Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Hilang Diri

Sekarang saya rasa diri sangat serabut, pelbagai perkara bermain dikepala ni, salah satunya dengan design, bila rasanya saya makin jauh ketinggalan, bila crit dengan lecturer, dia hanya kata OK je, takda lah pulak kata tak OK, tapi hakikatnya banyak sugguh problem.

Bila kawan saya datang sini, patutnya bawak jalan lah, tapi saya memang serabut, tak tau naper makin lama makin teruk, stress tu makin meningkat. Saya tersedar satu perkara dalam diri saya, yang buatkan saya rasa sangat menyesal, saya sejak akhir-akhir ini, cakap terlampau banyak benda tak berfaedah, banyak sangat nak komplen, banyak sangat tak puas hati, banyak sangat berlawak, banyak sangat citer pasal orang lain, saya rasa macam diri saya teruk sangat, naper perlu saya jadi begitu!!!!!1

sebab perkara ini, saya rasa sangat tidak tenang, saya perlu banyak mendiamkan diri, bercakap bila perlu, FB dan twitter pon saya rasa saya tidak perlu lagi, di kedua-dua benda ni, membuatkan saya seperti seorang yang riak, post pelbagai gambar dan komen, kadang kala komen itu sangat tidak sensitif, mengpost gambar yang seperti menunjuk-nunjuk, manakla di twitter, bila saya post makanan pon, saya rasa itu sungguh riak, entah lah, saya memang perlukan masa berseorangan, saya serabut, saya banyak sangat berfikir bukan hal saya.

banyak benda disekeliling saya membuatkan saya stress, saya perlu bertahan untuk beberapa bulan lagi, saya akan tutup FB dan twitter saya, walaupun ianya sangat bagus dalam mengeratkan silaturahim dengan kawan lama, tapi kadangkala ianya sangat teruk!

dan banyak juga orang asyik tanya pasal isu bila nak kahwin, dah ada awek ke? suka siapa? kalau sekali dua, boleh lah saya terima, tapi kalau dah terlampau banyak kali, saya pon naik bosan, lagi-lagi bila saya tidak mahu menjawab, dikatakan saya ini gay, didepan orang ramai pulak, mungkin berlawak, tapi jika dah banyak kali berkata begitu, saper tak sakit hati, mungkin situasi itu juga yang selama ini berlaku pada orang lain, disebabkan saya berlawak??? jangan sempitkan minda jika tiada awek, anda seorang looser, dan seorang gay,

Mungkinkah saya terlalu SENSITIF dengan bayka perkara kecil ini?  mungkin........

Masih jauh lagi jalan saya pilih ini, menghampiri satu peringkat seterusnya, agar saya boleh terus melangkah kedepan, dan jika saya mampu berlari sekarang, kenapa saya perlu berjalan diwaktu ini, usaha tiada yang mustahil, jaya tiada yang jauh, asalkan kita tau dimana dan bagaimana diri kita.

hanya sebuah perkongsian di alam maya, untuk sedikit sebanyak melegakan hati, dan menjadi tatapan untuk masa hadapan. IALLAH

Sunday, April 17, 2011

Taubat!

Kita sebagai hamba Allah ni, akan banyak melakukan kesalahan sepanjang perjalanan kita sebagai muslim, sama ada dosa besar atau kecil, untuk kita menjauhi sesuatu perkara buruk yang kita biasa lakukan dan sudah seakan menjadi satu kemestian adalah sangat sukar, begitu juga aku, tidak pernah terlepas untuk membuat kesalahan, untuk memulakan satu langkah untuk berubah dan membiarkan langkah itu terus berjalan tanpa gangguan adalah satu perkara yang amat menakjubkan jika kita mampu membuatnya. Istiqamah adalah kuncinya, mengharapkan langkah ini menjadi satu langkah yang hanya sekali tetapi beterusan untuk kebaikan. Allah sayang akan hambanya begitu juga kita sebagai.. masih belum terlewat kita untuk bertaubat, tp yang penting, janganlah kita tangguhkanya, seolah-olah kita yakin kita akan hidup lama. Sesaat yang berlalu amat  beharga dan ambil lah ia untuk memulakan satu perubahan yang besar dalam diri dan istiqamahlah akannya. amin. Zul boleh!