Monday, January 20, 2014

Misi mencari doremon!


Alhamdulillah, selamat samapi bumi doremon tadi, tp flight saya bukan sekali dengan DSAI, hahaha. Sampai around 11pm waktu sini, esok pagi baru nak gerak ke city, malam
Ni tidur airport.

Tapi sebab dah. Tidur lama dalam flight tadi, so tak boleh lah nak tidur, mengecaj apa yg patot, nasib internet kat aipot ni free, pastu laju pulak, tu sempat lagi nak berblog, bosan tak tau nak buat apa. 


Akhirnya samap juga sini, risau hati takut tak lepas, tadi nak beli tiket train, sekali tak paham, tak boleh, last2 cancel je, pagi kang beli balik. Penat otak. First impression, orang jepon sgt peramah, tgh confius baru sampai, siap beh tanya apa boleh bantu. 

Tu belum pakcik duduk sebelah dalam flight, ramah, agak susah nak paham english dia, dia pon sama gak, baru balik kl, semata2 nak tgk thaipusam pakcik tu. 

Ni antara gambar dekat aipot, cari port paling senyap nak tidur,

Bye! Esok nak g cari doremon. 

Haneda airport terminal, tokyo



Wednesday, January 15, 2014

Tempoyak 27!

Makin tua, harini 14 Januari, secara rasmi masuk umur 27! yeah! rasa macam tua, tp jiwa still 19, hahah. Alhamdulillah, dikurniakan family yg sentiasa ada, susah senang sentiasa ada.

Hadiah paling best! mak masak sambal tempoyak, pergi rumah auntie, another sambal tempoyak, bless sungguh hari ni. Mimpi pon tadi termimpi arwah atok dan nenek, bila rasa rindu sangat, pasti mucul dalam tidur, rasa kalau boleh, nak terus bermimpi je, dapat peluk + cium.

HArapnnya, tahun ni, berubah kearah yang lebih baik untuk diri sendiri, banyak kena perbaiki sebelum langkah ke alam seterusnya, dan mudah-mudahan dipermudahkan segala perancanganya. Amin.


saya yang berdiri tu

Friday, January 10, 2014

random friday + komplain my life

Penat + busy + stress + malas + lapar + mcm -mcm lagi, baru masuk tahun baru, kereta rosak, gear box kena beli baru, kena kehulu kehilir meeting + submit drwng, tu belu dapat kontraktor kurang ajar.

kalau berkerja dalam bidang ni, macam-macam kes rasuah ada, yg penting, jauhkan diri lah, deal dengan manusia yang nak mintak duit , nak cepat semua benda, macam lah semua benda boleh siap dalam sekelip mata, sampaikan memandang rendah orang lain, kerana tiada pengalaman bekerja yang banyak. Penat deal dgn manusia begini.

Ok, rindu Tassie sebenarnya, teringat satu caption budak tassi " kalau duduk tassie, pergi mana2 je, akan jumpa keindahan alam, walaupun depan rumah" betul sangat!!!


tengok gambar lama-lama, super throwback!


* yang nak pakej murah tu, boleh ke airasiago, dan book awal lah, kena cari free flight, baru dapat murah.

sejuk nampak best, hakikatnya, azab jugak.haha


memancing memang sumpah best!

skool of arki, 

nak pergi skool, selalu nampak rainbow, sgt cantik


belakang skool, je ni

Tuesday, December 31, 2013

Ilmu vs pengalaman

Rasa penat belum habis, semalam meeting di sabah, pagi buta pergi, malam dah balik, dekat lcct, orang berkuasa menyekat jalan, dari 3 lane menjadi 1 lane, tujuaan agar kereta ada sijil lahir yang sah. Memang kerja mereka, tapi kesesakan disebabkan adalah satu yang patut dielakkan. Lagi- lagi pada waktu 12 malam. Jalan yang ambil masa 5 minit dilalui, menjadi hampir 2 jam, disebabkan perkara itu.

