Showing posts with label budget. Show all posts
Showing posts with label budget. Show all posts

Saturday, February 14, 2015

Phnom Penh

Bersarang dah blog ni, so terus nak citer trip ke Phnom Penh masa cuti thaipusam haritu, ambil pakej airasia go, return flight dan accmdtn dalam rm390. Murah! sebab tu pergi, tapi belanja boros, kuat makan, hahah,

Makanan halal senang cari, sepanjang 4 hari sana, saya naik tut-tut, sehari dalam $20, matawang sana guna dolar, driver orang sana tapi pandai cakap melayu, islam champa, so senang berkomunikasi, kalau ada yang nak nombor dia, boleh emel saya, nanti saya bagi no dia.

Makanan harga sekali makan dalam $2-$5 lah, boleh lah, kalau kat OZ, tu murah giler! tapi dekat phnom penh cam mahal lah.

Tak banyak tempat boleh pergi, visit tempat orang mati, kubur, tengok tengkorak, masuk pagoda, jalan berdebu, tu lah phnom penh, nice place nak tengok culture and to appreciate our life.

enjoy lah some of the picture.


















Thursday, April 10, 2014

Japan : Daiba

Sambung entry ke Japon, dah banyak lupa dah, saya rasa masa ni hari ke empat, nak pergi ke Daiba, kawasan pembangunan baru, kiranya japan buat satu pulau besar untuk pembangunan bandar ni, dari bandar dalam 45 minit naik train, consider jauh jugak,

yang bestnya, banyak sangat building yang cantik, antaranya tv fuji station, memang opis untuk syarikat TV, boleh masuk dan tengok apa aktiviti sedang dijalankan, bangunan ni masa belajar kat UM selalu lah jumpa, asik buat precedent study je.

Selain tu, ada shopping complex yang banyak dan ada replica statue of liberty dekat sini. kiranya area ni, kalau pergi sehari mesti tak cukup, saya tak sempat nak pusing lagi, sebab dah sejuk sangat, tak larat nak jalan kesejukan.

Kat sini boleh masuk toyota world, sini semua jenis kereta toyota ada, boleh test drive, pastu ada banyak game boleh main dan semuanya FREEE! giler tak excited, memang habis masa duduk dalam ni, tu tak sempat pergi tempat lain, memang jakon tengok kereta toyota yang tak ada di malaysia.

sekeliling kawasan ni, ada beberapa theme park, boleh masuk, ada yang free, ada building yang buat ala paris macam tu, indoor, sangat cantik dan menarik, senang cerita, pergi daerah ni, memang rasa best.

makan boleh pergi cari restoran indonesia, saya pernah post before,kedai 100 yen pon banyak, rasa rambang mata, ada lagi, masih belum dipos pada mereka yang berkenaan.


fuju tv station

bandar daiba


dalam fuji tv, ada kedai souvenior

jambatan ni macam san fransisco bridge

statue of liberty


tengok ni je, rasa nak lompat, mainan kecik2, gundam!!!

ni antara kereta toyota

boleh pilih kereta mana nak test drive, free, kena book a day before

Wednesday, January 22, 2014

Kaki tercabot


Rasa kaki ni, kalau ada 2 pasang, saya tukar, penat sangat harini, ingatkan nak lepak shibuya samapi malam, akhirnya kol 6 dah balik, mana tak nya, sebab kepenatan yang melampau, rasanya harini jalan macam daru shah alam ke UM jauhnya! Hahaa

Penat!!!!!!!!!! Memang jalan dah x btol, byk
Kali duduk rehat. Pening giler naik tgain jepon ni, semua bak rushing, orang jepon sopan, masalah nak communicate lah, kalau yg tua sikit, mcm sombong, yg muda peramah, hahaha


Rasanya , jepon ni xde lahh mahal sgt utk pelancung, sama je kalau melancong ke ausie bila convert ke rm. Esok
Plan architecture nye building, building yg mana masa belajar 1st year dulu, tengok lah mana yang dan.

Wednesday, January 2, 2013

Tips: Budget Trip NZ

Rasanya dah jenuh bercerita pasal NZ, sekarang nak bagi tips, untuk lebih berjimat pada mereka yang bajet limit, siapa yang tiada masalah kewangan, boleh juga baca.

