Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Wednesday, December 19, 2018

Singapore (2)



Sambung..... (Kak dana, sila approve request saya di IG, hahahah (zulfadly)

Kalau masa bujang, boleh je duduk hotel bajet, tapi sebab dah ada budak kecik ni, kena lah cari hotel yang proper sikit, google dan google, jumpa lah hotel ni, Hotel Boss. Nama macam sivaji the BOSS. Hotel ni lokasi sangat strategik, berhampiran Masjid Sultan, so senang lah nak makan halal.

Hotel ni baru buka beberapa tahun, dan berhampiran dengan Lavender MRT station, jalan 5 minit dah sampai, situ pon ada MCD. Hotel ni banyak bilik, dalam 1000 kot, masa book haritu, harga untuk 2 malam RM800++, tidak termasuk sarapan.

Overall, ok lah hotel ni, walaupun dia cakap 4 star, tapi bagi saya 3 star je. Bilik teramat lah kecik, apakan lagi toilet. Katil pon macam size single king, kecik sangat. Nak iron baju pon kena turun level 4, dah macam tido bajet hotel. Kalau ada option lain, sila lah pergi tempat lain. Staff hotel ni friendly and helpful juga. Malam2 kami request additional mineral water, ada budak melayu akan hantar, nasib free. Maybe sebab lokasi hotel ni menang lah.

Ni lah hotelnya. lokasi strategik

Lobby hotel grand and besar, tapi bilik kecik



Wednesday, January 2, 2013

Tips: Budget Trip NZ

Rasanya dah jenuh bercerita pasal NZ, sekarang nak bagi tips, untuk lebih berjimat pada mereka yang bajet limit, siapa yang tiada masalah kewangan, boleh juga baca.

Saya kalau travel, memang akan ada bajet yang sikit, sebab student kan, pastu duit pun ada cukup-cukup, so kena pandai berjimat-jimat, nak kata tips tu, tak ada lah sangat, cuma pengalaman saya untuk dikongsi.

Flight
ni semua tahu kot, kalau nak murah, beli lah awal-awal, kalau dari OZ ni, murah je ke NZ, tapi kena grab SALE lah, kalau bernasib baik, dapat lah murah, pokoknya rajin lah mengadap komputer tu 24/7.

Jika naik Jetstar tu, sila berhati2, staff dia agak biadap (berdasarkan pengalaman saya)  saya memang anti jetstar, tapi still naik sebab murah, hahah

Luggage
selalunya masalah naik flight ni, nak beli luggage agak mahal, depend on airline juga, macam pergi NZ haritu, tak beli luggage pon, sebab lelaki ni, barang sikit je nak bawa, bawa beberapa helai je, pastu basuh je dekat sana, dah dapat jimat situ. Tapi sekarang, \hand carry pon diorang timbang, lebih 10kg kena check in, leceh ah jugak, sebelum nak check in tu, better lah timbang, ada kawan balik malaysia, berat lebih 3kg, kena $120! 1kg=$20 itu airasia, mahal kot.

accomodation
bab ni paling utama, selalu bajet traveler ni, boleh je duduk backpacker, sebab kita muslim, susah nak duduk sekali dengan non muslim, nak solat, bersihkan diri dan juga safety. saya akan google di internet dulu, type lah "budget acc/cheap acc" etc, nanti penuh lah keluar, sila cek mana sesuai dan tengok kalau ada bilik air didalam or tak. dan juga, tengok rate dia, dan distance dengan tempat lain, ada murah tapi jauh sangat, kalau dekat city pulak, tiada parking disediakan, memang kena cek betul-betul, kalau tidak, mahal lah nanti.
$25/night/person, sangat berbaloi dan dekat dengan city dan airpot

silver oaks in Auckland



Kereta
kalau ke Auckland, bagi sayalah, sewa kereta memang wajib, nak naik public tu, agak susah lah kalau nak travel jauh. Boleh je google dekat internet kereta sewa, selalunya yang branded sikit tu, memang mahal, mahalnya sebab kereta baru dan juga insuran. benda paling penting, bila sewa kereta ambil lah full cover insurance, memang kena bayar sangat mahal, tapi better ambil dari kena bayar banyak kalau rosak. dan kalau sewa kereta tu, kena ada bond, sila lah cari lain, sebab bond kadang-kadang samapi 2000! nanti dia nak pulang balik duit tu, susah sangat.

prefer sewa disini Jucy
sewa kereta kecik, murah minyak!


Makan
kalau muda belia tu, makan ala kadar sudah, beli je dekat pasaraya, murah dan kenyang, saya sehari sekali makan luar, banyak kedai muslim ada, satu makanan dalam $10 sekali makan, tu minimum, kenyang dah tu, kalau asyik jalan, memang tak ingat makan sangat.

*next entry pasal makan-makan auckland

Pakej
kalau pergi Rotorua, sila janga ambil combo/pakej, sebab harga tiada beza, sama je jika total semua, dan saya cadang, buat lah water rafting, bungy jump, dan skyline luge. dan janga membazir duit beli ZORB, sebab bayar $40 untuk 30 saat, rasa menyesal ambil hari tu. Kalau nak pakaje MAori tu, sila mintak menu Halal, IAllah ada disediakan.
rotorua information centre, semua pakej boleh beli sini

naik zorb, mahal dan tak berbaloi
Gambar
kalai main semua attraction ni, yang mahalnya selalunya gambar, penting kalau pergi 2 orang or lebih, just beli satu je, semua most of it soft copy, pastu balik rumah copy je, dari nak beli dengan harga $35 and above tu.

kak ummi, kak hidana, dan kak yan: terima kasih, makin lama makin rindu arwah, yang pergi tetap pergi, tapi nak lupa tu mustahil lah kan, lagi2 yang rapat.