut tour Maori, kena bayar dalam $NZ35, muzium ni ada dalam 3 tingkat, sangat besar, dan bagi saya, amatlah bagus exhibition dia, saya tak suka pergi muzium, but this muzium lain dari yang lain. Jangan lupa masuk earthquake punya rumah, boleh rasa macam mana gempa bumi berlaku, sangat menarik.Parking ada banyak sini dan free.















nanti sambung lagi, next pasal makan lak! hehe




*kakcik:a ah, macam kl tower, but pendek lagi,hehe
Saffiya n cik anon: Dekat Bali Star
kak iwan: hehehe tq