Thursday, January 1, 2015

Bye 2014 and hello 2015

2014

Banyak benda berlaku, macam biasalah
jadi akitek sampai bulan 6,
bulan 7 masuk gomen

perjalanan jauh lagi,
kerjaya masih belum stabil
banyak benda nak kejar

dapat pergi menjalani satu perjalanan impian selama ini
dapat kena ramai manusia baru

dapat mengubah cara hidup menjadi lebih baik
banyak perlu diperbaiki

2015
welcome january, my very own month
azam setiap tahun nak kahwin
tapi belum ketemu

kalau lah cari jodoh macam beli ikan di pasar
dah lama saya kahwin

mengharapkan lebih baik

up and down adalah lumrah

2015: nak pergi launnie balik!!!

2014: saya puas dengan ini

2014: locked

2015: launnie mu tunggu aku datang

Sunday, December 14, 2014

Makati , filipina

Lama sungguh tidak berblog, hidup agak bz, weknd balik shah alam, hari biasa duduk putrajya.
Baru balik dari Manila jumaat lepas, penat pon tak hilang.

Pergi ke Manila selama lima hari, atas urusan kerja, satu pengalaman baru untuk diri sendiri.

Senang cerita, tempat saya pergi ni bukan Manila, tapi di Makati, Manila adalah 3 jam dari tempat ni. Disebabkan atas urusan kerja, memang tak ada istilah berjalan-jalan. Awal pagi keluar, petang baru balik, itupun dah gelap. Pukul 5 gelap gelita. Meeting memanjang, sangat penat badan.

Melihat cara hidup orang manila disini, dari paras rupa, sama je, asian kan, ada beberapa perkataan tagalog yang sama dengan kita. Orang sini agak peramah. Kawasan bandar penuh dengan Mall, banyak sungguh, walaupun mereka miskin, tapi mall dia bersepah. Siap ada mall paling besar di asia, imagine that.

Makanan halal agak susah nak cari, tapi banyak je pilihan makanan seafood. nasib baik duduk di hotel yang sediakana makanan halal. kawalan keselamatan di sini memang ketat, kalau berjalan berseorang dekat mall, tiada masalah.

memang jam sentiasa, memang luar biasa jam dia

view dari tingkat 20 hotel

dekat Makati penuh dengan benda ni

siapa ingat pizza ni??




ni balut, janin itik tu, suruh staff filipino makan, nampak 'sedap'

one of the top uni dekat sini, uni of philipine, statue dia, baru last week buat larian bogel dekat uni ni, part of their culture
Kesimpulanya, kos nak pergi sini mahal, sekali makan seorang dalam rm50-100, tu paling murah, naik teksi murah. Dan kalau nak berjalan, sini bukan tempatnya, jam sentiasa, nak pergi tempat dekat, ambil masa 2 jam, sebab jam memang teruk. Nak beli barang pon tak murah, semua mahal.

Monday, December 1, 2014

Masa

Cepat sungguh masa berlalu,

dah masuk disember, lagi sebulan tahun baru
Alhamdulillah, untuk tahun ini, ada sesuatu yang diperbaharui,

housmate dekat launnie pon dah habis belajar selepas 2 tahun sambung belajar lagi selepas saya abis.

dah 2 tahun tinggalkan launnie, bila stress je nak pi sana, tp tengok duit dalam bank, pergi mamak je mampu.

Selamat pengantin baru Aqil, aku tau ko peminat tegar blog aku selain housemate ko punya blog tu, hahaha.

Selamat menumpuh alam rumah tangga dan dipermudahkan olehnNya.

Senior ko ni je belum kahwin lagi, soon tapi tak soon sangat


Wednesday, November 12, 2014

bangga diri/riak

Lunch our dok bilik dan tido, sebab dah bawak bekal

last week ada satu hal yang buat saya berfikir lama lah juga.

entry ni bakal mengangkat saya sebagai hero, haha, entri ni memang sgt berlagak.

macam ni ceritanya,

pergi kedai mamak dekat rumah, masa parking, nampak ada pakcik tu, tengah nak cabut tayar, agak tua pakcik tu, dia dengan bini dan anak perempuan, saya pon lalu je lah, pastu order air bungkus, bila dah abis, nak masuk kereta, saya tengok pakcik tu still struggle nak buka skru tayar tu, ikutkan hati, nak balik terus, masa tu rasa macam malas nak tolong, sebab baru lepas mandi, tetiba kaki tu terus je melangkah ke pakcik tu.


