Monday, March 24, 2014

SUMO

Nak bercerita, tapi malas nak menaip, so nanti saya letak gambar sumo ni lagi.




Friday, March 21, 2014

SPM

Rasa nak bercerita pasal SPM, maybe panjang karangan sekolah ni, hahha, sebelum tu, terima kasih kak mulan, dah dapat dah hadiah, baru sampai semalam, tq sooooo much. 

Semalam bila tengok ramai ambil result SPM, teringat kisah diri sendiri, Alhamdulillah, saudara saya seorang dapat full A's! tapi memang dah agak sebab dia pandai. 

SPM ni bukanlah segala-galanya, bukanlah penentu kejayaan atau kegagalan, tapi sebenarnya satu langkah baru, sama ada kita nak terus berlari, atau kita masih nak berjalan. Setiap rezeki berbeza.

Saya punya result memang tak cemerlang sangat, lagi2 saya sekolah SBP, memang patot kena skor lah, tapi saya hanya dapat separuh A's dari subjek yang saya ambil, but for me, saya Bersyukur sangat2, tak ada rasa ralat, sedih, kecewa atau rasa down. sebab apa? sebab saya tahu keupayaan diri saya, saya tahu saya berdiri dimana, kalau cikgu tanya nak skor berapa, saya just cakap apa saya boleh skor, tak ada lah nak cakap 20a' ke kan, kena realistik.

Tak semestinya, yang dapt full A's ni akan terus berlari, ada saja akan berjalan dan masih berjalan,macam pengalaman, ada sebahagian kawan yang result cemerlang, tapi kesudahnnya, ambil kos yang bukan mereka minat, sebab apa? sebab dapat scholar dan kena ambil kos itu jugak, ada juga yg gagal bila 1st sem degree, ada juga yang belajar separuh jalan, ada juga yang langsung tak buat apa-apa. semua ini rezeki.

sebab tu saya memang pantang tengok orang down bila tak dapat result bagus, lagi yg menangis tu hanya sebab miss 1 A je, janganlah SPM dijadikan ukuran untuk selamanya.

masa tengok kawan2 dapat pergi overc, jelos tu memang lah, tapi kita tahu level kita dimana, belajar kat malaysia pon boleh lah, asal belajar, ada ramai lagi yg x dpat apa yg kita dapat, masa terus berlaalu, akhirnya, saya terbang juga ke negara orang, dapat merasai pengalaman macam mereka, dan dah abis pon.

bila jumpa kawan2 lama, semua terpikir, tak sangak kami akan belajar sampai master, ingat kan degree terus nak kerja, tp rezki kami samapai kesitu, alhamdulillah.  sekarang ramai dah bekerjaya, tapi ada juga masih belajar. Bila pergi sekolah, jumpa seorang cikgu ni, dia pon macam tak percaya saya ambil arki, samapi siap sound, " aku ingat ko tak pandai, macam aman ko boleh  eh" hahaha, ni memang lawak, tapi semuanya tak mustahil.

Lagi satu, hal pelajaran masa sekolah di malaysia ni, setiap sekolah suka sangat asingkan pelajar pandai dan sederhana, rasanya maybe kurang sesuai, sebab setiap kita perlu sokongan dalam lapisan pemikiran yang berbeza. Lagi parah kalau kelas pandai, tapi ada lagi cikgu asingkan yang pandai, itu melampau sanagt, dan ianya wujud.

Ni kisah form 3, PMR memang tak jangka boleh dapat A's banyak, math paling teruk subjek, samapi cikgu boleh janji kat saya, kalau saya dapat A math, dia bagi rm10, dan bila saya dapat result tu je, tetiba cikgu  terus datang kat saya, dan bagi duit, tan sempat nak cakap result berapa, bagi saya, benda tu sangat indah. 

Dan paling terasa dengan satu perkara, bila saya tidak terpilih untuk dicalonkan oleh pihak sekolah, untuk masuk ke sekolah asrama penuh, hanya 30 orang sahaja daripada kelas saya, dan saya tak termasuk, so boleh lihat tahap kebodohan saya masa tu, sampai cikgu menilai saya sebegitu, dan Alhamdulillah, bila saya skor, cikgu agak terkejut, dan dalam diam, bapak saya applykan untuk SBP, dan daripada calon cikgu tu, ada hanya beberpaa orang masuk SBP dan saya yang bukan calon pon termasuk.


