Showing posts with label new zealand. Show all posts
Showing posts with label new zealand. Show all posts

Friday, December 14, 2012

The Hobbit !

Sambung balik cerita NZ, masih kepenatan bawa family jalan-jalan, walaupun dekat je, mak ngan ayah dah tak larat, balik rumah makan pastu tidur! mana tak gemuk balik Malaya nanti,hehe.

Masa dekat NZ tu, kami pergi ke Matamata, semata-mata nak pergi tengok set pengambaran filem The lord of the ring dan cerita The Hobbit. Cerita ni rasanya akan keluar hari ini. Perjalanan dari Auckland ke sini ambil masa 2 jam. Biasalah, ikut jalan kampung, sila ikut had laju, kadang-kadang 50 -90km/h.

Pengarah filem ni, dia pilih kawasan ni, sebab kawasan berbukit dan sesuai dengan apa yang digambarkan didalam buku The Hobbit tu, bayaran untuk masuk dalam ni ialah $75, seelok-eloknya, book lah online, senang sikit, kalau walk in, maybe tempat limited, but still available, just kena tunggu sikit.

Masa tunggu tu, boleh lah minum dekat cafe or beli souveniour. Harga biasalah, agak mahal untuk barang made in China, hehehe.Tour ke set pengambaran ini, ambil masa dalam 2 jam, akan ada guide bawa kesekeliling kawasan set pengambaran ni, dan akan explain satu persatu, boleh lah tanya pelbagai soalan kalau nak.

Kalau peminat buku ni, memang wajib datang, tapi saya tengok cerita TLOTR pon tak pernah, apa guide tu cakap pon tak paham, hahah. Tapi sesiapa penggemar, memang wajib datang!

Ada lagi satu set, dekat Wellington, tu interior punya, kalau dekat sini, semua exterior, boleh cek dekat website hobbit ni, siap ada harga.Masa tunggu saya punya tour tu, jumpa lah beberapa melayu, ada pakcik ni, duduk di Auckland lama dah, siap ada homestay, kalau ada Malaysian nak datang, better stay dekat sini, boleh contact dekat Mesra Homestay, harga berpatutan, dan as muslim, senang lagi duduk rumah muslim, kalau saya tahu awal, sure dah duduk sini, kot-kot dapat makan makanan malaysia ke, heheh





























Tuesday, December 11, 2012

Rotorua

last minit kemas bilik, petang nanti Tuan besar dari Malaya sampai! Ingat nak sambung pasal makan di Auckland, tapi gambar sikit, so skip dulu, lepas habis pusing auckland,next day saya pergi ke Matamata, sesiapa yang minat tengok the lord of the ring or baca buku hobbiton tu, memang sini lah tempatnya, sini kawasan set pengambaran cerita tu, tapi next time saya cerita.

lepas habis je pergi Matamata ni, saya pergi ke Rotorua, drive dalam 2jam 30 minit dari auckland, kami stay semalam dekat sini, kalau datang sini, memang macam-macam boleh main, ada bungy, skydiving, volcano, hot spring,water rafting, zorbing ,maori village dan macam-macam lagi. Cuma sediakan duit, semua attaraction dekat sini, kena bayar, memang agak mahal, cuma pastikan pilih yang betul, kalau datang auckland ni, baik lah duduk rotorua ni lama sikit, sebab banyak benda boleh buat. Bandar ni terkenal dengan bau busuk dia, sebab bau sulfur dari lumpur gunung berapi tu, bangun pagi je bau busuk macam kentut! salute lah penduduk sini, boleh tahan bau ni hari-hari.

