Kalau perasan, memang saya ada buat part time jual perfume dan jam online, masih slow lagi, dah hampir sebulan berjalan, bila dah start kejer ni, agak slow lah nak selalu update . Agak malas juga, balik kejer rasa penat, sebab tidur lewat, bangun awal, memang ngantuk je lah. Bila malam pulak, tetiba je dah pukul 10! masuk tidur, pastu dalam dekat pukul 1 baru lah dapat lena, saya memang ambil masa lama nak tidur, berangan tu lama giler!'
Sepanjang berniaga ni, ramai juga tanya produk saya jual ni original ke, lagi-lagi perfume, TIDAK! kalau original, mesti lah mahal, jika saya letak harga mahal, nanti xde orang nak beli, bila letak murah, orang ingat tiada kualiti. Saya pon pening.
Kesian tengok orang beli online, perfume yang dikatakan reject atau defect, jika harga dah lebih RM100 tu, nasihat saya, beli je lah original, keluar kan je lagi sikit, kalau nak ori, beli dekat kedai, ada segelintir yang tipu, padahal perfume tu Gred AAA, sama macam saya jual, tapi dikatakn ori. itu HARAM dalam berniaga.
Walaupun slow, masih ada juga sale setiap minggu, lambat sikit lah nak dapat modal, tapi x pe lah, slow dulu, mana tahu one day ramai nak beli, heheh.
dah macam entry berbayar pulak, kepada kak Mulan, sila emailkan alamat akak, IAllah saya akan post perfume untuk akak, heheh, dapat juga email dari yang lain, terima kasih hantar untuk GA tu, cuba lagi nanti eh, IAllah saya akan buat, tapi hadiahnya maybe dari kedai online saya.
Ok, selamat berkempen minggu ini, saya undi dekat melawati nanti, tak guna selalu pos macam-macam pasal politik, tapi undi pon tidak kan.
Antara yang dijual, kalau nak order, boleh add saya disini atau like disini
Showing posts with label berniaga. Show all posts
Showing posts with label berniaga. Show all posts
Sunday, April 21, 2013
Berniaga!
Tuesday, March 19, 2013
Satu Permulaan
Alhamdulillah, harini memang penat, tapi berbaloi, satu langkah ke hadapan, walaupun masih kosong, tapi mengharapkan semuanya berjalan lancar, baru daftar syarikat enterprise tadi dekat SSM shah alam, lama jugak lah tunggu, sebab ramai manusia, akhirnya tercipta lah MZABD Unggul Enterprise!!! Saya rasa nak tergelak nama macam tu, dah macam drama melayu je kan.
Mula-mula nak letak MZABD je, pastu akak tu kata nama kena panjang, dia tambah lah Maju, saya tak nak, macam kedai mamak pulak, last2 dia suruh letak je Unggul, hentam je lah, harap2 unggul. Kena daftar syarikat, biar orang konfiden dengan barang kita jual.
Bayaran dikenakan sebanyak RM70 untuk setahun, nanti renew lah lagi bila dah dapat duit modal tu. Sekarang sibuk mengetag orang kat FB , nak tarik orang like kan.
BTW, akhirnya, saya jumpa juga rempah Briyani Shan, jumpa terjual dekat Cold Storage, bila jumpa rasa excited, kalau masak beriani ni, bau dia kadang2 macam bau ketiak macha, satu rumah cakap macam tu, tapi rasanya sedap! hahaha
ok, pada sesiapa nak beli Minyak Wangi imitation dan juga Jam Tangan Berjenama Lorraine, boleh lah like Perfume Deal ni. Kalau nak beli, boleh PM dekat situ, ataupun komen dekat bawah ni, saya bagi diskaun RM5 untuk setiap pembelian, letak kod K2S nanti. Doakan perniagaan ini berjalan lancar. Part time je ni, kejer masih dicari, doakan juga dapat kerja. Thx!!

Subscribe to:
Posts (Atom)