Saya kalau travel, memang akan ada bajet yang sikit, sebab student kan, pastu duit pun ada cukup-cukup, so kena pandai berjimat-jimat, nak kata tips tu, tak ada lah sangat, cuma pengalaman saya untuk dikongsi.

Flight
ni semua tahu kot, kalau nak murah, beli lah awal-awal, kalau dari OZ ni, murah je ke NZ, tapi kena grab SALE lah, kalau bernasib baik, dapat lah murah, pokoknya rajin lah mengadap komputer tu 24/7.

Jika naik Jetstar tu, sila berhati2, staff dia agak biadap (berdasarkan pengalaman saya)  saya memang anti jetstar, tapi still naik sebab murah, hahah

Luggage
selalunya masalah naik flight ni, nak beli luggage agak mahal, depend on airline juga, macam pergi NZ haritu, tak beli luggage pon, sebab lelaki ni, barang sikit je nak bawa, bawa beberapa helai je, pastu basuh je dekat sana, dah dapat jimat situ. Tapi sekarang, \hand carry pon diorang timbang, lebih 10kg kena check in, leceh ah jugak, sebelum nak check in tu, better lah timbang, ada kawan balik malaysia, berat lebih 3kg, kena $120! 1kg=$20 itu airasia, mahal kot.

accomodation
bab ni paling utama, selalu bajet traveler ni, boleh je duduk backpacker, sebab kita muslim, susah nak duduk sekali dengan non muslim, nak solat, bersihkan diri dan juga safety. saya akan google di internet dulu, type lah "budget acc/cheap acc" etc, nanti penuh lah keluar, sila cek mana sesuai dan tengok kalau ada bilik air didalam or tak. dan juga, tengok rate dia, dan distance dengan tempat lain, ada murah tapi jauh sangat, kalau dekat city pulak, tiada parking disediakan, memang kena cek betul-betul, kalau tidak, mahal lah nanti.
$25/night/person, sangat berbaloi dan dekat dengan city dan airpot

silver oaks in Auckland



Kereta
kalau ke Auckland, bagi sayalah, sewa kereta memang wajib, nak naik public tu, agak susah lah kalau nak travel jauh. Boleh je google dekat internet kereta sewa, selalunya yang branded sikit tu, memang mahal, mahalnya sebab kereta baru dan juga insuran. benda paling penting, bila sewa kereta ambil lah full cover insurance, memang kena bayar sangat mahal, tapi better ambil dari kena bayar banyak kalau rosak. dan kalau sewa kereta tu, kena ada bond, sila lah cari lain, sebab bond kadang-kadang samapi 2000! nanti dia nak pulang balik duit tu, susah sangat.

prefer sewa disini Jucy
sewa kereta kecik, murah minyak!


Makan
kalau muda belia tu, makan ala kadar sudah, beli je dekat pasaraya, murah dan kenyang, saya sehari sekali makan luar, banyak kedai muslim ada, satu makanan dalam $10 sekali makan, tu minimum, kenyang dah tu, kalau asyik jalan, memang tak ingat makan sangat.

*next entry pasal makan-makan auckland

Pakej
kalau pergi Rotorua, sila janga ambil combo/pakej, sebab harga tiada beza, sama je jika total semua, dan saya cadang, buat lah water rafting, bungy jump, dan skyline luge. dan janga membazir duit beli ZORB, sebab bayar $40 untuk 30 saat, rasa menyesal ambil hari tu. Kalau nak pakaje MAori tu, sila mintak menu Halal, IAllah ada disediakan.
rotorua information centre, semua pakej boleh beli sini

naik zorb, mahal dan tak berbaloi
Gambar
kalai main semua attraction ni, yang mahalnya selalunya gambar, penting kalau pergi 2 orang or lebih, just beli satu je, semua most of it soft copy, pastu balik rumah copy je, dari nak beli dengan harga $35 and above tu.

kak ummi, kak hidana, dan kak yan: terima kasih, makin lama makin rindu arwah, yang pergi tetap pergi, tapi nak lupa tu mustahil lah kan, lagi2 yang rapat.