Satu benda saya belajar bila dah kerja ni,walau macam mana kau belajar tinggi sehingga master ke, phd ke, double degree ke, still.... Ilmu belajar tidak sama dengan ilmu kerja/pengalaman.

Dah beberapa kali pergi meeting, kena ganti bos last minit, masalah dekat sini, byk sgt saya tak tahu pasal perkara tertentu, sebab saya belum pernah lagi buat benda tu, contihnya macam pasal kontrak, kalau sebut term tertentu , memang blur lah.

So far semua meeting dengan mereka yang sebaya bapak saya. Kalau nak compare dgn saya, jauh sgt ilmu saya ada, dgn ilmu mereka.

Walaupun client tanya soalan, saya masih boleh jawap, tapi still , dia nak jjuga jawapan dari bos. Maca semalam, consultant tu cakap, "muka kau nampak muda sgt (sebab yg lain dah tua), orang memang tak konpiden kalau ko wakil bos kau, lagi2 projek yg berjuta ni, lain kali , hantar je sesiapa yg muka tua, orang akan percaya.

Semalam dalam meeting, kalau nak sentap, terus balik kl dah, hahaha. Semua tu pengalaman, dab satu hari, IAllah saya juga akan berada di level mereka.

Jalan masih jauh lagi, tapi itulah realitinya, mantapkan ilmu, bulatkan hati, iAllah, semuanya berjalab baik. Nak tak nak, kena tempuh juga.




Monday, December 30, 2013

pikir

terfikir benda ni, seperti farah lee , ini pon ternampak bila kuna like post dia, mungkin kah akan berlaku, IAllah.


Saturday, December 28, 2013

random


rasa macam poyo bila nak flashback/throwback. tapi apa nak kesah! hahahaha

pengalaman tu penting, takkan dapat lagi, rindu saat bersosial di sana, ada je aktiviti nak buat, ada je tempat nak pergi, tak perlu mamak, tak perlu internet, yang perlu, kerajinan nak mengaktivitikan diri. hahah







Thursday, December 26, 2013

Langkawi : Makan di Hole in the wall

Minggu lepas ada another interview lagi dengan gomen, jumaat interview, isnin dah keluar result, saya batch terakhir diinterview, tak ada rezeki nak kejer gomen, rasa give up dah nak pergi interview, sebab habis gaji kena potong pergi interview kan, heheh.

Sambung langkawi trip: sebab kawan saya ni anak orang kaya, so nak makan kedai mahal je, salah satu tempatnya ialah di Hole in the wall, reataurant terapung ni, dikelilingi oleh sangkar ikan. jangan risau, kedai ni halal, sebab melayu punya

nak ke sini, kena ambil bot dari jetty, saya tak ingt jetty apa, tapi dekat dengan galeri perdana jetty ni, dan kalau dah samapi jetty, kena call restaurant ni untuk ambil. Ni part yang mahal, sebab kami berdua, so dia dah inform awal2, kena makan minimum bil RM100, kalau ikutkan saya, memang tak lah, tetapi anak orang kaya ni nak makan situ, ikutkan je lah. hahah

Menu dia macam biasa, restaurant seafood biasa, agak jenuh nak pilih makanan nak cukupkan rm100, harga agak mahal juga, tapi pengalamaan tu yang sangat berharga. Order nasi goreng, senang cerita, tak sedap langsung, tapi chili crab , kerabu mangga dan butter prawn sedap! rasa menyesal order nasi goreng, dah lah rm20 sepinggan, hehehe

kalau nak ikan fresh pon ada, ada dalam sangkar, harga ikut berat. so tengok lah gambar.

tu lah restauranya, naik bot dari jetty dalam 5 minit







lauk di order, kalau makan sini, jangan order nasi goreng, memang tak ada rasa langsung

Add caption

boleh pilih ikan dalam sangkar