dan akhirnya, saya pon tolong, pakcik tu tak larat bukak skru tayar, sebab ketat sangat, dan bini dan anak perempuan lagi lah tak larat kan, kebetulan masa tu senja dah, dia tak nampak sgt nak buka. saya dengan macho terus tolong, dalam hati risau kalau saya pon sama tak larat, hahaha.

tapi Allah mudahkan, nak tukar tayar kereta sendiri pon lama, tukar tayar pakcik tu kejap pulak, pakcik tu naik merc, tayar memang berat giler, hahaha.

kesudahnnya, siap lah tayar tu, dan rupanya, pakcik tu jiran dekat area rumah, yang mana, saya pon x kenal juga.

bangga diri x ? puji diri sendiri, tetiba rasa baik sangat, sebab saya imagine, kalau bapak saya kena macam tu, harap ada orang tolong dia.

sebab apa saya cerita?

sebab dekat area situ, bersepah pelajar, manusia, ummah lalu lalang, dan kereta pakcik tu rosak depan kedai mamak, malangnya, semua tak nampak atau buat2 tak nampak, leka dengan awek masing2 kot, tu saya rasa sedih, kalau tempat terpencil, saya boleh terima, ini kawasan ramai manusia, tiada siapa nak tolong, sebab pancit tayar pakcik tu dah lama. saya pulak sedih

ni bukan nak bangga diri (walaupun memang), tapi bagaimana reaksi orang sekeliling, semua buat hal masing2, sedih kot tengok pakcik tu, bantu lah manusia kalau bantuan itu tidak memudaratkan. sebab kita pon tak tahu bila kita susah, dan bila kita susah, tiada orang bantu, kita ada Allah untuk menghadapinya, kita takkan keseorangan.


please!!!! yg dok shah alam tu, tengok sekeliling skit, hehe


Monday, November 3, 2014

redha

bila sesuatu dirasakan perlu
menunggu dirasakan sayu

redha
dengan segala ketentuanNya
sebab ada cahaya disebalik kekaburan
hanya masa menetukan
''redha'

Thursday, October 23, 2014

Bila kau rindu

Bila rindu, pasti teringat bawa ke mimpi
tetiba rindu zaman belajar
zaman asik melancong
padahal baru 2 tahun brlalu

Normal bagi saya untuk rindu tempat2 yang kita suka
bila saya upload gambar di IG,
ada pulak isu orang kata poyo,
kata asik rindu,
saya menjadi manusia normal,
pening manusia macam ni,

ok,

saya rindu ausie!
bangun pagi sejuk2, pastu masak nasi lemak bagi gemuk,
sebelum masak, start keter buruk, pergi beli sayur,
dengan less $10 dah dapat macam2 sayur + ikan + ayam
bila dah bosan,
pergi mancing
bawa bekal makanan
ikan konpem dapat
balik masak ikan
malam tengok my kitchen rule
bila winter
sibuk membakar kayu kayan
kalau lapar lagi
pergi city makan pizza atau kebab
kalau bosan lagi,
pergi cari rumah pemangsa untuk makan
kalau bosan lagi,
pergi mancing malam

semua itu pengalaman, manusia lain2 perasaan
ada  pergi sesuatu tempat, tapi dia x suka tempat tu,
tapi saya suka apa saya buat,
walaupun tempat yg pergi itu adalah bosan!

ok, minggu depan interview,
lepastu ada exam lagi,
baru balik taman negara,
menyibukkan diri untuk diri sendiri
doakan semua dipermudah





Tuesday, October 7, 2014

Duit

rasanya duit keluar macam air keluar dari paip!

bayar macam2 setiap bulan
pinjaman pelajaran ada dua akaun (ni wajib bayau sebab dah belajar, kalau x bayau, memang tak bersyukur)
duit kereta
duit minyak guna keter cap lokal
sewa bilik sekangkang kera
makan dan minum ala kadar standard rakyat marhein

dan

koskos lain yang selalu perlu

sampai nak beli barang untuk diri sendiri pon xde
duit abis ke situ
tapi

kena lah rancang betul
berbelanja ikut gaji

prinsip saya simple je
kalau xde duit
tak perlu berhutang nak nampak mewah
tak perlu bermewah pada hakikatnya diri pun xde duit
hidup jangan susah kan orang

sekian

Gaji kalau rm30k pon x cukup kalau berbelanja macam rm40k

ukur baju badan sendiri

sekian

tengok view free je