Sajer nak bercerita , sebab nak cakap, tidak rugi menjadi pelajar yang sederhana, biar orang tak pandang kita pandai, tapi kita tahu apa kita buat, percaya pada Allah, percaya pada rezeki, dan percaya diri sendiri,

selama ni saya pegang Usahah + doa +tawakal, IAllah segalanya akan ok, walaupun result bukan seperti kita harapkan. dan sampai sekarang, saya memang tak pandai sanagt, tapi tak bodoh sangat, tersepi antara dua, hahaha. 

jika ada yang bagus daripada apasaya tulis ni, ambil sebagai pengajaran, jika nampak macam pening kepala or riak etc, abaikan, hehehe

mari doakan MH370

Sunday, March 9, 2014

moga dipermudah

Semalam bangun pagi, baca news terus terkejut, dalam otak terus pikir famly saya, sebab diorang semua baru pergi vietnam jumaat petang tu, dan kebetulan naik mas , so saya pon macam konpius kejap, sebab confius diorang pergi beijing ke, but alhamdulillah, mereka dah kat vietnam bershopping.

but, memang hati gundah gulana, selagi family saya tak balik, selagi tu lah rasa risau, lagi-lagi vietnam pon termasuk kawasan yan mungkin plane tu hilang. tengah malam pon terbangun sebab rasa risau lain macam

teruskan berdoa, keajaiba boleh berlaku, moga semua dipermudahkan,

Thursday, March 6, 2014

Makan Japan : Part 2 : Sushi Berdiri

order je dari sini

sedap


Sambung pasal makan, sebab makan je best, bila dah datang tokyo, wajiblah pergi makan sushi dengan takoyaki (kot), so saya mengoogle lah mana nak makan sushi ni, sebab ada yang tak halal gak. So bila ada jumpa satu blog, dia makan dekat standing sushi, so saya pon dengan rajin mencari, penat giler!!!!!!!!

jauh berjalan, semata-mata nak cari sushi ni, ada je sushi kedai lain, bersepah, tapi saya nak yang authentic lah kan. So pergi kedai sushi ni, nama dia standing sushi bar, so memang makan kena berdiri, kalau arwah nenek hidup lagi, dia panggil makan style setan! hahaa

so dekat sushi bar ni, boleh je order apa kita nak, btw kedai ni paling murah antara sushi kedai lain, tu saya datang, mintak menu dalam english, so boleh order dekat situ, tunjuk je apa nak, lepastu dia terus buat, memang dia buat depan kita, saya siap mintak wasabi lagi, sebab orang jepon ni macam tak makan pon wasabi macam makan sambal belacan, dan semua sushi saya raw!!! mentah!!! tapi sedap, rasa fresh sungguh.

dekat bar tu, depan meja,ada paip air, saya ingat air basuh tangan, rupanya air panas untuk buat green tea, dan green tea dia dalam bentuk serbuk, saya ingat pulak wasabi, adoi! caca merba ja, so siapa ke tokyo, sila lah ke sushi bar ni.

Kalau nak travel ni, makan kena cek dulu, then yakin, kalau selalu was-was, janganlah makan, bawa megi, macam mak saya, memang dia tak makan luar kalau berjalan overc, kena masak, (jimat duit) sebab tekak mak saya cepat kembang kalau selain daripada melayu masak.
tu bukan paip air basuh tangan, tu paip air panas

menu boleh pilih, semua seafood je dan vege

ni kedai dari luar, masuk dalam ada bar


otw balik, singgah makan puff ni, selalu nampak kat midvalley, tapi tak pernah makan, sekali try!! sedap giler! but jgn makan banyak, cepat mati nanti, hahah
kak dana: hahahha, janji konpiden kak, nanti lapor, tp kena cek dulu, heheh

Sunday, March 2, 2014

Japan: Makan

Benda paling best, mestilah makan, before nak pergi jepon ni, saya bawa banyak lah juga maggi dan instant food, sebab orang ramai cakap mahal, so memang tak de aim pon nak makan dekat luar, restaurant pon tak cari area mana.

Tetapi, bila dah sampai sana, nak masak maggi tu pon malas, nak buat air apa kah lagi, so jadinya, semua makan kedai, agak susah nak cari halal food dekat sana. tapi makan je lah seafood, ada kedai pakistan. Harga semua agak ok, sama harga macam dekat ausie, so macam dah biasa.

Meh tengok makan, nama kedai saya lupa, saya tak ingat, sebab main redah je, mana nampak kedai macam halal, terus saya masuk.
waktu pagi, buat lah air, sebab kesejukan melampau

kalau lapar sangat, malam tu  memang masak maggi gak, beli je telur bagi sedap

ni kedai halal, harga kalau dah convert dalam rm35

naan dia besar! tp kedai dekat tassie lagi sedap butter chicken dia, 

ni dekat area ODABA

Ni dekat kedai makanan indonesia, kedai ni tak halal, makan seafood je
Kalaiu yang ke tokyo, dekat area ODABA, ada satu kedai indonesia, tak ingat nama, staff pakai tudung, bila saya masuk, dia ingat saya indon, kedai ni tak halal ayam daging, so makan seafood, portion besar, harga dalam rm30 sekali makan, not bad, tak berapa sedap sangat, sebab rasa plain je, hahah.

Masuk kedia pakistan pon, dia ingat saya indon, semua nak cakap indon!

nanti sambung.............