Monday, August 13, 2012

Gulana

Saya sejak akhir-akhir ni agak tiada semangat, banyak benda yang difikirkan sampai rasanya sangat stress. Saya rasa saya rindu sangat family saya, terutamanya bila teringat arwah nenek, kali ini, raya kedua dia tiada,  dan saya sentiasa diselubungi rasa bersalah dengan nenek, sebab dia selalu pesan, 'kalau aku ada lagi, janga pergi jauh-jauh', benda tu terngiang-ngiang lagi, dia tidak setuju saya pergi study dekat sini, 2 bulan lepas saya sampai ausie, nenek saya pun meninggal, sampai sekarang saya sedih sangat. Tapi jika dia ada lagi, IAllah dia bangga dengan cucu dia ni dan yang lain.

Dan jika dia ada lagi, tentu dia gembira, sebab dapat cicit lelaki pertama selepas mempunyai 5 cicit pompuan, tapi tidak kesampaian. Walaupun dia tidak nampak, tapi dia sentiasa pegang dan sentuh cicitnya untuk tahu macam mana rupanya.

Bila call mak semalam, mak cakap ayah dah nak bersara dah, bulan ini, tapi mintak extend, kompeni dia bagilah sampai hujung tahun ni, tapi yang sedihnya, siap kena potong gaji, banyak lak tu, lain lah bapak saya gaji 10K, boleh lah potong, ini gaji pun sikit, kena potong, alasan sebab dah jadi pekerja kontrak, bukan tetap, takpe lah, tiada rezeki, padahal lagi 4 bulan je, itu pon nak buat mcm ni, maybe prosedur syarikat, saya tak tahu. So bila abis belajar ni, satu tanggungjawab besar buat saya, untuk mendapatkan kerja yang sesuai dan memberi perbelanjaan buat mereka. IAllah.

Moga baki Ramadhan ini saya dapat memanfaatkan sepenuhnya, sayu hati nak menghampiri hujung Ramadhan, mungkin ini Ramadahn terakhir saya? mana tahu kan.



1 comment:

Mulan said...

alfatihah utk nenek..

jasa ibu ayah tiada bandingannya..