Saya tidur di The Grand Hotel, harga sangat berbaloi dan amat murah, kalau duduk backpacker pon harga lebih kurang, senang toilet kat dalam dan dekat visitor centre, jangan lupa pergi visitor center untuk segala maklumat dan pakej.ini antara pakej yang saya amik dekat sana





 Tamaki Maori village

 bayaran dia iaitu sebanyak $110, tour hanya waktu malam sahaja, ini termasuk bus dan makanan. Berbaloi lah jugak habis duit kesini, memang puas dengan persembahan mereka, dan paling best, makanan dia, pada muslim, kalau nak join ni, kena call Maori village ni direct untuk request halal meal, memang ada, siap ada cert halal lagi.ada pelbagai persembahan seperti nyanyian, menari Hakka dan art disediakan. Benda paling lawak, bila ada pakcik seorang ni, dia rabun teruk, bila saya berdiri tepi pintu nak keluar, dia siap cakap terima kasih dan hargai saya???? dia ingat saya Maori!!!!!!!!!!!! arhh!!! tu je lah, haha








Skyline Rotorua
skyline ni kiranya cable car lah, yang ni boleh amik pakej, sebab kat atas tu ada main LUGE, macam main go kart, but dis one yang turun bukit, seronok giler main benda ni, tapi penat lah jugak tangan tu, harga dalam $41 untuk skyline dan 3 kali LUGE, ada juga benda lain, macam 3d cinema dan seat bungy, harga tak ingat pulak. view dekat atas ni sangat cantik, boleh nampak tasik rotorua dan bandar dia sekali.





kak hidana: boleh je, diorang takde masalah, msia leceh kan, hehe,nasib free, tapi most tempat kena bayar gak
kakmulan:wajib datang lagi!hehe
kakmamatia:saya dari kecik selalu orang kata NZ cantik, bila dah samapi memang betul SubhanAllah
kakummi:wajib pergi kak ummi sebelum balik, kalau dari malaysia mahal, jetstar selalu buat sale, hehe, nanti saya buat pasal tassie sebelum saya balik
kak iwan:UK lagi best, dapat pusing europe, sini pusing ausie dan NZ je lahm ,hehe



Sunday, December 9, 2012

Auckland !

Minggu ni agak sibuk mengemas rumah, al maklumlah, minggu depan ramai parent datang, so most of them duduk rumah ni. Agak penat mengemas bilik dan rumah. Last week baru balik dari auckland, bila tengok news, ada tornado a day after saya balik dari situ, nasib balik awal, ada 3 orang mati disebabkan tornado tu.

saya pergi auckland selama seminggu, flight patutnya dari Launceston ke Auckland dan transit di Melbourne, bila samapi Melby je, kami tunggu flight pukul 11pm, tapi tak muncul-muncul Auckland nak cek in, sekali pergi tanya kaunter, bila nak buka kaunter? sekali dia jawab, flight to auckland not availabe today and only esok je ada! Jetstar kata dia dah email saya yang flight cancel, tapi bila cek email, langsung tiada, bengang jap dengan staff dia, pastu dia bagi hotel untuk stay for 1 day, tapi saya tak nak, sebab dah book semua accmdtn dan rental car dekat auckland, nanti rugi, pastu dia bagi lah option untuk ke christchurch malam tu juga, pastu naik another domestic flight ke Auckland, so saya ambil lah yang tu, hari tu je, sampai 3 kali naik flight, badan pon sakit-sakit.

Alhamdulillah, kami samapi ke auckland esoknya paginya (8am), ambil kereta sewa pastu terus cek in hotel, nasib dapat hotel murah, dang bagus sangat servis nya, yang tak best nya, dia opposite kubur, tapi kubur omputeh, tak takut sangat, samapi bilik, tidur dulu, pukul 12pm  kami keluar ke city, perut dah lapar, jalan di Auckland sangatlah pening, nasi ada gps, kalau tidak, sesat lah!

dekat sini parking mahal, ada setengah jam $5, kami masuk yang sejam $4, jalan pergi cari kedai indonesia, makan ayam belado, sedap sangat-sangat, habis je, sambung jalan-jalan kat city dan balik tidur! sebab kepenatan.

transit di Christchurch

kereta yang disewa selama seminggu 400++NZ$

Auckland CBD

Auckland Tower



Auckland port
Nanti sambung lagi, rasanya oergi Auckland ni, makan je lebih, almaklumlah, dekat Launnie kedai halal 2/3 je, auckland ni bersepah,hehe


**kakmulan,kak LG,kak fairy,kakhidana, ibuintan, kak ummi, dan nurul, terima kasih banyak2