Showing posts with label lahad datu. Show all posts
Showing posts with label lahad datu. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Pergi ke tak?

Flight ke langkawi pukul 3.30 petang nanti, dah beli setahun yang lepas, masa saya balik bercuti time summer, RM50 return, ikutkan nak pergi langkawi ni dah lama, masa sebelum saya fly, saya beli jugak, RM170 untuk 7 orang return, murah sangat, tapi masa tu saya dekat ausie, tak dapat join, bila family saya nak pergi, arwah nenek pulak meninggal, so memang takde rezki nak pergi ke langkawi.

So bila ada sale lagi, gatal sangat nak beli, lagi-lagi masa tu beli dalam $$$, so nampak cam murah, tapi memang murah pon, sama lah juga macam tiket ke Padang tu dan juga ke Sarawak. Main beli je, tak ajak sesiapa pon, sebab kalau nak ajak orang memang tak beli lah.

Ni pon tk pasti nak pergi ke tak, hotel semua tak tempah lagi, malas sungguh, kalau pergi seorang ni, agak bosan lah jugak, tapi rasa nak berjalan kan, rileks skit otak, (walaupun tak buat apa-apa dirumah), tengok lah macam mana esok. Nak sewa kereta macam mahal, lepastu sorunk, nak duduk hotel budjet tapi tak tahu  mana sesuai, tengok review macam banyak je masalah, tapi nak cari area pantai chenang, maybe last day baru nak cari kereta sewa lah kot, RM50 paling murah, pastu jalan lah.

Budget below RM400, kena lah jimat, nak pergi ke Padang lagi nanti, rasa kena kahwin lah, boleh ajak bini jalan-jalan ni. hahaha

antara gambar di sarawak, haritu, jalan-jalan juga, tapi hati ni tengok berita risau dan sedih,moga semuanya akan selesai dengan cepat. amin, IAllah.











kak yan:padang maybe on kot, thx bagi nombir,nanti saya call
kak mulan:amin, moga ditepatkan dikalangan orang beriman

Monday, March 4, 2013

Bukan Biasa

Menarik sungguh lagu ini, sejak akhir-akhir ni, macam2 betul citer kat kampung launnie tu, ada ok, ada ko, banyak kejutan lah pulak, semua rezeki masing-masing.

Krisis di lahad datu makin meruncing, jumlah kematian makin meningkat, tapi sayangnya kerajaan masih kata ianya terkawal, bila malam buka berita, 5 minit je cerita pasal sabah ni, yang selebihnya cerita yang dipolitikkan, sempat lagi nak salahkan orang lain.

mari doakan buat wira kita dan sedekahkan alfatihah buat yang telah gugur itu, sebak tengok ahli keluarga polis yang meninggal, wahai malaysia, masa ini lah kita bersatu, dari terus bercelaru dengan kefahaman politik masing-masing.

Ramai status kawan saya semua berdoa harap keluarga mereka selamat, sebab kawan saya ramai anak polis, saya pon cucu polis, sekolah pon dulu dalam PULAPOL, memang hari-hari tengok FRU buat latihan depan padang sekolah.

cerita lain:
esok nak ke langkawi, lone ranger, rasa malas, nak book hotel semua pon malas, macam gamble je nak pergi, budget punya, ada juga tidur tepi laut ni, sesiapa ada kenalan untuk kereta sewa murah or accomodation murah ke, inform lah saya.


*keberanian untuk kesatu tahap dalam kehidupan itu masih tiada, tapi jika saya menunggu 'disini', takut saya terlewat untuk segala-galanya! masih tak berani, sekian!

Sunday, March 3, 2013

Oh Politik Malaysia!

Bila tengok berita, sayu je tengok anak polis yang terkorban, moga ditempatakn dikalangan orang beriman. Alfatihah.

Saya sejujurnya,sangat jelik dengan politik di negara sendiri. Masing-masing sebuk dengan agenda sendiri. Negara lain ahli politik sibuk nak tolong rakyat, tapi dekat sini, masing-masing attack peribadi, segala cerita dalam kelambu semua jadi berita utama kan.

bila kisah lahad datu ni pon, ada juga buat andaian ini hanyalah sandiwara politik, orang dah mati pon still nak kata macam tu.

dekat negara ni, sama ada kita sokong pihak A, atau pohak B, dan ada juga atas pagar, saya jujurnya, memang atas pagar, tak tahu nak sokong siapa, masing-masing agenda sendiri, sampai satu tahap, nak percaya siapa?

saya tidak mudah percaya berita-berita di TV/internet atau dimana-mana, baca boleh, dan kita lah nilai sendiri, tak ke satu fitnah, bila kita sebarkan cerita yang kita baca sahaja, kita pon tak tau betul ke tidak, tapi sebab kita benci pihak itu, kita percaya.

bila saya cakap pasal pihak A, saya dikatakan pencacai, bila saya cerita pihak B, dikatakan saya ni tali barut, macam-macam lah gelaran bodoh diberi.

bila bertweet secara general, ada juga manusia yang sentap, padahal tiada kaitan dengan tweet dia pasal politik, tu sebab saya banyak hide orang yang asyik post pasal politik, kalau benda baik ok lah, ni asyik2 nak kutuk orang lain, pastu guna ayat islamik sebagai penutup cercaanya.

risau keadaan di sabah sana, masih belum pulih, lebih baik kita cari info dengan baik, dari terus mengutuk orang yang melakukakn kerja, ada sebab dan musababnya kenapa mereka berbuat demikian, usah dikaitkan dengan politik. Rasa macam negara yang mundur, dengan semua ini.

ok, saya rasa cukup general post ini, pendirian kita dalam berpolitik, adalah hak kita, kita sokong parti A or B, sebab kita yakin ideologi parti itu, dan jika kita sokong parti A, tak perlu nak gelarkan kita pencacai, spy or ngok ke. respek je pendirian manusia lain, dan kalau boleh, usah dikaitkan dengan peribadi mereka, nilai dari kerja mereka.


sayang malaysia, jangan tweet benda yang tiada asas, seperti seorang artis yang rasanya disyurga teratas, memaki orang tanpa usul. Terbaca satu tweet berkenaan artis ini: "sekarang kita tahu, bahawa M adalah pilihan terbaik oleh N, dan sebab itu si A, kena tinggal' saya cuma boleh gelak sinis sahaja.


mari doakan malaysia aman, semoga semuanya berakhir dengan cepat, dan lagi satu, tak guna bising-bising pasal politik, tapi daftar undi pon tidak.